Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail (SMKDI) adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail (SMKDI) yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Semerak (SMRS) mula dibuka pada tahun 1965. Hanya menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku pada masa itu. Mula dihuni oleh 67 orang murid dan 3 orang guru sahaja. Pada tahun 1967 SMRS mempunyai bangunan sendiri di tapak barunya Kampung Gong Kedak dan dapat menampung pelajar menengah rendah sahaja. Mulai 1976 barulah tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan pertama SPM telah dilaksanakan pada tahun 1977. SMRS mula ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato’ Ismail (SMKDI) pada tahun 1992. Nama sekolah ini dipilih sempena nama Mufti Negeri Kelantan ke-9 yang berasal dari daerah itu.

Senarai pengetua sunting

  1. En. Ahmad bin Bahaman merupakan pengetua pertama sekolah ini (1965)
  2. Tn.Hj. Din bin Mohamad (1967)
  3. Tn.Hj. Adnan bin Hassan (1969)
  4. Tn.Hj.Muhammad bin Yaacob (1972)
  5. Tn.Hj. Che Hassan bin Senik (1980)
  6. Tn.Hj. Abd.Manaf bin Mohd Nor (1982)
  7. Tn.Hj. Zulkifli bin Yusof (1987)
  8. Tn.HJ.Mahmud bin Jaafar ((1992)
  9. Tn.Hj. Mohamad bin Hj. Omar (1998)
  10. Tn.Hj. Mohamad bin Deris (1998)
  11. Tn.Hj. Wan Mahmud bin Wan Yusof (1999)
  12. Tn.Hj. Jaya mara bin Che Nik (2003)
  13. Tn.Hj. Mansor bin Abdullah (2007)

Pencapaian sunting

SMKDI telah mendapat

  1. Anugerah Kualiti Kooperasi Sekolah-Sekolah Kelantan (2001),
  2. Anugerah Juara Pengurusan Disiplin Sekolah-Sekolah Kelantan pada tahun 2004,
  3. Anugerah Sekolah Harapan Negara (2002-2004)
  4. Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Luar Bandar (2005).

Visi sunting

SMKDI akan mencapai tahap kecemerlangan dalam semua aspek kependidikan melalui wahana ilmu menjelang tahun 2010.

Misi sunting

  1. Membina dan mengurus institusi pendidikan yang berkualiti dan berwawasan melalui proses pengurusan dan pengajaran yang berkesan dengan berbantukan Teknologi Maklumat dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
  2. Membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang terdidik dan cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  3. Membina hubungan yang erat, profesional dan bersepadu dengan agensi-agensi luar dan komuniti.

Moto sunting

Sekolahku Gemilang


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.