Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim


Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim atau nama ringkasnya SMK Kulim,sebagai Ditukar Nama Hingga 1972 Sekolah Tinggi Kulim ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Lunas, Kulim, Kedah dan merupakan sekolah yang paling hebat di seluruh bandar Kulim

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.png
Lokasi
Jalan Lunas,, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSentiasa Maju
Ditubuhkan(Bina Lama 1883)
(Bina Baru 1961)
Nombor sekolah04-4892676
Kod sekolahKEA5024
PengetuaSuzihana
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Ruhil Hayati bt Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Siti Zaharah bt Abdul Hamid
SingkatanSMK Kulim
Faks04-4893480
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim memiliki 457 orang pelajar lelaki dan 518 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 975 orang. SMK Kulim mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sunting

Logo atau lencana SMK Kulim telah direka cipta pada tahun 1966. Ia diilhamkan oleh pengetua sekolah yang pertama iaitu En Ahmad Hasmuni b. Haji Hussein berlandaskan moto sentiasa maju seiring lagu sekolah.

Makna logo:

  • Tangan - Lambang bersatu pelajar pelajar.
  • Obor - Lambang kecemerlangan pelajar pelajar dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.
  • Kepala Harimau - Simbol keberanian dalam menempuh cabaran yang dihadapi bagi mencapai kesempurnaan hidup.
  • Warna Kelabu - Lambang perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bilang kaum.
  • Warna Kuning - Lambang ketaatan kepada Tuhan, Raja, dan Negara.
  • Warna Merah - Lambang kemegahan putera puteri sekolah dalam menyumbang bakti dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah.
  • Moto - Sentiasa maju, iaitu sentiasa maju dalam semua bidang yang diceburi bagi mencapai misi dan visi sekolah.
  • Bentuk Keseluruhan - Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan yang menjadi cita-cita murni semua warga sekolah.

BenderaSunting

 
Bendera sekolah
  • Merah - Keberanian dalam mencuba sesuatu
  • Kuning - Ketaatan kepada sekolah
  • Putih - Kesucian dari segi rohani

Senarai PengetuaSunting

  • Encik Ahmad Hasmuni b Haji Hussein (1966 – 1967)
  • Datuk Hashim b Mydin (1967 – 1969)
  • Encik Mamood b Haji Ismail (1969 – 1971)
  • Tuan Haji Hashim b Khamis (1972 – 1986)
  • Tuan Haji Md Yusoff b Othman (1986 – 1995)
  • Tuan Haji Ahmad b Husain (1995 – 1998)
  • Puan Hajjah Faridah bt Mohd Noor (1998 – 2003)
  • Puan Hajjah Murizah bt Jamaluddin (2003 – 2008)
  • Puan Zaharah bt Ishak (2008 – 2011)
  • Tuan Haji Asri bin Abdul Hamid (2011 – 2015)
  • Tuan Zulkifli bin Mohamed (2016 –2017)
  • Tuan Md Zahir Bin Husin (2018-sekarang)

Lagu sekolahSunting

 
Murid-murid

Kami Putera Puteri sekolah ini

Bangun melengkapkan diri

Menyising lengan memerah otak

Kedepan sederap bergerak


Bersaingan menuntut pelajaran

Dalam persatuan dalam sukan

Dengan semangat kental di jiwa

Kami tetap maju jaya


Kuning kelabu serta merah

Bendera sekolah berkibar megah

Moto di dada SENTIASA MAJU

Segala ilmu kami buru


Dengan segala jiwa raga

Bimbingan guru ayah bonda

Maju jangan bertangguh lagi

Hidup bererti hidup berbakti…

Unit beruniformSunting

SMK Kulim merupakan sekolah yang amat aktif dalam unit beruniform terutamanya PKBM Darat, PKBM Laut, Kadet polis dan St John Ambulans.

Antara unit beruniform SMK Kulim ialah:

  1. Pandu Puteri
  2. Puteri Islam
  3. SIlat
  4. Taekwondo
  5. Karate
  6. Kadet bomba
  7. Kadet remaja sekolah
  8. PKBM Darat
  9. PKBM Laut
  10. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)
  11. St John Ambulans Malaysia (SJAM)
  12. Pengakap

FalsafahSunting

  • Semua pelajar boleh dididik dan terdidik melalui pemupukan budaya mulia

Visi dan misiSunting

Visi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim menjadi antara sepuluh sekolah menengah yang terunggul di negeri Kedah menjelang tahun 2010
Misi

SMK Kulim berazam dan beriltizam untuk:

  • Memimpin mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan, cekap, dan cemerlang
  • Melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum
  • Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan bersifat terpuji
  • Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif, dan cekap
  • Menjalinkan hubungan yang baik dan mesra di antara pihak sekolah dengan komuniti
Cogan kata

SENTIASA MAJU

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
Jalan Lunas
09000, Kulim
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044892676
Faks = 6044893460

RujukanSunting