Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SMKDK) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lot 21570 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Lokasi
Lot 21570 Jalan Genting Klang,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDinamik, Etika, Bestari
SesiSesi Pagi: TIngkatan 3,4 dan 5 Sesi Petang: TIngkatan 1 dan 2
Nombor sekolah+603-41438794
Kod sekolahWEA0242[1]
Kelas10
Faks+603-41438841
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1316 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota dibangunkan pada tahun 1999 di kawasan seluas 7 ekar di Lot 21570 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur bersama-sama SK Danau Kota (2) oleh Syarikat Danau Kota. Ketika itu, SMKDK dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2003.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran kumpulan pertama murid pada Disember 2002 hanya terdiri daripada murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Semasa mula-mula beroperasi, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran seorang guru care taker iaitu Puan Noraliza bt Abidin. Beliau kini merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Tadbir dan Kurikulum SMKDK.

Pada tahun pertama pembukaannya, terdapat hanya 15 orang guru dan 5 orang staf sokongan yang berkhidmat di SMKDK. Manakala jumlah murid ialah 10 orang murid Tingkatan 2 dan 150 orang murid Tingkatan 1.

Pada 1 April 2003, sekolah ini telah menerima seorang Pengetua iaitu Puan Mahani bt Mohammad. Beliau bersama-sama Pengerusi PIBG SMKDK, Encik Zahari b Abdul Rahim, telah berusaha keras untuk mendapatkan premis tetap untuk sekolah ini. Pada ketika itu, SMKDK tersenarai antara sekolah yang bermasalah. Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil apabila sekolah ini dibenarkan beroperasi di 3 buah blok utama di premis kekal pada 3 Januari 2005. Namun begitu, premis ini masih tidak mempunyai kemudahan yang lengkap serta masih belum memiliki sijil layak duduk.

Antara kemudahan yang ada namun masih belum boleh digunakan ialah 36 buah bilik darjah, makmal sains, bilik ICT, bilik lukisan kejuruteraan, bilik seni dan makmal bahasa. Sehingga 2006, kemudahan-kemudahan ini masih belum boleh digunakan kerana pembinaannya terbengkalai.

Pada tahun 2005, hanya 14 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik kaunseling, bilik SPBT, perpustakaan dan bilik media sahaja yang dapat digunakan. Pada tahun tersebut, terdapat 32 orang guru, 8 orang staf sokongan serta  464 orang murid bagi 3 buah kelas Tingkatan 3, 5 buah kelas Tingkatan 2, 5 buah kelas Tingkatan 1, sebuah kelas Tingkatan Peralihan dan 3 buah kelas Pendidikan Khas (PPKI -  PKBP ketika itu). 

Kini, warga SMKDK dipenuhi dengan lebih 1700 orang murid dan lebih 100 orang tenaga pengajar.

Lagu sekolah sunting

Sekolah Kami Maju Berjasa

SMK Danau Kota

Gagah Berdiri Guna ICT

Teknologi Terkini

Kami Bersatu Hati

Tekun Dan Berdikari

Sematkan Keazaman

Sahut Cabaran

SMK Danau Kota

Dinamik, Beretika Dan Bestari

Maju Ke Era Jaya

Menggenggam Impian Dan Cita Murni

Kami Putra Dan Putri

Dedikasi Dan Berjiwa Perkasa

Ingin Mencurah Bakti

Pada Bangsa Dan Negara

Ingin Mencurah Bakti

Pada Bangsa Dan Negara.

Visi, misi dan moto sunting

Visi sunting

SMK Danau Kota menjadi Sekolah Cemerlang pada tahun 2025.

Misi sunting

Memastikan pendidikan berkualiti dilaksanakan melalui budaya permuafakatan bagi melahirkan modal insan yang dinamik, beretika dan bestari selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Moto sunting

Dinamik, Beretika, Bestari

Kokorikulum sunting

Badan Beruniform sunting

  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • Kadet JPJ Malaysia
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kor Kadet Polis
  • Pandu Puteri Malaysia
  • Pengakap Malaysia
  • Puteri Islam Malaysia

Sukan Dan Permainan sunting

  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Catur
  • Olahraga
  • Ping Pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Kabaddi
  • Dodge Ball

Pencapaian sunting

SMK Danau Kota terkenal dalam Zon Keramat kerana pelajar-pelajar SMK Danau Kota telah mencipta sejarah dalam sukan Bola Keranjang & Sepak Takraw dalam Peringkat Daerah MSSD.

Malah pernah juga terpilih untuk Perbarisan Hari Merdeka 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 sebagai wakil Kadet JPJ Malaysia.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Lot 21570 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
  Malaysia
Telefon = 0341438794
Faks = 0341438841

Rujukan sunting

Pautan luar sunting