Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit atau nama ringkasnya SMK Jalan Bukit, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit
Lokasi
 Malaysia Jalan Bukit, Kajang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah387331235
Kod sekolahBEB4071[1]
Faks387394787



Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit memiliki 961 pelajar lelaki dan 1117 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2078 orang. Ia mempunyai seramai 128 orang guru.2009

Pada 2004, seorang pelajar kacak bergaya lagi disegani bernama Syafiq Ahmad telah bersekolah di SMK Jalan Bukit. Beliau telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan catur, bola sepak dan olahraga. Namun, beliau berpindah ke SMK Jalan Empat kerananya rumahnya lebih dekat dengan sekolah. Peristiwa itu menyebabkan ramai pelajar SMK Jalan Bukit bersedih dan pelajar SMK Jalan Empat gembira. Kini, beliau merupakan seorang produser dengan saluran YouTube ASA PRODUCTION atau dikenal sebagai TEAMBUATHAL (TBH) yang menyajikan video untuk masyarakat. Bukan sahaja itu, terdapat juga seorang pelajar yang yang pernah bersekolah di SMK Jalan Bukit ini, yang sebelum ini beliau juga turut disegani ramai apabila beliau pernah bersekolah di High School Kajang sebelum berpindah ke SMK Jalan Bukit ini, yakni ialah Syazwan Hakim Mohd Rasid.

Sejarah SMK Jalan Bukit bermula pada April 1962. Pada mulanya sekolah ini ialah sebuah Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang gagal dalam peperiksaan memasuki sekolah menengah (Malaysian Secondary School Entrance Examination). Pada peringkat awalnya, sekolah ini tidak mempunyai bangunan tersendiri dan hanya mempunyai seorang pengetua, 2 orang guru pelatih, 5 orang guru pelatih Pelajaran Lanjutan dan 150 pelajar, terpaksa menumpang 4 buah bilik darjah di SMK Tinggi Kajang. Setelah hampir setahun sekolah ini beroperasi, seramai 5 orang pelajar iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan telah lulus dalam peperiksaan MMSEE dan dapat melanjutkan pelajaran ke SMK Tinggi Kajang dan SMK Convent Kajang.

Pada 1 Oktober 1964, 2 blok bangunan telah siap dibina, tetapi sekolah ini masih berfungsi sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada penghujung tahun itu, sekolah ini hanya mampu melahirkan seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang lulus dalam peperiksaan L.C.E. Selepas itu, bangunan SMK Jalan Bukit yang terdiri daripada 2 blok bangunan dan 10 bilik tingkajadi amat penting sekali bagi menampung pelajar-pelajar lanjutan terutamanya kepada mereka yang datang dari SRJK Tamil dan SRJK Cina.

Pada 1 Januari 1985, sekolah ini berfungsi sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan dan memulakan pelbagai jurusan dalam bahasa Inggeris serta asas kepada wujudnya SMK Jalan Bukit. Sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah ini menerima pelajar-pelajar dari SRJK Cina, SRJK Tamil dan Sekolah Kebangsaan dari kawasan Semenyih, Kajang dan Bangi. Berikutan dengan fungsi sekolah ini sebagai sekolan bantuan penuh kerajaan, maka sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Bukit atau Hill Street Lower Secondary School.

Pada mulanya sekolah ini menjadikan warna merah dan hitam sebagai lambang sekolah dan "Suluh Menuju Kejayaan" sebagai logonya[[:]]. Tetapi pada tahun 1982, logo lamanya diganti dengan yang baharu dengan logonya ialah "Berdisiplin Berusaha Bermaruah" dan warna hijau menjadi warna dasar sekolah. Kesinambungan daripada lambang itulah pada peringkat awalnya iaitu sebelum pengisytiharan pakaian seragam sekolah-sekolah di Malaysia dikuatkuasakan, pelajar-pelajar SMK Jalan Bukit memakai seluar hijau dan kemeja putih untuk pelajar lelaki manakala skirt hijau dan kemeja putih untuk pelajar perempuan.

