Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim

Sekolah Kluster Kecemerlangan KMY


Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (singkatan: SMK Ibrahim atau SMKI), ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan bersesi pagi yang terletak di bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta Tingkatan 6. Kemudahan asrama juga ditawarkan bagi pelajar sekolah yang berminat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Center
Lokasi
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Nama lamaGovernment English School, Sultan Abdul Hamid School, Sekolah Menengah Ibrahim
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoFinis Coronat Opus
(Penamat Menentukan Takhta)
Ditubuhkan1919
Autoriti pendidikanKuala Muda / Yan
SesiPagi
Nombor sekolah604-4212633
Kod sekolahKEB3049
Tenaga pengajar102 (2019)
JantinaLelaki dan Perempuan
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganIbrahim No.1
LaguUsaha Tangga Kejayaan
Faks604-4227461

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim amat dikenali untuk kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan penerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, SMK Ibrahim menjadi sekolah terbaik di negeri Kedah, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A+.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim mula dibuka pada bulan Ogos 1919 oleh Encik E.A.G. Stuart, Pengarah Pendidikan Kedah dan Perlis, Tanah Melayu British. Sekolah telah dinamakan sebagai Government English School. Pada mulanya tapak asal Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim terletak di Pejabat Telekom Malaysia, Sungai Petani (sekarang). Sekolah terdiri daripada sebuah rumah panjang yang mempunyai lantai bersimen dan dinding berkayu dengan mempunyai tiga bilik darjah.

Sebelum sekolah dibuka, En. Stuart mengundang guru dari Government English School (sekarang Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar untuk memegang jawatan sebagai pengetua sekolah yang baru ditubuhkan itu. Allahyarham Tuan Syed Jan Al-Jafree dipilih sebagai guru besar yang pertama dengan seorang guru penolong iaitu Encik Mohamed bin Suparman.

Pada tahun 1921 dan 1922, tiga lagi guru dihantar ke sekolah ini memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Kerajaan menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Petri untuk memberi kawasan yang lebih bagus dan luas bagi bilangan pelajar yang bertambah ini.

Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis yang ada sekarang yang terletak di Jalan Kolam Air, Sungai Petani dengan keluasan 30.29 ekar. Premis baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu, En. La. M. Stowell, dan ditukarkan dengan nama baharu iaitu Sultan Abdul Hamid School.

Pada tahun 1936, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Ibrahim (Ibrahim Secondary School) sebagai mengenang jasa Almarhum Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang menjadi pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914.

Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Sekolah ini dibuka semula pada bulan Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1954, sekolah ini dibahagikan kepada bahagianrendah dan bahagian menengah. Bahagian rendah dikelolakan oleh Encik Mohamad bin Man. Pada tahun 1960, Pengarah Pelajaran Kedah, Encik Halliday memecah terus Sekolah Ibrahim. Sekolah rendah dikenali sebagai Sekolah Rendah Ibrahim (sekarang Sekolah Kebangsaan Ibrahim) di bawah guru besarnya yang pertama, Encik Lim Chin Gee. Sekolah ini adalah untuk murid lelaki sahaja.

Pada tahun 1959, bilangan pelajarnya adalah seramai 950 orang dan bilangan ini meningkat kepada 1,423 orang pada tahun 1971.

Selain daripada perkembangannya dalam pelajaran, sekolah ini juga mengadakan beberapa rancangan untuk membantu murid-murid yang miskin misalnya pada tahun 1963, mereka ini telah diberi bantuan berupa makanan percuma di kantin, buku teks, pakaian dan lain-lain.

Hubungi sunting

  • Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
  • Telefon : +604-4212633
  • Faks : +604-4227461

Lencana Sekolah sunting

 

  • Diperkenalkan pada tahun 1946.
  • Berbentuk perisai.
  • Bahagian kiri terdapat segemal padi melambangkan Negeri Kedah sebagai jelapang padi Malaysia.
  • Sebelah kanan terdapat obor melambangkan ilmu pengetahuan.
  • Bahagian bawah dilingkari oleh dua mayang kelapa melambangkan aspirasi.
  • Cogan kata "Finis Coronat Opus" membawa maksud "Penamat Menentukan Mahkota".
  • Warna hijau pada lencana melambangkan "keagamaan", kuning melambangkan "kesetiaan" dan merah melambangkan "keberanian".

Gambar kualiti tinggi

Lagu Sekolah sunting

USAHA TANGGA KEJAYAAN


Lagu: Abdul Rahman Zainol

Lirik: Mohammad Abdullah


Sekolah Menengah Ibrahim

Harum Semerbak Namamu

Mendidik Memimpin Kami

Putera Puteri Berakhlak Berilmu

Cekal Tabah Semangat Waja

Cita-cita Murni Tanpa Kecewa

Demi Agama Bangsa Dan Negara

Ilmu Di Dada Warisan Kita

Sekolah Menengah Ibrahim

Lahirkan Insan Sempurna

Maju Jaya Setiapp Lapangan

Usaha Tangga Kejayaan.

Moto sunting

Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim ialah Finis Coronat Opus yang membawa maksud Penamat Menentukan Mahkota. Moto ini berasal daripada bahasa Latin. Moto ini dapat dilihat di bahagian bawah lencana sekolah.

