Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam

Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam atau nama ringkasnya merupakan sebuah pusat tingkatan yang terletak di Peti Surat 200 Pej. Pos Jalan Utara.

Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam
Lokasi
Peti Surat 200 Pej. Pos Jalan Utara, 90307, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Khazanah Hidup
Kod sekolahXEA2073[1]
PengetuaEncik Hussein Bin Abdul Manaf
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
Map


Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pengiran Galpam memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 441 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2018[1]

Sejarah sunting

SMK Datuk Pengiran Galpam merupakan sebuah sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri. Sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1988 pada mulanya membawa nama sebagai SMK Sandakan II. Sekolah ini telah dijadikan sebagai sebuah cawangan kepada sebuah lagi sekolah menengah iaitu SMK Sandakan. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di sebuah sekolah rendah iaitu SK Berhala Darat ( Sekarang dikenali sebagai Sk Tanjung Papat). Pada ketika itu sekolah ini mempunyai seramai 320 orang pelajar dan 12 orang guru dan pada ketika itu juga sekolah ini berada di bawah penyeliaan Penyelia Petang SMK Sandakan iaitu Encik Adiah junang.

Pada tahun 1989 di bawah penyeliaan Encik Yaacob Nasroh, nama SMK Sandakan II telah di ubah kepada SMK Berhala Darat. Pada waktu tersebut juga sekolah ini telah mempunyai pentadbiran dan peruntukan kewangannya sendiri. Seorang kerani juga telah di tugaskan di sekolah ini untuk membantu pihak pentadbiran sekolah.

Pada bulan mac 1989, Encik Mokhtar Bin Yaacob telah melakar sejarah sebagai pengetua pertama sekolah ini. Pada tahun yang sama SMK Berhala Darat telah membuka satu lagi cawangan blok sekolah di SK SG. Anib untuk menampung pelajar tingkatan 2.

Pada tahun 1990 satu blok projek kilat telah dibina di pinggar laut di Grand View untuk menampung para pelajar yang akan ke tingkatan 3. Blok ini mengandungi 8 bilik darjah.Secara Amnya, pada ketika itu sekolah ini sudah mempunyai 3 cawangan yang dikenali sebagai SMK Berhala Darat Pusat (Tingkatan 3), SMK Berhala Darat Cawangan Laut (Tingkatan 1), dan SMK Berhala Darat (Cawangan SG. Anib, Tingkatan 1). Murid sekolah ini telah menigkat kepada 850 orang dan tenaga pengajar seramai 34 Orang.

Sehingga tahun berikutnya, bilangan pelajar serta tenaga pengajar semakin bertambah. Seterusnya pada tahun 2000, di bawah pentadbiran Encik Hussein Bin Abdul Manaf, pengetua sekolah yang ketujuh, sekolah ini telah mencatatkan satu lagi sejarah dimana nama SMK Berhala Darat telah ditukarkan kepada SMK Datuk Pengiran Galpam Atas sebab tertentu.

Pada tahun 2005, sekolah ini sekali lagi melakar satu sejarah peting apabila berjaya mengambil alih bangunan bekas Maktab Perguruan Sandakan setelah maktab perguruan tersebut berpindah ke tawau. Dengan jumlah pelajar seramai 950 orang, serta tenaga pengajar seramai 35 orang sekolah ini yang dahulunya menggunakan papan yang terletak di pinggir laut kini terletak di atas sebuah bukit dan dilengkapi dengan pelbagi infrastruktur yang tidak pernah dinikmati sewati di bangunan lama dahulu. Perpindahan secara rasmi dari bangunan lama ke bangunan baru telah dilakukan pada 15 februari 2005. Pada tahun tersebut juga dua kelas tingkatan 6 (ting. 6 atas & 6 bawah) telah dibuka buat julung-julung kalinya. [2]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pengiran Galpam
Peti Surat 200 Pej. Pos Jalan Utara
90307, Sandakan
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6089211604
Fax = 6089211604

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) / Persatuan Tingkatan Enam (PTEN) sunting

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) / Persatuan Tingkatan Enam (PTEN) ini merupakan satu organisasi khas yang ditubuhkan pada tahun. Organisasi ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 (pelajar prauniversiti) yang bertindak sebagai wakil kepada para pelajar prauniversiti yang lain.

