Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
"BERUSAHA DAN BERJAYA"
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia Melaka Malaysia | |
Koordinat | 2°9′30.3156″N 102°25′41.0304″E / 2.158421000°N 102.428064000°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Berusaha dan Berjaya (Strive for Success) |
Autoriti pendidikan | PPD Jasin |
Sesi | Pagi |
Nombor sekolah | 06-2631407 |
Kod sekolah | MEA1061 |
Pengerusi PIBG | Dr Imran bin Mohd Ibrahim |
Pengetua | En. Baharin bin Selamat |
Jantina | Lelaki dan Perempuan |
Kelas ditawarkan | Peralihan, Tingkatan 1-5 (Aliran Perdana, Aliran Agama) |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab |
Warna | Kuning, Merah, Biru |
Faks | 06-2636019 |
Sejarah Awal
suntingSekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau Melaka atau ringkasnya SMKDARY, merupakan sekolah aliran Melayu yang paling awal di Merlimau. Sejarahnya bermula pada bulan Januari 1965 dengan bilangan pelajarnya seramai 282 orang dan menumpang sementara di Sekolah Dang Anum yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini. SMK Dang Anum pada masa itu merupakan Sekolah Menengah Aliran Inggeris. Mulai tahun 1968, SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub telah mendapat bangunannya sendiri dan keluasan sekolah ini dianggarkan 17 ekar. Pada awalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Merlimau dan mulai 12 September 1969, sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub, sempena nama YB Dato' Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Beliau merupakan tokoh yang merasmikan sekolah ini pada masa tersebut.
Perkembangan Sekolah
suntingSewaktu mula dibuka dalam tahun 1968, sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan bilik-bilik darjah, makmal sains, bengkel seni perusahaan, satu bangunan asrama, perpustakaan, pejabat dan kantin. Kekurangan bilik darjah dan kemudahan lain pada masa itu menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan sesi pagi dan sesi petang.
Masalah ini telah diatasi pada tahun 1973, setelah mendapat satu blok bangunan tambahan yang telah didirikan bersama sebuah Dewan Besar. Pada tahun 1981 pula, sebuah dewan yang dikenali sebagai ASPURY telah dibina. Terdapat juga sebuah rumah pengetua didirikan dalam kawasan sekolah ini.
Sekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub merupakan sekolah lelaki dan perempuan sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang. Sehingga tahun 1970 sekolah ini hanya menumpang murid-murid aliran sastera sahaja. Bermula pada tahun tersebut, satu kelas Tingkatan Empat Aliran Sains diwujudkan. Pada tahun 1978, sekolah ini telah menerima murid-murid Peralihan dari SRJK (C) dan SRJK (T) dari sekitar Merlimau. Dua kelas peralihan telah diwujudkan bagi menampung kira-kira 75 murid dari sekolah tersebut. Keputusan SPM yang semakin menggalakkan dari tahun ke tahun telah membolehkan sekolah ini mengadakan kelas Tingkatan Enam Sastera buat pertama kalinya pada tahun 1981. Kumpulan pertama seramai 33 orang pelajar Tingkatan Enam Sastera mula belajar dalam sebuah kelas pada bulan Mei. Pada tahun ini bilangannya telah bertambah menjadi 4 kelas.
Selari dengan penambahan bilangan pelajar. jumlah tenaga pengajar di sekolah ini juga turut bertambah dari tahun ke tahun. Sewaktu mula dibuka pada tahun 1968, sekolah ini hanya mempunyai 36 orang guru dan jumlahnya kini semakin meningkat kepada 111 orang. Sementara kakitangan sokongan pula telah meningkat daripada 5 pada tahun 1988 kepada 16 orang pada tahun 2018.
Pada tahun 1979, SMKDARY diberi kepercayaan oleh JPM melalui Unit Pendidikan Islam membuka kelas Aliran Agama (KAA). Sebanyak 2 buah kelas dibuka iaitu Tingkatan 1 Ali dan 1 Aisyah. KAA dibuka sehingga Tingkatan Tiga. Selepas itu pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam tingkatan 4 KAA di sekolah lain. Kini pelajar KAA tersebut boleh melanjutkan pelajaran ke Kelas Tingkatan 4 dan 5 Aliran Agama yang baru dibuka pada tahun 2010 yang dikenali sebagai Kelas Ibnu Sina.
Pada tahun 2001, SMKDARY telah mendapat satu blok bangunan 2 tingkat yang menempatkan dua bilik Makmal Komputer yang selesa memandangkan jumlah pelajar yang ramai. Pada tahun 2004, SMKDARY telah membuka aliran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Seni Reka Tanda untuk pelajar lepasan PMR dan seterusnya membuka aliran MPV Penghawa Dingin dan Udara pula pada tahun 2008. Kedua-dua aliran ini dibawah Bidang Teknik & Vokasional. Pada tahun 2010, SMKDARY telah mendapat blok asrama baharu untuk pelajar perempuan dan rumah guru yang kini sudah siap diduduki.
Menjelang tahun 2018, pelajar-pelajar Tingkatan Enam telah berpindah ke SMK Tun Syed Zahiruddin bersama-sama guru-guru Tingkatan Enam. Maka kini jumlah kelas yang ada adalah sebanyak 52 dengan bilangan pelajar mencecah 961 orang beserta kekuatan guru seramai 111 orang bawah pimpinan pengetua baharu iaitu En. Baharin bin Selamat.