Pada tahun 1976, kelas Tingkatan Empat Sastera telah dimulakan. Sebelum ini, mereka yang lulus L.C.E dihantar ke SMK Tinggi Kajang, SMKJ (Cina) Yu Hua dan SMK Convent Kajang. Pada tahun 1977, buat pertama kalinya sekolah ini telah mengeluarkan pelajar-pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1983, kelas Tingkatan Empat Aliran Sains dimulakan sehingga ke hari ini dan menjadikan sekolah ini setaraf dengan sekolah-sekolah menengah yang lain di Daerah Hulu Langat. Pada tahun 1973, atas kepentingan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Kabinet yang memastikan semua sekolah menengah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, maka Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Bukit bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit.

Dari segi infrastruktur, SMK Jalan Bukit hanya mempunyai 10 buah bilik darjah, sebuah daripadanya dijadikan bilik guru, sebuah perpustakaan dan pejabat sekolah. Kantin sekolah pada masa itu hanya sebuah pondok sementara. Pada tahun 1968 disebabkan pertambahan bilangan pelajarnya, maka 2 blok bangunan telah dibina yang mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik jahitan, bilik masakan, bengkel elektrik, 4 buah stor dan sebuah tandas. Pada tahun 1982, sebuah bangunan lagi telah dibina yang mengandungi sebuah makmal Sains panduan Fizik, Biologi dan Kimia; 5 buah bilik darjah; sebuah perpustakaan; stor dan tandas untuk pelajar lelaki dan perempuan. Menjelang tahun 1987, sebuah bangunan gotong-royong siap dibina dengan bantuan kewangan daripada Bank Dunia yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah surau untuk pelajar perempuan. Menjelang tahun 1988, sekolah ini boleh dikatakan lengkap dari segi infrastruktur dengan 6 blok bangunan. Sekolah ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi untuk Tingkatan 2, 3 dan 4 dan sesi petang untuk Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan.

Pada tahun 1962, terdapat 3 orang pengetua bertugas dalam satu tahun. Mereka ialah En. Satish Chand Bendari yang berkelulusan Maktab Kirby (1953) dan Teacher's Course (1961) di London. Selepas itu beliau digantikan oleh En. S.D. Durairaj yang berkelulusan Latihan Normal (1953) dan Teacher Trainer's Course (1961) di London. Pada tahun 1964 beliau digantikan oleh En. C.R. Samuel (PJK). Beliau dikurniakan pingat PJK oleh Sultan Selangor kerana jasa beliau berkhidmat sebagai pengetua di SMK Jalan Bukit selama 14 tahun. Beliau berkelulusan Latihan Normal (1950) dan Teacher Trainer's Course (1961). Kemudian digantikan oleh En. Akasah b. Leman berkelulusan Sijil Perguruan dan B.A (Hons) UM. Pada April 1988, beliau digantikan oleh En. Hj. Zubir b. Hj. Sahil berkelulusan Sijil Perguruan dan B.A (Hons) UKM.

PIBG sekolah ini ditubuhkan pada November 1973 dengan En. Yusoff b. Ahmad menjadi Yang Dipertua pertamanya. Antara jasa PIBG sekolah ini ialah memberi sumbangan kewangan untuk kelas tambahan Tingkatan 3 dan 5, subsidi kerusi meja, buku dan kebajikan murid serta pendingin hawa untuk perpustakaan.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang paling popular dari segi kesukanan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah menengah lain di Daerah Hulu Langat[nyatakan menurut siapa?]. Pada tahun 1968, Dato' Harun Idris iaitu Menteri Besar Selangor pada masa itu pernah merasmikan Sukan Tahunan SMK Jalan Bukit bagi kali pertama. Pada tahun 1988, Hari Ucapan SMK Jalan Bukit telah dirasmikan oleh En. Lee Kim Sai, Ahli Parlimen kawasan Hulu Langat. Setakat tahun 2012, sekolah ini telah berusia setengah abad (50 tahun).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit
Jalan Bukit
Selangor, Malaysia
Telefon = 387331235
Fax = 387394787

Rujukan sunting

Pautan luar sunting