Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi


Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi atau nama ringkasnya SMK Hang Kasturi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi
Lokasi
Masjid Tanah, 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA JAYA BAHAGIA
Nombor sekolah06-3841388
Kod sekolahMEA0099[1]
Pengerusi PIBGDatuk Hj Kamarulzamam Bin Hj Jantan
PengetuaPn Norfa'iza binti Mustafa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Aidah binti Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Norliza binti Nasron
Penolong Kanan KokurikulumPn Wan Rosmah binti Wan Awang
Faks06-3846421

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi memiliki 630 pelajar lelaki dan 476 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1106 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.16 ekar.  Apabila dibuka, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar berjumlah 326 orang, 13 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru.

Pada peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu melibatkan pelajar-pelajar kelas peralihan (2 kelas) dan tingkatan 1 (5 kelas).

Pada pertengahan tahun 1976 apabila sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar-pelajar telah berpindah dan memulakan pelajaran di sekolah ini. Terdapat 4 blok bangunan sahaja pada awalnya.

Pada tahun 1988, kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan di sekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Masjid Tanah tidak sesuai lagi dengan perkembangannya apabila ia telah memulakan kelas menengah atas.

Pada tahun 1990, nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka.

Pada tahun 1996, terbina 1 blok bangunan 2 tingkat untuk makmal sains dan bengkel KH. Kelas Sains Tulen untuk tingkatan 4 mula dibuka.

Pada tahun 2002, dibina 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini, terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini.

Pada tahun 2003, mata pelajaran MPV Lanskap dan Nursery serta Katering dan Penyajian mula diajar dalam tingkatan 4. Seterusnya pada tahun 2007, mata pelajaran MPV Menservis Motosikal mula diajar dalam tingkatan 4. Sehingga November 2014, sekolah ini menampung pelajar seramai 955 orang murid dengan diterajui oleh pengetuanya iaitu Pn Noridah bt Ab. Rahim.

Terkini, sekolah telah mempunyai sebuah dewan terbuka yang dinamakan sebagai Dewan Terbuka Tan Sri Abd Rahim Tambichik yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Seri Ab Rauf Jusoh, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia pada 23 Mei 2017, Selasa pada jam 3.00 petang.

Senarai Pengetua sunting

BIL. TAHUN PENGETUA

PENGETUA 2014 - KINI

1 1976 - 1979 TUAN HAJI ALIAS BIN ABD GHANI
2 1980 - 1982 TUAN HAJI OTHMAN BIN MD. DERUS
3 1982 - 1988 TUAN HAJI JAAMAT BIN OMAR
4 1988 - 1991 TUAN HAJI YAKOF BIN KASSIM
5 1992 - 1994 TUAN HAJI SALIM BIN HAJI TAHIR
6 1995 - 1996 TUAN HAJI SHARIF BIN BAKAR
7 1996 - 2005 PUAN HAJAH NUBAH BINTI ATON
8 2005 - 2007 PUAN HAJAH AMINAH BINTI HASSAN
9 2007 - 2010 TUAN HAJI HAMZAH BIN ABDUL
10 2010 - 2014 TUAN HAJI ISMAIL BIN SULAIMAN
11 2014 - 2020 PUAN NORIDAH BINTI AB RAHIM
12 2020 - kini PUAN NORFA'IZA BINTI MUSTAFA

Pelajar sunting

Jumlah pelajar sekolah ini ialah seramai 986 orang. Mereka terdiri daripada kaum Melayu (84.2 %), Cina (10.9 %), India (4.6 %) dan lain-lain (0.3 %). Sekolah penyalur murid kepada sekolah ini ialah SK Sri Laksamana, SK Rantau Panjang, SK Bukit Beringin, SK Masjid Tanah, SK Thambi Chik Karim, SRJK(C) Masjid Tanah dan SRJK (T) Masjid Tanah.

Persekitaran sunting

Sekolah ini terletak lebih kurang 2 km dari pekan Masjid Tanah. Kebanyakan pelajar sekolah ini berasal dari Kampong Solok Duku, Durian Daun, Paya Rumput, Londang, Bukit Beringin, Ayer Limau, Jeram dan Sri Tanjung. Persekitaran sekolah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Cahaya Emas, Taman Maju Jaya, Taman Sungai Baru dan lain-lain. Sekolah lain yang berada berhampiran dengan sekolah ini ialah SMK Sultan Alauddin, SMK Ghafar Baba, SK Sri Laksamana dan SRJK(C) Masjid Tanah.

Visi, misi dan objektif sunting

Visi sunting

SMK Hang Kasturi sekolah transformasi, insan terdidik, negara sejahtera

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Objektif sunting

  • Mendidik generasi muda ke arah Pembangunan Bangsa Malaysia yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia melalui:
    • Peningkatan pencapaian akademik
      Menjayakan kegiatan kokurikulum
      Mengukuhkan disiplin diri
      Meningkatkan daya kepimpinan
      Mengamalkan nilai-nilai murni
  • Membina watak sekolah berkesan dan dapat dibanggakan

Tagline sekolah sunting

Sederap Mencipta Kegemilangan:Hala tuju Kasturi

Lagu sekolah sunting

SMK Hang Kasturi

Kebanggaan kita bersama

Pelajarmu berbilang bangsa

Namamu harum sentiasa

Usaha jaya bahagia

Itulah semboyan kita

Berilmu tinggi berakhlak mulia

Menjadi insan yang takwa

Kami pelajar semua

Berdisiplin menjunjung cita

Harapan nusa dan bangsa

Majulah sekolah kita

Majulah sekolah kita
[1]

Pencapaian sunting

Pada pertengahan 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi ialah sekolah menengah yang pertama di negeri Melaka yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti Program Transformasi Sekolah (fasa 1) . Program Transformasi Sekolah dijalankan pada awal tahun 2016.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi,
Masjid Tanah,
78300, Masjid Tanah
Melaka,   Malaysia
Telefon = +606-3841388
Faks = +606-3846421

Rujukan sunting

Pautan luar sunting