Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi atau nama ringkasnya SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi
Lokasi
 Malaysia Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200, Kepala Batas,, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoUsaha Tangga Kejayaan
Nombor sekolah6045751142
Kod sekolahPEA2054
PengetuaEn. Adnan Bin Idris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Nazir Bin Othman
Penolong Kanan KokurikulumEn. Abdullah Bin Mas'ud
Faks6045755367
Laman sesawang


Pada Jun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi memiliki 453 pelajar lelaki dan 585 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1038 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2014

Sejarah sunting

SMKDHAB DALAM SEJARAH

Untuk menampung pelajar-pelajar aliran Melayu di kawasan Kepala Batas dengan bermulanya “Sistem Anika jurusan). Sebelumnya terpaksa ke sekolah Datuk Onn, Butterworth atau Sekolah Menengah Kepala Batas(Inggeris).


SEJARAH RINGKAS

Permulaannya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bertam yang ditubuhkan pada tahun 1965. Pada tahun 1967 sekolah ini telah dipindahkan dan menumpang di KBSS/SDHAK dan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas (SMKKB). Dalam tahun 1978 sekolah ini sekali bertukar nama kepada SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI (SDHAB) dan memiliki bangunan sekolahnya sendiri.


BANGUNAN SEKOLAH

  • 1965 – 1966 menumpang bangunan Sek. Ren. Kebangsaan Permatang Bertam.
  • 1967 – 1977 menumpang bangunan Sekolah Menengah Kepala Batas (ING).
  • 1975 menumpang bersama Sekolah Daeratul Maarifil Wataniah).
  • 1976 – 1977 masih menumpang di KKBS dengan 16 bilik darjah sendiri.
  • 1978 memiliki bangunan sendiri dengan 26 bilik darjah (SDHAB)
  • 1983 mendapat sebuah bangunan tambahan - 6 bilik darjah.
  • 1984 pembinaan bangunan pasang siap dua tingkat yang sempurna.
  • 1986 proses pembinaan & surau telah dirasmikan.
  • 1990 dewan sekolah siap dibina dan digunakan.

 

TINGKATAN ENAM

Pada tahun 1981 bermulannya TINGKATAN ENAM ALIRAN SASTERA sebanyak dua kelas. Sekolah ini menerima pelajar dari Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir, Sekolah Menengah Seri Muda Penaga, Sekolah Menengah Bakti Tasek Gelugor dan pelajar-pelajar dari sekolah ini. Pada tahun 1987 bermulanya pula TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS dengan jumlah pelajar seramai 22 orang.


PERASMIAN SDHAB

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke 2, Datuk Hussain Onn telah merasmikan SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI pada 26hb Jun, 1978 dalam upacara yang bersejarah.


SENARAI PENGETUA-PENGETUA SMKDHAB

  • 1 En Junid bin Arope JAN 1965 – OGOS 1966
  • 2 En. Mohammad bin Rejab(Pemangku) - SEPT 1966 – OGOS 1967
  • 3 En Junid bin Arope - SEPT 1967 – JUN 1968
  • 4 En. Zainol Abidin bin Mohd Ali JUL 1968 – DIS 1979
  • 5 Tuan Haji Wam Min bin Wan Din - 01/01/1980 – 30/11/1990
  • 6 Tuan Haji Mohd Noor bin Datuk Haji Ibrahim - 01/12/1990 – 15/10/1994
  • 7 En. Abdul Jalil bin Abd Aziz(Pemangku) - 16/07/1994 – 15/11/1995
  • 8 En. Azlan bin Abu Bakar - 16/11/1995 – 30/02/1997
  • 9 Puan Hajah Fauzian binti Haji Othman - 01/03/1997 – 15/12/1998
  • 10 Puan Hajah Salmah binti Datuk Haji Abdul Rahman - 16/12/1998 – 16/07/2001
  • 11 En. Khaligul Zaman bin Mohd Syariff(Pemangku) - 17/07/2001 – 15/09/2001
  • 12 Puan Hajah Zainab bin Saiman - 19/09/2001 – 18/01/2006
  • 13 En. Supian bin Paimin(Pemangku) - 19/01/2006 – 30/02/2006
  • 14 Tuan Haji Abu Hassan bin Yahaya - 01/03/2006 – 16/06/2008
  • 15 En. Suppian bin Paimin(Pemangku) - 17/06/2008 – 03/12/2008
  • 16 Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd. Jan - 22/12/2008 - 3/09/2013
  • 17 En. Mohd Jamil bin Mohamed 16/09/2013 - 1/06/2014
  • 18 Dr, Hj. Mohd. Nazari bin Yaakob 16/06/2014 - 25/08/2014
  • 19 Tuan Haji Masri bin Abdullah 08/09/2014 - SEKARANG

