Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi atau nama ringkasnya SMK Jawi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Jawi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi
Lokasi
Sungai Jawi, 14200, Sungai Jawi,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045823307
Kod sekolahPEA4005
Faks6045823546
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi memiliki 333 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 628 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi dibuka pada 2 Januari 2002 dan pada awalnya menumpang di SK Jawi. Penyelaras SMK Jawi pada ketika itu ialah Pn Zaiton bt Md Noor. Beliau dilantik sebagai pengetua pada 1 Julai 2003. Seramai 9 orang guru dan 65 orang murid telah memulakan sesi pertama persekolahan pada 2002. sebanyak 3 kelas tingkatan 1 dibuka pada masa itu. Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi telah berpindah ke bangunan sendiri pada 9 September 2002.

WARGA SMK JAWI 2002 SMKJ dibina dengan memiliki bilik-bilik khas seperti pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik audio visual, bilik media, 2 buah makmal komputer, 1 makmal bahasa, bengkel kemahiran hidup, jahitan, kejuruteraan, bilik seminar, koperasi, bilik kaunseling, makmal sains iaitu fizik, biologi dan kimia, bilik muzik, bilik pendidikan seni visual, bilik persalinan, surau dan sebagainya.

SMK JAWI 2002 Pada tahun kedua iaitu 2003, sebanyak 10 orang guru ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi menjadikan jumlah guru seramai 19 orang kerana salah seorang guru iaitu En Zulkifli telah dinaikkan pangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah. Jumlah kelas bertambah menjadikan sebanyak 9 buah kelas iaitu dari tingkatan peralihan, 1, 2, dan 4. Jumlah kesemua murid menjadikan hampir 300 orang. Seramai 19 orang pelajar peralihan dan 60 orang murid tingkatan 4 yang dibawa masuk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheikh Barakhbah.

Pada tahun ketiga, 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi mempunyai hampir 500 orang pelajar dan 34 orang guru. Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi juga memiliki kesemua tingkatan iaitu Peralihan, 1, 2, 3, 4 dan 5. SMK Jawi memulakan tahun pertama peperiksaan awam iaitu SPM dan PMR pada tahun 2004.

Mulai tahun 2006 mata pelajaran MPV Hiasan Dalaman Asas diperkenalkan. Oleh yang demikian, empat buah bilik darjah telah diubahsuai menjadi Bengkel MPV. Dua tahun kemudian( 2008 ) satu lagi kelas MPV (Rekaan Dan Jahitan Pakaian) telah dibuka dengan mengubahsuai tiga bilik darjah dan sebuah stor untuk dijadikan bengkel menjahit.

Tahun 2006 SMKJ juga telah mengorak langkah dengan membangunkan laman web Portal Bestari SMK Jawi iaitu di smkjawi.edu.my. Warga pendidik, ibu bapa dan pelajar boleh mendaftar dan mengakses laman ini dari rumah masih-masing. Selain daripada itu, bagi membolehkan semua warga pendidik SMKJ mengakses internet tanpa wayar, semua kawasan bilik guru dan pejabat telah disambungkan dengan internet tanpa wayar. Tahun 2007, Sebuah Pusat Akses Sekolah telah dibuka untuk kemudahan pelajar mengakses internet.

Tahun 2007, SMK Jawi mempunyai lebih 500 orang pelajar dan lebih 42 orang guru. SMK Jawi juga memiliki 4 buah kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Seramai tujuh orang guru Pendidikan Khas dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid N17 mengendalikan kelas tersebut. Sebanyak 2 buah bilik kelas telah diubahsuai untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas.

Pada Februari 2008, Pn Zaiton telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke SMK Tun Syed Sheikh Barakhbah. Pada Khamis, 21 Mac 2008, pengetua baru iaitu En Abd. Wahab Bin Mat dari SMK Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah memulakan hari pertama di SMK Jawi.

Pada tahun 2009, Pn Zaiton kembali bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi sehingga awal tahun 2011, beliau bertukar ke SMK Sungai Acheh.

Tahun 2011, En Ismail Bin Mohd Said yang pernah berkhidmat sebagai pegawai di JPN telah menjadi pengetua SMK Jawi mulai Januari 2011. Jumlah murid SMKJ melebihi 660 orang murid dan jumlah guru juga lebih 60 orang guru.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi
Sungai Jawi
14200, Sungai Jawi
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045823307
Fax = 6045823546

Pautan luar sunting