Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya SMK Khir Johari, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Berop, Tanjung Malim, negeri Perak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Lokasi
Jalan Berop, 35900, Tanjung Malim,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Neraca Hidup
Nombor sekolah05-4596334
Kod sekolahAEA0034
Faks05-4582454

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari memiliki 769 pelajar lelaki dan 793 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1562 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009 Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

SMK Khir Johari mempunyai Kelas Rancangan Khas (KRK) dan elas Aliran Agama (KAA). Sekolah ini juga merupakan antara 3 Sekolah Angkat Proton Sdn Bhd. Asrama SMK Khir Johari dilengkapi dengan kemudahan awam seperti telefon awam, astaka, dewan makan, bilik asrama putera (aspura) dan puteri (aspuri), dewan makan, pondok pengawal, dan sebuah dataran.

Kemudahan di dalam kedua-dua bilik asrama pula termasuklah bilik air, katil almari pakaian, bilik belajar surau,stor sukan dan lain-lain perabot di dalam bilik belajar dan bilik warden. Kemudahan di dalam dewan makan pula adalah kerusi dan meja makan, televisyen, papan kenyataan untuk menu, dan dapur.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Jalan Berop
35900, Tanjong Malim
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 605-4596334
Faks = 605-4582454

Pautan luar sunting