Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad atau nama ringkasnya SMK Dato Sheikh Ahmad, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad
Lokasi
 Malaysia Jalan Tunku Kurshiah, 70400, Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067622278
Kod sekolahNEB4097
Faks6067670021

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dibuka pada bulan Januari 1966 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kampung Merbah, Seremban. Pada 31 Mei 1968 pula, Menteri Pelajaran Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari telah merasmikan sekolah ini. Namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad.

Pada tahun 1995, kelas aliran agama diwujudkan dengan pengambilan pertama seramai 26 orang pelajar lelaki. Dua buah bilik telah diubah suai menjadi asrama penempatan mereka. Pada tahun tersebut, sekolah ini juga menempatkan 7 orang pelajar Bakat Bola Tampar Lelaki. Kemudian pada tahun 1998, Kelas Aliran Agama (KAA) telah dibuka kepada pelajar perempuan dan ditutup pengambilannya untuk pelajar lelaki dan pada masa yang sama, 2 blok bangunan asrama puteri telah dibuka.

SMK Dato' Sheikh Ahmad telah memulakan kelas Pendidikan Khas pada tahun 2004 dan aliran MPV dimulakan pada tahun 2006. Pada tahun 2008, sekolah ini telah menawarkan Tingkatan 4 Sains Aliran Agama kepada pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pelajaran dalam bidang Agama dan Bahasa Arab dan pada masa yang sama juga dapat mengambil mata pelajaran Sains Tulen. Tingkatan 6 pula telah dibuka pada tahun 2010.

Pada hari ini,[bila?] SMK Dato' Sheikh Ahmad merupakan sebuah sekolah yang sudah jauh berubah dari segi kemudahan prasarana, suasana P&P yang lebih kondusif dan menepati keperluan pelajar. SMK Dato' Sheikh Ahmad hari ini menampung seramai 830 pelajar. Jumlah guru tetap seramai 95 orang Jumlah kakitangan sokongan pula ialah seramai 15 orang dan selebihnya, kakitangan swasta ditugaskan menjaga kebersihan.

Pencapaian sunting

  • Pasukan Bola Tampar Perempuan U18 mendapat naib johan peringkat MSSNS dan layak mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan (MSSM).
  • Pasukan Bola Tampar Perempuan U15 meraih Johan peringkat MSSNS dan layak mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan (MSSM).

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad
Jalan Tunku Kurshiah
70400, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067622278
Faks = 6067670021

Pautan luar sunting