Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha atau nama ringkasnya SMK Dato' Mohd Taha, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 28, Jalan Tampin Gemas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha
Lokasi
 Malaysia Km 28, Jalan Tampin Gemas, 73200, Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Untuk Berbakti
Ditubuhkan14 Julai 2023
Nombor sekolah6064316544
Kod sekolahNEE5040
PengetuaEn. Syed Nasser bin Syed Mohidden
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Salmiah bt. Salikin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Salbiah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Roziah bt. Hashim
Faks6064319188
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha memiliki 687 pelajar lelaki dan 818 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1505 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009

Sejarah sunting

1963 sunting

  • Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Gemencheh (SMG)
  • Peringkat awal pelajar menumpang di Standard Type Primary School yang ditadbir oleh En. Shuck Ket Cheng sebagai pengetua yang pertama
  • Bilangan pelajar semasa itu seramai 100 orang pelajar Melayu dan kelas tingkatan 1 dan 2 dibuka dengan tenaga pengajar seramai 6 orang

1965 sunting

  • Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, 2 unit rumah guru kelas F dan tiga unit rumah guru kelas G
  • Pelajar yang menumpang di sekolah rendah juga telah dipindahkan ke bangunan baru
  • Sekolah mula ditadbir oleh En. Mustafa b. Jabil (ketika itu dikenali sebagai Penyelia Sekolah)
  • Dua aliran bahasa dibuka di sekolah iaitu aliran bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris dijalankan pada sesi pagi dan petang.

1972 sunting

  • YB Dato' Mohd Taha B Abd Talib telah dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama

1980 sunting

  • Sekolah ini mula membuka kelas aliran sains dan telah dinaik taraf ke gred A

1986 sunting

  • Bangunan tambahan telah dibina selaras dengan pertambahan bilangan pelajar
  • Terdapat 6 blok bangunan dan mempunyai 31 bilik darjah dan 5 buah makmal Sains

1987 sunting

  • Bilangan bilik darjah bertambah kepada 45 bilik selepas bangunan tambahan siap dibina

1988 sunting

  • Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB En. Anuar Bin Ibrahim (Menteri Pendidikan ketika itu) sempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) sekolah
  • Kelas Tingkatan 6 (aliran sastera) diwujudkan
  • Penubuhan Asrama Desa untuk menampung pelajar perempuan dari kawasa yang berjauhan

1989 sunting

  • Satu blok bangunan 3 tingkat siap dibina selaras dengan bilangan pelajar yang semakin ramai
  • Kemudahan telefon awam disediakan

1993 sunting

  • Satu blok yang mempunyai 3 makmal Sains Tulen, satu blok dua tingkat bangunan pengajar Kemahiran Hidup dan satu bangunan Sains Pertanian siap dibina

1994 sunting

  • Sebuah astaka untuk kemudahan perhimpunan dibina, bilik guru dinaiktaraf dan 3 unit rumah guru kelas F siap dibina

1999 sunting

  • Satu blok bangunan 4 tingkat dibina, 2 unit rumah guru (berkembar) kelas F dibina
  • Satu gelanggang tenis disediakan

2002 sunting

  • Satu blok makmal komputer 2 tingkat dibina
  • Mewujudkan Galeri Sejarah
  • Padang hoki turf separuh padang siap dibina (Sumbangan MSN)

2003 sunting

  • Padang sekolah diperbesarkan dan membolehkan balapan 400 meter dibina
  • Mengubahsuai Bilik Gerakan

2004 sunting

  • Pagar sekolah baru dibina

2006 sunting

  • Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Surau Sekolah

2007 sunting

  • Pusat Akses Internet
  • Penyelenggaraan Dewan Sekolah, menaiktaraf tandas guru dan pelajar dan Klinik Pergigian Sekolah

2008 sunting

  • Pembinaan asrama Aspura dan Aspuri beserta surau dan dewan makan

2009 sunting

  • Pembinaan 3 blok baru (kantin, kelas-kelas mekanikal)

2010 sunting

  • Penyerahan blok baru

2011 sunting

  • Pembinaan Surau Baru dijalankan

Lagu sunting

Fail:Lagu SMKDMT.ogg

Lirik sunting

Hidup untuk berbakti

Kata keramat kita

Bersama kita hayati

Membangun Negara tercinta


Ilmu yang paling utama

Sahsiah sama dijaga

Badan sihat hati waja

Menuju puncak jaya


SMKDMT

Sekolah yang dicintai

Indah ceria dan berseri

Menjana minda bestari


Lirik: Pn Rusiah Bt Alias

Lagu: Richard Chua Kuok Wei

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha
Km 28, Jalan Tampin Gemas
73200, Gemencheh
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064316544
Fax = 6064319188

Pautan luar sunting