Kemudahan sunting

  • 5 Blok Bilik Darjah
  • Makmal Komputer
  • Makmal Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
  • Perpustakaan Bestari
  • Kantin
  • Bilik Kaunseling
  • Astaka Ilmu
  • Padang Sekolah
  • Bengkel Kemahiran Hidup ; Bengkel Menjahit, Bengkel Memasak, Bengkel Bertukang, Bengkel Elektrik & Elektronik
  • Bengkel F1

Pasukan Beruniform & Kelab sunting

  • Pasukan Pancaragam
  • Kadet Bersatu Udara (TUDM)
  • Kadet Bersatu Darat (TDDM)
  • Kadet BOMBA
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Puteri Islam
  • Pandu Puteri
  • PBSMM (Red Crescent) - Terminated in 2007
  • Kadet Polis

Pencapaian sunting

Terdapat berbagai pencapaian yang diperoleh oleh Badawi, tidak kira di bidang sukan, kokurikulum mahupun akademik. Dibidang akademik, Badawi telah melahirkan banyak cendiakawan yang kini sedang berkhidmat di serata Malaysia. Keputusan SPM dan PMR sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi peratus lulus dan peratus mendapat A bagi semua subjek. Selain itu banyak pertandingan berasas akademik lain yang telah berjaya meraih pengiktirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Kejayaan yang paling dibanggakan adalah "F1 In School". Badawi Nitro telah dipilih sebagai wakil Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2007. Badawi juga menjadi hub untuk Manufaturing Center bagi sekolah-sekolah utara Pulau Pinang untuk menjalankan kajian F1 sekolah masing-masing.


 

Bekas Pelajar (Alumni) Cemerlang sunting

  • YB Dato’ Haji Roslan bin Saidin : ADUN Pinang Tunggal
  • Dato’ Bakar bin Mohammad : Kontraktor dan Pemilik Stesen Minyak
  • Dato’ Professor Dr Haji Yusof bin Othman (UKM Direktori) : Dekan Pengajian Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia / Pengarah Pusat Islam Hadari Kuala Lumpur
  • Tuan Haji Salleh bin Rashid : Pengetua
  • En. Roslan bin Taib  : Pengarah Negeri Akauntan Negara
  • Tuan Haji Jamil bin Jaafar : Penolong Kanan
  • En Jamin Khiri bin Chek Embi : Penolong Kanan
  • En Roslan Ali : Pengurus Pembangunan UDA Holding
  • Lt Kolonel Zainon b Hashim : RAMD Kluang
  • Lt Mohd Zhafri b Nik Zaid : TLDM K.Kinabalu
  • ASP Azhar bin Salleh : PDRM
  • En Azmi bin Ismail : Ekskutif SCOMI Engineering
  • En Hisham bin Salleh : Jurutera ACATEL Malaysia
  • En. Zainol Alam bin Mohd Zain : Jurutera Kanan Tenaga Nasional Berhad
  • En Ridzuan Hashim : Jurutera Kanan Tenaga Nasional Berhad
  • En. Sairuddin bin Adam Shah : Pengurus Maybank
  • En. Hamdan bin Jusoh : Pengurus Wilayah CIMB
  • En. Norazam bin Zakaria : Pemilik Stesyen Minyak
  • Dr Marzuki bin Ismail : Doktor Perubatan (Klinik Persendirian)
  • Dr Ahmad bin Rauf : Doktor Perubatan (Hospital Metro Sungai Petani)
  • En. Norsiah bin Ahmad : Juruteknologi Kanan Perubatan Hospital USM Kubang Krian Kelantan
  • En. Harryzan bin Yaakob : Peguam
  • En Abdul Malik b Nik Zaid : Jurutera Kanan Perdana Petroleum Berhad PETRA Bhd
  • En. Zamzuri bin Fadzil : Kontraktor Kelas B
  • Tuan Haji Muhammad Hashim : Pegawai Pembangunan dan Perolehan PPD Tengah
  • Nurshiha Mohd Zikir (Shiha Mentor 5) : Penyanyi (Naib Juara Mentor 5)
  • Munsyi Md Rasul bin Haron: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,Putrajaya



BEKAS PELAJAR YANG MENJADI GURU DI SMKDHAB

  • Puan Noor Lila bt Zakaria
  • Puan Che Sayang bt Bakar
  • Puan Hafisoh bt Abbas
  • Puan Hajah Fattanah bt Zainol
  • En. Asogar a/l Aroiakiam
  • Pn. Siti Munirah bt Muhamad Nasri
  • En. Mohd Nizam bin Ahmad Yazid

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi
Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi
13200, Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045751142
Fax = 6045755367

Pautan luar sunting