Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu atau nama ringkasnya SMK Kota Bharu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu
Lokasi
 Malaysia Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097482320
Kod sekolahDEE1140
PengetuaTn. Hj. Hashim b. Mohamed
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Abd Rahim b. Wan Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Wan Muhd Nasir b. Wan Omar Fadhil
Penolong Kanan KokurikulumPn. Zeti Akhtar bt. Hj Abdullah
Faks6097462753

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu memiliki 777 pelajar lelaki dan 760 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1537 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah Pertubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB) bermula dengan pertubuhan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 1 (SMKB 1) dan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 2 (SMKB 2) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan perlaksanaan sistem anika jurusan.

Pada peringkat awalnya, SMKB 1 dan SMKB 2 diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan dan menumpang di bangunan Sekolah Indera Putera. Walau bagaimanapun pentadbiran kedua-dua sekolah ini telah disatukan di bawah seorang guru iaitu En. Nik Yusoff Hj. Nik Daud pada tahun 1967. Pada tahun 1969, SMKKB mula mempunyai bangunan sendiri dengan terbinanya blok atas seperti yang ada sekarang iaitu blok A dan blok B. Pada tahun 1975, bangunan tambahan telah siap dibina iaitu bangunan blok C dan Bengkel Seni Perusahaan.

Pada tahun 1980an, SMKKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Ini termasuklah bangunan serbaguna, sebuah musalla dan bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta 3 buah bilik Kemahiran Hidup (KBSM). Dalam usaha mencapai cita-cita pelaksanaan satu sesi persekolahan di seluruh negara, SMKKB sekali lagi menerima bangunan tambahan tiga tingkat yang boleh menampung 21 bilik darjah dan disiapkan pada bulan Ogos 1990. Pembinaan Makmal Sains dan pentadbiran satu bangunan tambahan 4 tingkat siap pada bulan Ogos 1995.

Pada tahun 2002, SMKKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Bangunan tersebut dibina di tapak bangunan kantin yang lama. Bangunan 4 tingkat ini dapat disiapkan pada awal tahun 2003, bangunan tersebut dijadikan sebagai bilik mesyuarat, bilik tayangan dan selebihnya bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar semakin meningkat. Di tingkat bawah bangunan, dijadikan sebagai kantin di SMKKB.[1]

Pencapaian sunting

Pengetua sunting

PIBG sunting

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sunting

Tahun Pengetua
1965-1966 En. Khaw Mong Hua
1966 - 1968 En. Henry Fereira
Jan 1969 - Jan 1972 En. Raj Kumar
Dis 1972 - 1976 En. Phang Ngit Min
April 1977 - Jan 1980 En. Sabri b. Salleh
Jan 1980 - Mac 1983 En. Nik Yusoff b. Hj. Nik Daud
April 1983 - Jan 1984 En. Abdul Hamid b. Ismail
Feb 1984 - Jan 1989 Pn. Hjh. Kamariah bt. Jalil
Feb 1989 - Dis 1990 Tn. Hj. Muhamad b. Ab Rahman
Mac 1991 - Dis 2000 Tn. Hj. Ab Rashid b. Yusof
Jan 2001 Pn. Hjh. Rohani bt. Ismail
16 Mac 2004 - Mac 2008
Pn. Hjh. Wan Yam bt. Wan Sulaiman
Yang Dipertua YB Prof Dr. Abdullah Sudin b. Abdul Rahman
Naib Yang Dipertua YB Datin Rapiah bt. Mohd Zain
Penasihat Pn. Hjh. Wan Yam bt. Wan Sulaiman
AJK Ibubapa Dr. Ahmad b. Yusoff
Pn. Sharifah Mahanom bt. Syed Omar
Pn. Nafsiah bt. Yusoff
En. Muhammad b. Awang Lah
En. Saari b. Daud
En. Mahmud @ Mahamod b. Talib
Pn. Siti Radiah bt. Abdullah
Ustaz Abd Razak @ Mat Daud
En. Othman b. Ahmad Amin

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu
Kompleks , Wakaf Mek Zainab
15300, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097482320
Fax = 6097462753

Rujukan sunting

Pautan luar sunting