Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit

Laman nyahkekaburan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit atau nama ringkasnya SMK Kapit atau nama alternatifnya SMK Kapit No.1, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat No.39, Kapit.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit
Lokasi
 Malaysia Peti Surat No.39, 96807, Kapit,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBergerak Maju
Nombor sekolah6084796288
Kod sekolahYEE7101
PengetuaJEFFRY ANAK LIAS
Faks6084797388


Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit memiliki 1677 pelajar. Beroperasi dalam 2 sesi, SMK Kapit mempunyai Kelas PPKI, Peralihan, Tingkatan 1 hingga 5. Ia mempunyai seramai 132 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit adalah merupakan sekolah menengah yang pertama dibina di Bahagian Kapit. Ia mula beroperasi pada tahun 1964. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Fort Sylvia sebelum menumpang di bangunan SJKC Hock Lam pada tahun 1965. Setelah itu ia berpindah ke sebuah Gudang Bazaar Kapit pada tahun 1966. Bangunan SMK Kapit siap dibina pada tahun 1967 dengan keluasan 18.26 ekar atau 7.365 hektar.

Sebagai sekolah menengah yang pertama dibina SMK Kapit telah melahirkan ramai individu yang berjaya. Kebanyakan individu yang Berjaya di Kapit adalah hasil daripada didikan guru di SMK Kapit. Tahun 2015 adalah ulangtahun sekolah ini yang ke 50. Seramai 16 Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Kapit.

Sekolah sedia ada tidak mampu menampung jumlah pelajar yang agak ramai terutamanya dari luar Kapit. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 ditubuhkan hanya beberapa kilometer dari SMK Kapit yang asal.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit
Peti Surat No.39
96807, Kapit
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084796288
Fax = 6084797388

Pautan luar sunting