Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu atau nama ringkasnya SMK Guar Perahu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Guar Perahu,.
Sekolah Kebangsaan Guar Perahu | |
---|---|
Lokasi | |
Guar Perahu, 14400 Bukit Mertajam, SEBERANG PERAI TENGAH, Pulau Pinang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan |
Moto | Insan Seimbang dan Harmonis |
Nombor sekolah | 604-5213128 |
Kod sekolah | PEA0003 |
Pengetua | Dr. Haji Muhammad Pisol b A. Bakar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Aidi bin Arifin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Norina Binti Baharudin |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Nooramlee bin Ibrahim |
Faks | 604-522 1835 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu memiliki 761 pelajar lelaki dan 640 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1401 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009
Sejarah
suntingSEJARAH SMK GUAR PERAHU
1978 Y.B Datuk Hj Mohd Noor membuat cadangan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Guar Perahu dan memohon Kementerian Pendidikan pada kaetika itu mendirikan sekolah menengah di sini.
1980 Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah mengenalpasti sebidang tanah untuk tapak sekolah. Walau bagaimanapun pihak tuan tanah telah membuka lot untuk dijual sebelum sempat tanah itu diambil oleh Pejabat Daerah. Namun Pegawai Daerah dan Penghulu mukim telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tanah lot tersebut kerana tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan tapak sekolah.
1980 Sekolah yang menelan belanja hampir RM 2.7 juta ini didirikan atas tapak tersebut.
1989 Seramai 330 pelajar mendaftar untuk sesi pertama persekolahan ini berbanding 780 orang sekarang. Jika dahulu seramai 10.3% pelajarnya adalah kaum Cina dan India sekarang pelajarnya adalah 100% bumiputera.
1990 Bangunan SMK Guar Perahu mula digunakan setelah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.
2/2/91 SMKGP telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk dan Anwar bin Ibrahim.
1992 Bangunan Asrama Desa mula dibina.
1994 Asrama Desa mula digunakan.
1998 Projek pembinaan surau mula dijalankan.
1999 Surau siap dibina sepenuhnya dan mula digunakan. Projek pembinaan Blok D dimulakan.
2000 Blok D siap dibina sepenuhnya.
2002 Pembinaan Dewan SMK Guar Perahu dan rumah warden dimulakan.
Julai 03 Dewan SMK Guar Perahu dirasmikan dan dinamakan Dewan Ibnu Sina.
Rumah warden mula diduduki.
2006 Pembinaan dewan gymnasium dimulakan
2007 Dewan Gimnasium dirasmikan dan mula digunakan.
Mei 07 Bilik operasi Kelab Usahawan Muda dirasmikan dan mula digunakan
2009 Gelanggang Petanque siap untuk digunakan. Gelanggang futsal mula beroperasi dan boleh digunakan.
Astaka sukan juga siap digunakan.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu
- Guar Perahu,
- 14400, Bukit Mertajam
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6045213128
- Fax = 6045221835