Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah atau nama ringkasnya SMK Iskandar Shah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pejabat Pos.

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah سکۆله منڠه کبڠساءن إسکندر شاه
Lokasi
Jalan Pejabat Pos, 32800, Parit,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Premier, Sekolah Menengah Kebangsaan
MotoSAVOIR C'EST POUVOIR
PENGETAHUAN ITU BERKUASA
Nombor sekolah6053771228
Kod sekolahAEE8701[1]
Pengerusi PIBGEN. TAUFIK BIN MD EUDIN
PengetuaEN.SABARUDIN BIN HJ OTHMAN PPT
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. YUSOP ZAKI BIN SULAIMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN SUSILA WATI BINTI BAHAKUDIN
Penolong Kanan KokurikulumEN. ROSE EFENDEE BIN MUSA
Faks6053774420


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah memiliki 390 pelajar lelaki dan 417 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 807 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini mula dicadangkan penubuhannya oleh Raja Shahar Shah yang pada waktu itu merupakan Anggota Majlis Dewan Legislatif Negeri Perak pada 1947. Kerajaan Kolonial Iggeris telah meluluskan penubuhan Sekolah Menengah Ingeris tersebut dan pelajar kumpulan pertama telah diambil pada sesi persekolahan Jan 1949. Bangunan pertama adalah menumpang di rumah penduduk yang tidak digunakan. Dari tahun 1949 sekolah telah berkembang dan pada tahun 1954 pelajar kumpulan pertama mengambil Pepereksaan Senior Cambridge dan juga Oversea School Certificate. Sekolah ini dikenali dengan nama Goverment English School Parit atau GES Parit. Pada tahun 1960an nama tersebut bertukar kepada Isndar Shah Secondary School Parit dan mula mengambil pelajar aliran Melayu. Sekolah ini berkembang dengan sangat pesat di tahun 1970an dan merupakan Sekolah aliran Inggeris bercampur yang sangat terkemuka bagi kawasan luar bandar. Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 beberapa tahun selepas itu pelajar pelajar dari Sabah dan Sarawak mula diterima masuk belajar di sekolah ini di bawah program Rancangan Khas. Ini disebabkan sekolah ini telah mendapat Asrama Lelaki yang bagus dan moden. Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menghantar ramai kumpulan pelajar ke sekolah ini sehingga tahun 1980an. Perkembangan sekolah naik setingkat lagi pada tahun 1979. Pada tahun 1979 kumpulan pertama pelajar tingkatan Enam Luar Bandar telah diambil. Seramai 60 pelajar yang mendapat Grade 1 dan 2 telah terpilih memasuki kelas Tingkatan 6 Bawah jurusan Sastera. == Pelajar Tingkatan 6 tersebut datang dari Sekolah Iskandar Shah, Sekolah Dato Abdul Rahman Yaakub Bota Kanan dan Sekolah Raja Shahriman Beruas. Kumpulan pertama tersebut telah menduduki pepereksaan HSC dan STP pada 1980 dan mereka mendapat kelulusan 100% Seramai 18 pelajar tepilih memasuki Universiti Awam dan Institut Teknologi Mara dan selebihnya memasuki Maktab Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.

Bahasa Perancis telah mula diajarkan di sekolah ini bermula pada tahun 2016 ;sesuai dengan Anjakan Kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Sebagai sebuah sekolah premier, sekolah ini layak untuk diberikan keistimewaan satu subjek Bahasa Antarabangsa dan subjek Bahasa Perancis telah dipilih oleh Kementerian pendidikan.

Projek rintis ini dimulakan dengan seramai 40 orang pelajar dari kelas Rancangan Khas dan mendapat bimbingan sepenuhnya dari Guru Bahasa Perancis, En. Athir Asyraf Bin Abdul Ghani.

Banyak aktiviti berkenaan Bahasa Perancis telah dirancang dan dilaksanakan. Antaranya adalah mengambil peperiksaan Delf bagi semua pelajar yang mempelajari bahasa ini.