Visi & Misi sunting

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Rumah Sukan sunting

Rumah Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim ialah:

  1. Bendahara (Unggu) - (Dulu dikenali sebagai Day)
  2. Raja Muda (Biru) - ( Dulu dikenali sebagai Stuart)
  3. Sultan (Kuning)
  4. Sultanah (Merah) - (Dulu dikenali sebagai Asus)
  5. Syed Jan (Hijau)

Ketika pendaftaran masuk ke sekolah, setiap pelajar diberikan nombor pelajar. Dua digit pertama nombor pelajar merupakan tahun kemasukan pelajar tersebut. Digit terakhir nombor pelajar pula menentukan rumah sukan pelajar tersebut seperti ini:

  • Sultan - 0 & 5
  • Raja Muda - 1 & 6
  • Bendahara - 2 & 7
  • Sultanah - 3 & 8
  • Syed Jan - 4 & 9

Sebagai contoh, jika nombor pelajar anda ialah 14008, maka rumah sukan anda adalah Sultanah.

Hari Sukan Tahunan sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1946 oleh pengetua yang kedua, Dato' J.F. Augustin. Nama rumah sukan mengikut tradisi telah sentiasa merupakan Sultan (kuning), Syed Jan (hijau), Stuart (biru), Day (purple) dan Sultanah (merah). Disebabkan pembahuruan yang diperkenalkan oleh pengetua yang ke-15, Tuan Haji Rosli b. Pin, nama rumah sukan mewakili hierarki sistem kesultanan lama.

Senarai Pengetua sunting

No. Pengetua Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat
1. Tuan Syed Jan Al-Jefree 1919 1946
2. Y.Bhg Dato' J.F. Augustin 1946 1953
3. Encik Lim Chien Chye 1953 1958
4. Encik Kok Swee Hong 1958 1962
5. Y.Bhg Dato' Syed Abu Bakar Barakbah 1963 1963
6. Encik K.K Koshy 1963 1966
7. Y.Bhg Dato' G.Raja Gopal, FRGS 1967 1971
8. Encik K.K Koshy 1972 1973
9. Encik P.A Norton 1973 1975
10. Tuan Haji Yahaya B. Haji Awang, BCK 1976 1982
11. Tuan Haji Syed Ahmad b. Syed Yasin, PJK 1982 1987
12. Tuan Haji Mohamad Amin b. Abdul Rahman, PJK 1987 1993
13. Tuan Haji Atan Awang b. Abdullah 1994 1995
14. Tuan Haji Md Jaffar b. Haji Din, BCK, BKM 1995 1999
15. Tuan Haji Rosli b. Pin 1999 2004
16. Puan Hajah Haminah bt. Haji Rejab 2004 2005
17. Tuan Haji Mansor b. Lebai Habib, BCK 2005 2006
18. Encik Menteri b. Abdullah 2006 2006
19. Encik Ramli b. Abd. Rahman 2007 2011
20. Encik Nasrudin bin Ab. Rahman 16 Oktober 2011 31 Januari 2016
21. Encik Ideris bin Haji Abdul Rahim 2 Februari 2016 9 Jun 2020
22. Tuan Haji Osman bin Omar 14 Julai 2020 14 April 2024

Pertubuhan Alumni sunting

Pertubuhan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim dikenali sebagai Ibrahim Old Boys Association (IOBA). Pertubuhan ini kini mempunyai sebuah rumah kelab dikenali sebagai IOBA Club House. Bangunan rumah kelab ini dahuunya merupakan rumah guru dan telah diubah suai unuk dijadikan rumah kelab. IOBA Club House dicat dengan warna Ibrahim, iaitu hijau, kuning dan merah. IOBA Club House terletak di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim.

Alumni sunting

No. Alumni Jawatan Disandang
1. Prof Dr Abdul Razak Habib Naib Canselor UNITAR
2. Dato' Dr. Ahmad Tajuddin Johari Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)
3. Tun Azmi bin Mohamed Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan
4. Bahwandi a/l Hiralal Pemain Bola Sepak Malaysia
5. Dr Chandra Muzaffar Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST)
6. Dedar Singh Johi Pemain Kriket Malaysia
7. M. Doraisamy Kapten Hoki Padang Malaysia
8. Datuk Profesor Dr. Ghauth Jasmon Naib Canselor UM
9. Hassan Ghani Pemain Bola Sepak Malaysia
10. Dato' Ibrahim Hussein Pelukis
11. Emeritus Prof Dato' Dr Ismail b Haji Bakar Naib Canselor UTHM
12. Emeritus Prof Dato' Wira Ir. Dr. Md Noor b Hj Saleh Naib Canselor UPSI
13. Tan Sri Micheal Chan Menteri Kesihatan
14. Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md. Yusof Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-9, Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia
15. Tan Sri Dato' Sri Mohd Hassan Merican Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Pro Canselor UTP
16. Tan Sri Murad Mohamed Noor Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
17. Musa Jaafar Pemain Ragbi Malaysia
18. Dato' V. Nadarajah Timbalan Presiden Parti PP
19. Dato' Haji Nassier Wahab Penyanyi, Pelakon
20. C. Navaratnam Kapten Kriket Malaysia
21. Prof Dr Premkumar Rajagopal Naib Canselor MUST
22. Tan Sri Dato' Seri Haji Sanusi Junid Menteri Besar Kedah Ke-7, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Presiden UIAM ke-4, Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerlun-Langkawi, Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Kuah
23. Dato' Syed Abu Bakar b Syed Ahmad Barakbah Ketua Pengarah UPM
24. Dato' Syed Ahmad Aidil Hakim
25. Profesor Dato' Sri Dr. Syed Arabi bin Syed Abdullah Idid Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-4
26. Tan Sri Syed Azman b Syed Ibrahim Pemilik Syarikat Weststar Aviation Sdn Bhd
27. Dato' Seri Haji Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin Menteri Besar Kedah Ke-5, Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerlun-Langkawi
28. Prof Zakaria Kasa Naib Canselor UPSI
29. Tun Zaki bin Azmi Ketua Hakim Negara

Pautan luar sunting