Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1, (Jawi: سكوله منڠه كبڠسأن دارالامان هيغث 1) atau singkatanya dipanggil sebagai SMKDH1.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1
Lokasi
1116, Jalan Amiera, Kampung Kelubi, 06000 Jitra, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah, Sekolah Kerajaan
Moto"Bestari, Lestari"
Nombor sekolah+604-916 3897
Kod sekolahKEA4069
PengetuaPn. Hajah Siti Endoon bt. Ibrahim (2012-2014)
Pn. Hajah Fadzilah bt. Baharum (2014-2017)
Pn. Hajah Zaiton bt. Hashim (2017-2022)
Pn. Nor Zamzila bt. Ahmad @ Ibrahim (2023-kini)

Sejarah Sekolah sunting

 
Panorama SMK Darulaman Heights 1 dari luaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1 mula dibina pada 20 Januari 2011 dan siap pada tengah tahun 2012 iaitu 19 April 2012. Pada 1 Jun 2012, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang pasu telah melantik 3 orang guru sebagai Caretaker terdiri daripada Puan Awaitif binti Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh, Encik Mohamad Zoher bin Ideris dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior dan Puan Hamisah binti Md Daud dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Pembantu Tadbir pula ialah Cik Razilla binti Mohamed Hanifa yang telah ditempatkan sementara bertugas di PPD Kubang Pasu sehingga bangunan sekolah siap dibina. Selain itu, Seramai 20 orang guru akademik melaporkan diri sebagai kumpulan tenaga pengajar pertama SMK Darulaman Heights 1 pada 16 Jun 2012. Majlis Penyerahan Projek oleh To’ Puan Rabiah binti Sufian, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan kepada Pengarah Pelajaran, Jabatan Negeri Kedah. Kos projek adalah sebanyak RM 19,890,483.90. Tempoh pelaksanaan projek selama 18 bulan. Tarikh masuk tapak pada 20 Januari 2011 dan tarikh siap asal pada 19 April 2012. Pada 28 Jun 2012, Pendaftaran pelajar baru telah diadakan. Majlis Pendaftaran tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdur Rahim bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu. Seramai 261 orang telah mendaftar diri. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sekolah ini adalah dari SMK Tanjung Pauh, SMK Seri Mahawangsa, SMK Bandar Baru Darulaman, SMK Paya Kemunting dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Pelajar yang mula belajar di sekolah ini ialah pelajar Tingkatan 1 (4 kelas), Tingkatan 2 (3 kelas) dan Tingkatan 4 (2 kelas). 16 Julai 2012 Puan Hajah Siti Endoon binti Ibrahim dari SMK Seri Ampang, Alor Setar dilantik sebagai Pengetua SMK Darulaman Heights 1 yang pertama. 28 Oktober 2015 SMK Darulaman Heights 1 menerima Bayaran Intensif Tawaran Baharu 2014 (BITB) - New Deal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Info Sekolah sunting

Azam baru usaha yang jitu
Tak kan luntur jika kita luhur
Semai bakti pada nusa dan bangsa
Tanda kasih pada negara
Tampak hebat lagi bergaya
Ilmu terhapat di dalam jiwa (di jiwa)
Maju kita maju ke hadapan
SMK Darulaman Heights
Kejayaan jadi inspirasi
Terca
pai segala misi
Tingkatkanlah gandakan usaha
Jangan mengalah terus melangkah
Didik jiwa janganlah leka
Moga menjadi insan berguna selamanya
Maju kita maju ke hadapan
SMK Darulaman Heights
Mengorak langkah seiringan
Harapan dalam genggaman
SMK Darulaman Heights
Bestari, Lestari
—— "Maju Ke Hadapan", Lagu Sekolah

Visi Sekolah sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera

Misi Sekolah sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat sunting

Melahirkan Bangsa Malaysia yang Berilmu,
Berakhlak Mulia, Berketerampilan, Taat, Bersatu Padu
dan Sejahtera bagi Memenuhi Keperluan dan Kehendak Negara

Rujukan sunting

  1. ^ "Profil Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1". SekolahMy. Dicapai pada 16 April 2020.