Peneraju Sekolah sunting

Sejak sekolah ini di buka, ia diterajui oleh pengetua-pengetua seperti berikut:-

BIL NAMA PENGETUA TAHUN BERKHIDMAT
1. Kepten Syed Shaidali 1949
2. Tun Hamdan Sheikh Tahir 1951-1953
3. K. Utam Singh 1954-1955
4. Cheah Kay Chin 1956 - 1963
5. Cheah Sin Haig 1968 - 1972
6. En. Ahmad Tajuddin bin Osman 1973 - 1979
7. En. Mat Nuri bin Hj. Mohd Tahir 1980 - 1984
8. En. Yahya bin Salim 1985
9. En. Khalil bin Jamaludin 1986 - 1988
10. En. Azidin bin Muhmud 1989 - 1990
11. En. Idris bin Hj. Abdul Majid 1991
12. En. Suhaimy bin Zakariah 1992 - 1993
13. En Ganti Shaari bin Alang Ahmad 1994 - 1998
14. En. Hashim bin Mamat 1999- 2001
15. Pn. Norkamar binti Mokhtar 2002 - 2005
16. Tn. Hj. Mokhtar bin Mat Deris 2006
17. En. Hussain bin Puteh 2007 - 2011
18. Pn. Rohani binti Ali 2012 - 2014
19. En. Omar bin Din 2015 - 2018
20. Tn. HJ. Mohd Lotifi bin Haron Noh Rashid 2019 - 2022
21. En. Sabaruddin bin Othman PPT 2023 - kini

Lagu Sekolah sunting

PENGETAHUAN ITU KUASA
Ciptaan: Cikgu Salmah Bt Haji Kassim
Lirik: Cikgu Doris Teck Chee

Mari belajar tuntut ilmu
Jangan segan jangan jemu
Hingga kita semua berjaya
Pengetahuan itu berkuasa

Bersatu padu tak kira bangsa
Bergerak maju untuk negara
Tatatertib mesti dijaga
Amal selalu Rukun Negara

Maju maju dengan ilmu
Pengetahuan itu berkuasa

Bersatu padu tak kira bangsa
Bergerak maju untuk negara
Tatatertib mesti dijaga
Amal selalu Rukun Negara

Maju maju dengan ilmu
Pengetahuan itu berkuasa

Asrama sunting

Pengurusan dan Pentadbiran Asrama sunting

Asrama Iskandar Shah terletak di bawah pentadbiran penuh SMK Iskandar Shah Parit. Blok bangunan Asrama Putera (ASPURA) mampu menempatkan sehingga 40 orang pelajar manakala blok bangunan Asrama Puteri (ASPURI) mampu menampung jumlah seramai 100 orang pelajar.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn. Susila wati binti Bahakudin

Warden 2024

  1. En. Muhamad Amar bin Ibrahim (Ketua warden)
  2. Pn. Syarifah Hanizan Fitri binti Syed Abdullah (Penolong Ketua Warden)
  3. EN. Muhamad Al-fitri bin Abdul Rashid
  4. Tuan Norhayati binti Tuan Sulong

Penyelia Asrama : En.Muhd Ridzuan bin Mohd Sam

Kebitaraan Asrama sunting

Terdapat beberapa kebitaraan Asrama Iskandar Shah yang boleh dibanggakan. Antaranya adalah SILAT GAYONG SERANTAU yang telah mendapat bimbingan dari En. Meor Raihan Bin Ashaari. Pertubuhan ini telah banyak memenangi anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Latihan silat akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat pada setiap minggu. 90 % pelajar asrama telah menyertai pertubuhan ini sejak ia ditubuhkan pada tahun 2012 di SMK Iskandar Shah.

Tahun 2019, dengan pengurusan baru telah menjadikan Ukulele dan Hoki sebagai kebitaraan Asrama. Pasukan Ukulele disertai oleh pelajar asrama, mendapat bimbingan daripada En. Zamzuri bin Abu Hasan. Pasukan Hoki juga dijadikan kebitaraan Sukan, kerana SMKIS juga adalah Pusat Latihan Daerah untuk Hoki.

Aktiviti Asrama sunting

Aktiviti-aktiviti yang bersifat global dan lokal telahpun dirancang dan dilaksanakan , bagi membentuk kemenjadian murid asrama. Aktiviti sukan, permainan, kepimpinan dan kerohanian telah dijalankan.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
Jalan Pejabat Pos
32800, Parit
Perak,   Malaysia
Telefon = 6053771228
Fax = 6053774420


Rujukan sunting

Pautan luar sunting