Barisan Pentadbir
suntingJawatan | Nama Pentadbir |
---|---|
Pengetua | En. Baharin bin Selamat |
GPK Pentadbiran | Pn. Norsiah binti Hamid |
GPK Hal Ehwal Murid | Tn. Hj. Yusri bin Mohamad |
GPK Kokurikulum | En. Isa bin Awaf |
GKMP Bahasa | Pn. Hjh Habibah binti Akop |
GKMP Sains & Matematik | Pn. Hjh Noriah binti Sahari |
GKMP Kemanusiaan | Pn. Sabariah binti Sariff |
GKMP Teknik & Vokasional | En. Mohazil bin Mohamed |
Warna Sekolah
suntingMerah: Semangat menyala/membara/waja mencapai misi kurikulum dan kokurikulum.
Biru: Beretika, bersahsiah dalam jasmani, emosi, rohani. dan intelek.
Kuning: Mendaulatkan peraturan dan disiplin murid. Jusfikasi yang adil.
Simbol Sekolah
suntingObor: Pendidikan sebagai penyuluh hidup dan membakar semangat untuk mencapai kejayaan.
Gear, Jangka, Tabung Uji: Melambangkan teras bidang ilmu yang menjadi tunggak kecemerlangan insan.
Lagu Sekolah
suntingMarilah kita belajar
Marilah mengejar cita
SDARY kitalah tempat belajar sedar
Ayuh kawan maju segera
Jangan malu jangan seganMembela nusa dan bangsa
Tuntutlah ilmu segera
Penuhkan dada
Berusaha dan berjaya
Mari segera aturkan barisanKita maju serentak
Majulah...Majulah...
Tetapkan hala tujumuTunjukkan kesetiaanmu
Ayuh maju serentak
Pantang Mundur sejejak
Ayuh kawan
Pastikan Berjaya
Misi Sekolah
sunting"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Visi Sekolah
sunting"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Slogan Sekolah
sunting"SDARY Sehati Sevisi Generasi Sukses"
Etos Sekolah
sunting"Melahirkan Juara-Juara Sukan dan Tokoh Badan Beruniform"
Piagam Sekolah
sunting- Kami berjanji akan mendukung sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Menjamin untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu kepada semua pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, tanpa mengira agama dan latar belakang keluarga.
- Kami berjanji memahami, memimbing dan memajukan bakat, minat dan potensi melalui perancangan kurikulum yang sempurna.
- Menjamin untuk mewujudkan iklim sekolah, yang harmoni sesuai dengan konsep sekolah dan masyarakat penyayang melalui kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat.
Rumah Sukan
sunting- Tuah: Inspirasi dari kepahlawanan Hang Tuah
- Jebat: Inspirasi dari kepahlawanan Hang Jebat
- Nadim: Inspirasi dari kepahlawanan Laksamana Hang Nadim dan juga kebijaksanaan Hang Nadim
- Kasturi: Inspirasi dari kepahlawanan Hang Kasturi
- Lekir: Inspirasi dari kepahlawanan Hang Lekir
- Lekiu: Inspirasi dari kepahlawanan Hang Lekiu
Badan Beruniform
sunting- Kadet Bomba
- Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (Kadet JPJ)
- Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia
- Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Silat
- Taekwando
- Pandu Puteri
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
- Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)
- Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (Pengakap PPKI)
- Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Kelab dan Persatuan
sunting- Kelab Keselamatan Jalan Raya
- Kelab Keusahawanan PPKI
- Kelab Koperasi Sekolah
- Kelab Nyanyian & Drama
- Kelab Pelancongan
- Kelab Quarter Master
- Kelab Rukun Negara
- Persatuan Bahasa Arab
- Persatuan Agama Islam
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan PSV
- Persatuan Sivik & Moral
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
- Jalan Jasin,
- 77300, Merlimau
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2631407
- Faks = 06-2636019
Alumni
sunting- YB Dr. Muhamad Akmal bin Saleh doktor pediatrik yang merupakan satu-satunya penterjemah rasmi Bahasa Rusia bagi media dalam pasukan penyiasat Malaysia untuk tragedi nahas pesawat penerbangan MH17 di Ukraine. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Ketua Pemuda UMNO Jasin dan Ketua Pemuda UMNO Melaka
- Datuk Rabuan bin Pit pemenang pingat emas dalam acara 100 Meter di Sukan Asia 1982
- Datin Zamidah Hashim penulis rencana, puisi, cerpen, novel, skrip drama radio dan TV
- Datuk Koh Chin Han pengerusi Malacca Port Authority Malaysia (MPAM), setiausaha perhubungan MCA Melaka
Rujukan
sunting- MH17: Russian speaking Doctor to serve as translator for Malaysian team [1]
- Akmal ADUN termuda dilantik EXCO Melaka [2]
- Rabuan Pit, Rubber tapper’s son realises his dream [3]
- Kepantasan Rabuan Pit, Zaiton Othman sukar ditandingi [4]
- Bicara Karya : Mahkota Duka (Penulis - Zamidah Hashim) [5]
- MPAM Board of Members
- PRU di Sinar: Koh Chin Han [6]
- Pusat Sumber Terpilih bagi program IMD UiTM
Pautan luar
sunting- Laman Web Rasmi SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub Merlimau, Melaka
- Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
- Instagram Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
- YouTube Channel SMKDARY MERLIMAU
- YouTube Channel TV PSS SDARY
- Telegram Channel Info PIBG SMKDARY