Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas

Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas atau nama ringkasnya SMK Kok Lanas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 27, 16450 Ketereh, Kelantan..

Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas
Lokasi
Km 27, 16450 Ketereh, Kelantan., 16450, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA
Ditubuhkan1988
Nombor sekolah6097880430
Kod sekolahDEA1142
PengetuaDr. Sannusi bin Mat Yajid
Faks6097889885
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas memiliki 666 pelajar lelaki dan 565 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1231 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas bermula pada tahun 1988. Sekolah ini telah dibina di atas kawasan seluas 31 ekar.Kawasan asalnya ialah kebun getah dan sedikit kawasan paya air tawar. Nama sekolah ini adalah bersempena Kampung Kok Lanas. Dari segi kedudukannya, ia berhampiran dengan pekan Kok Lanas, Kem Desa Pahlawan dan Politeknik Kota Bharu. Pada 1 Disember 1990, Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas memulakan sesi persekolahan yang pertama dengan 6 kelas Tingkatan Satu dan 4 kelas Tingkatan Dua yang disalurkan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh terutama pelajar yang tinggal berhampiran Kok Lanas

Pada 1 Disember 1990, Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas memulakan sesi persekolahan yang pertama dengan 6 kelas Tingkatan Satu dan 4 kelas Tingkatan Dua yang disalurkan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh terutama pelajar yang tinggal berhampiran Kok Lanas. Pada sesi permulaan, jumlah tenaga pengajar seramai 20 orang termasuk Pengetua dan 5 orang pekerja.Jumlah murid Tingkatan Satu ialah seramai 67 orang dan 113 orang di Tingkatan Dua. Pengetua pertama ialah Tuan Hj. Othman Bin Mamat yang melapor diri pada 16 November 1990 bersama dengan Penolong Kanan Pentadbiran En. Abd wahab Bin Amin.Pengetua kedua ialah Tn. Haji Ahmad Bin Ibrahim yang menggantikan Tn Haji Othman yang berpindah ke SMK Kubang Kerian 2 pada 16 Disember 1991.Seterusnya Encik Kamal Bin Haji Ismail pula menggantikan Tn. Hj. Ahmad pada tahun 1993. Pertukaran Encik Kamal pada tahun 1998 telah diganti oleh Tuan Haji Wan Mat Bin Seman sehingga beliau menamatkan perkhidmatan pada akhir tahun 2004.Tempat beliau kemudian diganti oleh Ustaz Md Fuzi Bin Mohd Noor yang mula bertugas pada 1 Janurai 2005. Pada 25 Mei 2005 sekolah ini sekali lagi menerima kehadiran pengetua yang baru iaitu Pn. Hjh.Hasmah Bt. Mat Jaiz yang bertugas sehingga 15 Julai 2007. Pn. Hjh Wan Safinah Bt. Wan Hamad pula telah mengambil alih jawatan pengetua mulai 16 Julai 2007 hingga sekarang. Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas setakat ini telah menerima pelajar-pelajar yang disalirkan daripada sekolah-sekolah kebangsaan sekitarnya seperti SK Kok Lanas, SK Kem Desa Pahlawan dan SK Banggol Saman. Semoga SMK Kok Lanas terus cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2010.

==
Moto Sekolah== "BERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA"

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas
Km 27, 16450 Ketereh, Kelantan.
16450, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097880430
Fax = 6097889885

Pautan luar sunting