Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur (SMKDPT) ialah sebuah sekolah menengah di Masai, Johor, Malaysia. Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Masai. Sekolah menengah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965. Oleh sebab bangunan yang sebenarnya belum siap dibina, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Masai.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur
Lokasi
Johor, 81750, Masai,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERUSAHA BERBAKTI
Ditubuhkan23 Ogos 1965
Nombor sekolah07-2511035
Pengerusi PIBGEn. Mohd Fadli Lee Bin Abdullah
PengetuaPn. Hajah Hasnah binti Yussof
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Surieyani Binti Samsuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Zulyadain bin Haji Idris
Penolong Kanan KokurikulumPn. Radziah binti Radzuan
Faks07-2526171
Laman sesawang
smkdpt_05@yahoo.com.my / smkdptmasai@gmail.com

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 23 Ogos 1965 dengan 77 orang pelajar dan tujuh orang guru.[1] Pada awal tahun 1969, kelas-kelas peralihan telah diadakan bagi pelajar-pelajar yang datang dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang mahu meneruskan pelajaran mereka dalam aliran Inggeris. Hal ini bermakna dua aliran telah dijalankan bersama-sama di Sekolah Menengah Masai ini sehingga tahun 1979 (apabila aliran inggeris ditamatkan oleh kerajaan Malaysia).

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah makmal, sebuah bilik rehat guru, sebuah bilik masak, sebuah bilik jahitan dan tandas murid. Bagi menampung keperluan yang kian bertambah, pada tahun 1978 telah dibina blok C (kini dikenali Graha Temenggung) yang mempunyai 8 buah bilik darjah tambahan, 2 buah makmal Sains dan sebuah bilik perpustakaan manakala surau telah dibina pada tahun 1980. Pada tahun 1982, sekolah ini diperbesar dengan pembinaan sebuah dewan besar (Dewan Penggawa), sebuah bengkel perusahaan (kini bengkel Kemahiran Hidup) dan 8 buah bilik darjah di Blok D (kini Graha Laksamana). Pembinaan bangunan ini membolehkan murid belajar dengan lebih selesa di dalam kelas tanpa ada lagi kelas terapung.[[:]]

Mulai 1 Februari 1986, Sekolah Menengah Masai telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur. Pada tahun ini juga aliran Sains telah diperkenalkan. Nama baru sekolah ini diambil sempena nama jawatan pembesar bergelar Dato' Penggawa Timur yang menjadi wakil Sultan Johor mulai tahun 1883 untuk mentadbir dan mengawal keselamatan di timur negeri Johor. Masai juga merupakan kawasan yang termasuk dalam lingkungan kuasa Dato' Penggawa Timur.[1]

Pada Tahun 1990, Blok E (kini Graha Syahbandar) siap dibina dengan mengandungi makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, 6 buah bilik darjah dan tandas murid. Perkembangan fizikal sekolah ini terus bertambah pada bulan Februari 1991 apabila Blok F (kini Graha Panglima) setinggi 3 tingkat siap dibina yang mempunyai 10 bilik darjah dan 3 buah makmal sains. Akhir sekali, telah didirikan Blok G (kini Graha Bentara). Pembinaan Blok G ini ialah hasil daripada sumbangan PIBG sekolah ini.

Pada 1 Januari 1998, Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur telah diubah nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur (SMKDPT).

Pada tahun 2001, SMKDPT mula mengambil pelajar tingkatan enam yang pertama dalam aliran sastera.

Mulai pertengahan tahun 2001, ramai pelajar dari sekolah ini mula berpindah ke sekolah baru lain, iaitu SMK Bandar Seri Alam dan SMK Seri Kota Puteri. Selepas pemindahan pelajar ke sekolah baru, SMKDPT mula berubah daripada sekolah kongsi gelap kepada sekolah wawasan.[[:]] Sekolah ini semakin berkembang apabila mulai tahun 2002 hingga 2005, telah dibuka Kelas Rancangan Khas (KRK). Pada tahun berkenaan, sebahagian daripada murid diambil berdasarkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala mulai tahun 2006 hingga kini, pengambilan murid tingkatan 1 sebahagian besarnya dikawal dengan menerima kemasukan separuhnya murid cemerlang UPSR.

Pada tahun 2002, SMKDPT tidak lagi mengambil pelajar untuk kelas peralihan.

Pada tahun 2003, SMKDPT mulai mengambil pelajar tingkatan enam dalam aliran sains.

Bangunan yang terakhir dibina iaitu makmal komputer telah siap pada tahun 2004.

Pada tahun 2013, SMKDPT telah mendapat penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan.[1]

Lagu sekolah sunting

Berusaha berbakti cita-cita,

mulia untuk semua,

menuntut ilmu sampai dikuasai,

untuk capai kemajuan.

Sekolah Dato' Penggawa Timur,

jasamu kami ingati,

tetap berbakti terus berbakti,

negara yang dicintai.

berusaha berbakti cita-cita,

bersama amalan kita,

membina bangsa maju dan berjaya,

untuk hidup bahagia.

Sekolah Dato' Penggawa Timur,

jasamu kami ingati,

tetap berbakti terus berbakti,

negara yang dicintai.

Tokoh Orang Alumni sunting

Moto sunting

Berusaha berbakti

sunting

Buku terbuka: Pendedahan kepada budaya ilmu

Mikroskop: Ilmu sama dan teknologi

Roda teknologi & obor: Kemajuan sains dan teknologi

Lima Gelang: Semangat kekitaan persaudaraan dan perpaduan dicapai melalui bidang sukan

Padi: Ilmu yang dicerah akan dimanfaatkan dan terhasil

Moto: "Berusaha Berbakti" membawa maksud berusaha ingin mencapai kajayaan dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara

Alamat sunting

KM 24, Jalan Besar, 81750 Masai, Johor, Malaysia.

Nombor telefon: 07-2511 035

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Azizi Majid (27 Ogos 2015). "Memoir 50 tahun SMKDPT". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 18 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting