Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok atau nama ringkasnya SMK Jambu Bongkok, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok
1 logo kecil.jpg
Lokasi
 Malaysia Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia, Marang, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBe The Best
Nombor sekolah6098423422
Kod sekolahTEA4019[1]
Pengerusi PIBGMuhammad
PengetuaPn. Noor Aza Binti Abdul Aziz
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Nik Bin Muda
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Fauzi
SingkatanSMKJBt
Faks6098423421


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok memiliki 145 pelajar lelaki dan 113 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 258 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Menengah kebangsaan Jambu Bongkok terletak lebih kurang 58 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari Bandar Dungun. Nama sekolah ini diambil sempena dengan lokasinya iaitu Kampung Jambu Bongkok . Kampung ini mempunyai 2000 penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan dan petani. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2006.Pegurusan pentadbiran dipelopori oleh Tuan Haji Hasan bin Muda (GPK Hal Ehwal Murid),Tuan Haji Ibrahim bin Salleh (GPK Kokurikulum) dan diikuti oleh Tuan Haji Mohd Yunus bin Zakaria sebagai GP Kanan. Puan Che Mek Kamariah binti Che Yem merupakan pengetua perintis sekolah ini. Pada tahun 2006 pentadbiran sekolah ini digalas oleh 10 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kumpulan pelajar pertama yang mendaftar di sekolah ini seramai 142 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Kini, jumlah tersebut meningkat kepada 25 orang guru,7 orang staf sokongan, 282 orang pelajar dan 12 kelas beroperasi. Pada peringkat awal , operasi pengurusan pentadbiran dan program-program sekolah banyak dibantu oleh PIBG (penaja) yang diterajui oleh yang Dipertuanya Encik Mohd Arifin bin Ali dan diteruskan lagi oleh barisan jawatan kuasa di bawah pimpinan En.Md.Zaid bin Seman.

PencapaianSunting

Sekolah ini pernah menyertai pertandingan di Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2011 iaitu Pertandingan Kid Witness News (KWN).

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok
Kampung Jambu Bongkok , Marang , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098423422
Fax = 6098423421

RujukanSunting

Pautan luarSunting