Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMKDAM) dahulunya dikenali sebagai SMK Jalan Bayam (1985-1991) ialah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Harian Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Dato' Ahmad Maher terletak di Jalan Long Yunus di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia untuk pelajar terpilih berumur 13 hinggalah 18 atau 19 tahun (Tingkatan 1–Tingkatan 6). Pelajarnya dikenali sebagai Maherian.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher
Lokasi
Jalan Long Yunus, 15200, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMaher Terus Gemilang
Nombor sekolah+609-7418250
Kod sekolahDEA1126
PengetuaDr. Hajah Rani binti Abd. Mutalib
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ariffin Bin Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Suaida binti Omar
Faks6097418262
Laman sesawang

SMKDAM ditubuhkan pada 1985 oleh Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid bin Nordin, yang merupakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher memiliki 434 orang pelajar lelaki dan 708 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1142 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009

Bidang kebitaraan sunting

  • Public Speaking
  • 'Excel Maths'
  • ICT
  • Gamelan

Sejarah sunting

MAHER dahulunya dikenali sebagai SMK Jalan Bayam oleh penduduk setempat dari tahun 1985 hingga 1991. Nama sekolah ditukar kepada SMK Dato' Ahmad Maher pada tahun 1992. Sekolah ini dinamakan sempena Dato' Ahmad Maher yang merupakan seorang ulama dan Mufti Besar Negeri Kelantan.

Pencapaian sunting

Pada 1 Februari 1998, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Gred A.

Pada 2011, pelajar MAHER berjaya mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan piza terbesar di Malaysia.

Pada 2012, pelajar Tingkatan 3 MAHER mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan barisan kek cawan terpanjang di Malaysia. Pada tahun yang sama juga, 55 orang pelajar berjaya mendapat semua A dan 9 orang daripadanya berjaya memperolehi semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada 2013, pelajar SMK Dato' Ahmad Maher dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records setelah mereka berjaya menanam 1,252 ranting karang di Pulau Perhentian, Terengganu.

Pada tahun 2022 Pasukan Bola Sepak Maher (U15) telah mendapatkan pingat gangsa dalam sukan tersebut

Moto, misi dan visi sunting

Moto

Maher terus gemilang dan terbilang

Misi

Menjanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan.

Visi

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher gemilang dalam semua aspek .

Rumah sukan sunting

Terdapat 6 rumah sukan di MAHER.

  • Jupiter (Kuning)
  • Mars (Merah)
  • Venus (Hijau)
  • Pluto (Biru)

Sukan dan kokurikulum sunting

MAHER terkenal dengan Taekwondo, skuasy, lari pecut, dan renangan kerana pencapaian-pencapaian yang dicapai oleh pelajarnya.

Jenis Sukan di MAHER

Jenis Unit Beruniform di MAHER

  • Bomba
  • Kadet Polis
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Silat Gayong Warisan
  • Puteri Islam
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Pandu Puteri
  • St. John Ambulance
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Taekwondo
  • Pengakap
  • Kadet Juruterbang Muda
  • Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan

Jenis Kelab di MAHER

  • SPBT
  • Seni & Kebudayaan
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Jepun
  • Kemahiran Hidup
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Geografi
  • Sains
  • Sejarah
  • Formula 1 (F1)
  • Komputer
  • Lalulintas
  • Koperasi
  • Mekatronik
  • Pencegah Jenayah
  • Pengucapan Awam
  • PNB
  • Rukun Negara
  • Tarannum
  • ICT
  • Fotografi
  • Pelancongan
  • Reka Cipta
  • Robotik
  • Setem & Filateli
  • Maher Choral Speakers (MCS)

Istimewa

  • Persatuan Tingkatan Empat (PERTIPAT) - Pelajar tingkatan 4 sahaja
  • Persatuan Tingkatan Lima (PERTIMA) - Pelajar tingkatan 5 sahaja
  • Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) - Pelajar tingkatan 6 sahaja

Jata sunting

Gelang Rotan

Kesediaan masyarakat SMKDAM iaitu pendidik, pelajar serta kakitangan sokongan mempertahankan SMKDAM daripada segala bentuk pancaroba demi kegemilangan.

Warna Biru

Masyarakat SMKDAM hidup dalam suasana sayang menyayangi dan mendokong konsep 'sekolah penyayang'.

Warna Merah/Merah Manggis

Keberanian mempertahankan keutuhan SMKDAM demi agama, bangsa dan negara.

Warna Kuning

Keluhuran merupakan asas menjayakan wawasan pendidikan negara.

Pengetua sunting

  • Tuan Haji Razali Bin Mohamad (1985-1993)
  • Tuan Haji Mohd Din Bin Ismail (1993)
  • Tuan Haji Ahmad Bin Mustapha (lewat 1993-1994)
  • Tuan Haji Razali Bin Mohamad (1994-1998)
  • Encik Wan Hamzah Bin Wan Daud (1998-1999)
  • Tuan Haji Mohamed Bin Awang (1999-2003)
  • Tuan Haji Mohamad @ Shamshuddin Bin Awang (2003-2005)
  • Tuan Haji Mansor bin Abdullah (2005-2006)
  • Puan Hajah Wan Shamsiah Bt Yahya (2006-2007)
  • Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood (2007-2010)
  • Puan Hajah Che Ragayah Bt Muhammad (2011-2014)
  • Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mamat (2014-2015)
  • Encik Zamri Bin Abdul Aziz (2015-2020)
  • Dr. Hajah Rani Bt Abd Mutalib (2020-sekarang)

Anugerah dan gelaran sunting

Sekolah ini menerima beberapa pengiktirafan untuk prestasinya. Berikut ialah anugerah tersebut:

  1. Sekolah Kluster Kecemerlangan/Sekolah Kluster Kecemerlangan Harian
  2. Sekolah Bestari Perdana

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher
Jalan Long Yunus
15200, Kota Bharu
Kelantan,   Malaysia
Telefon = +609-7418250
Faks = +609-7418262

Pautan luar sunting