Pada tahun 2018, ahli-ahli PTEN (MPP) sesi 2017/2018 telah mencapai kesepakatan untuk mencipta satu logo khas untuk persatuan ini. Logo tersebut dicipta oleh pengerusi persatuan pada ketika itu iaitu Mohd Firdaus bin Ismail.

Barisan kepimpinan PTEN (MPP) sesi 2017/2018 adalah seperti yang berikut:

Barisan Kepimpinan PTEN 2017/2018
Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT)
Nama Kelas Jawatan
Mohd Firdaus bin Ismail K6 Pengerusi
Mohd Hesham bin Haris K5 Timbalan Pengerusi
Habibah binti Latip S1 Naib Pengerusi
Nur Syahirah Idayu binti Hussne K4 Setiausaha
Nur Waznah Farzana K8 Naib Setiausaha
Veroha Julni K4 Bendahari
Sherlley Jees K7 Naib Bendahari
Jawatankuasa Exco-exco
Saharudin bin Aco K6 Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah
Chin Yee Sian S1 Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah
Danielson Cornelius K6 Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah
Hamidah Musrapha K8 Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah
Febri bin Abd. Samad S3 Exco ICT & Publisiti
Raudhatul Jannah binti Jainal K10 Exco ICT & Publisiti
Mohd Khairul Ikhwan bin Abd. Rahim S4 Exco ICT & Publisiti
Siti Sarah Syazana binti Setury K7 Exco ICT & Publisiti
Jeffry Tay Weng Fook K5 Exco Teknikal & Siaraya
Al-Said bin Ibno K6 Exco Teknikal & Siaraya
Mohd Rizal bin Amil Hussin S3 Exco Teknikal & Siaraya
Akmal Hakdar bin Endut K2 Exco Teknikal & Siaraya
Nur Shafiqa Zuldin K10 Exco Ekonomi & Keusahawanan
Nur Syafiqah Syazuanita binti Abd.Rahim K8 Exco Ekonomi & Keusahawanan
Mohd Ridzuan bin Muhamad K2 Exco Ekonomi & Keusahawanan
Nur Fatin Asyqin binti Samli K6 Exco Ekonomi & Keusahawanan
Islamunawar bin Lamran K8 Exco Disiplin & Keterampilan
Nur Azlinah binti Asalleh K3 Exco Disiplin & Keterampilan
Kelvin Ng Tze Siong K5 Exco Disiplin & Keterampilan
Syahidatul Nurul Ain binti Jeperidin K7 Exco Disiplin & Keterampilan
Nuur Haidah binti Mohd Harun K3 Exco Akademik & Kerjaya
Mohd Shariel bin Saridi K5 Exco Akademik & Kerjaya
Nur Elaiza Zulaikha binti Japar K6 Exco Akademik & Kerjaya
Mohd Hafizi bin Hussne K7 Exco Protokol & Perhubungan Awam
Melki binti Hussin K4 Exco Protokol & Perhubungan Awam
Wong Tung Khuen K5 Exco Protokol & Perhubungan Awam
Nurfadila binti Ang Tung Hoh K6 Exco Protokol & Perhubungan Awam
Mohd Walafuddin Maliq bin Ahmad K5 Exco Kebudayaan & Kebajikan
Farah Asfarina binti Mansor K7 Exco Kebudayaan & Kebajikan
Lowella binti Kabrin K8 Exco Kebudayaan & Kebajikan
Irnah Mohd Ton K5 Exco Sukan & Rekreasi
Mohammad Hafiz bin Jikra K6 Exco Sukan & Rekreasi
Krishnaraj A/L Subramaniam K8 Exco Sukan & Rekreasi

Keseluruhannya, terdapat 40 orang ahli PTEN (MPP) yang terdiri daripada 7 orang Majlis Tertinggi (MT) dan 9 buah exco dalam organisasi ini.

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pengiran Galpam.


Pautan luar sunting