Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot atau nama ringkasnya SMK Kompleks Mengabang Telipot, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Mengabang Telipot,, Kuala Terengganu, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot
Lokasi
 Malaysia Mengabang Telipot,, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096696172
Kod sekolahTEA3116[1]
Faks6096696240


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot memiliki 990 pelajar lelaki dan 1076 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2066 orang. Ia mempunyai seramai 136 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot mempunyai keluasan 35,233 ekar dan perbelanjaan mengambil alihnya berjumlah RM 225, 358,10. Pembinaannya bermula pada tahun 1975 dengan perbelanjaan berjumlah RM 332,000.

Sekolah ini terdiri daripada 6 blok utama iaitu blok UITM, UTM,UPM, UUM,UKM, USM da UM. Lokasi sekolah ini terletak di daerah Kuala Terengganu Utara iaitu kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Terenggaanu.

Pengetua pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Encik Ahmad b Haji Ali yang mula bertugas pada 27 Disember 1980. Pada peringkat awalnya, murid-murid sekolah ini menumpang belajar di SMK Ibrahim Fiktri, Kuala Terengganu bermula 1 Januari 1981. Seramai 165 orang pelajar Tingkatan 1 yang terlibat untuk 5 kelas. Manakala 8 orang guru telah melaporkan diri untuk bertugas.

Pada 13 September 1981, pelajar-pelajar ini mula belajar di sekolah sendiri di SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Sekolah ini telah menampung pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah dari kampung sekitarnya iaitu SK Kompleks Mengabang Telipot, SK Batu Rakit, SK Mengabang Telipot dan SK Pagar Besi dan SK Darat Batu Rakit.

Pencapaian sunting

Mendapat pingat di Sukma Perak 2018

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot
Mengabang Telipot,, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096696172
Fax = 6096696240

Rujukan sunting

Pautan luar sunting