Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya atau nama ringkasnya SMK Kunak Jaya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Daerah Kunak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya
Lokasi
Peti Surat 124, 91207, Kunak,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Amal Bakti
Nombor sekolah089-851667
Kod sekolahXEA3201
Pengerusi PIBGEn. Mohamed Hata Bin Arabi
PengetuaSyarmansyah bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Harifudin Bin Parakasi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Jumatia Warisi
Penolong Kanan KokurikulumTn. Hj. Hamzah Bin Wahid@Abdul Wahid
Faks6089851668
Laman sesawang


Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya memiliki 345 pelajar lelaki dan 387 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 735 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.

Sejarah sunting

           Pengasas sekolah ini Allahyarham En. Azhari Bin Mohd. Basir yang juga merupakan pengetua pertama sekolah ini bersama 6 orang guru telah mempelopori penubuhan sekolah ini pada tahun 1989. Sementara menanti bangunan pertama sekolah ini, kumpulan pertama pelajar sekolah telah menumpang di Dewan SMK Kunak selama beberapa hari. Bangunan pertama sekolah ini adalah bangunan kayu yang kini menjadi Bangunan Projek Kilat. Pada awal penubuhan sekolah ini terlalu banyak masalah yang dihadapi. Di antaranya buku teks, perpustakaan, makmal dan yang paling utama ialah kekurangan tenaga pengajar.

           Pada tahun 1993 jumlah pelajar meningkat kepada 600 orang dengan guru seramai 36 orang. Sekolah ini telah maju setapak dengan giat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun in ikumpulan pelajar yang pertama menduduki Peperiksaan   Penilaian Menengah Rendah dan mencapai keputusan yang agak memuaskan walaupun pelajar terpaksa belajar dalam suasana yang serba kekurangan. Seperti kata pepatah ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’, walau di mana pun kita belajar kejayaan pasti akan dapat dicapai jika kita berusaha dengan semangat yang jitu.

           Pada tahun1994 bangunan baru SMK Kunak Jaya telah siap dibina. Bangunan sebanyak 2 blok yang diperbuat daripada simen ini dibina bagi menampung bilangan pelajar  yang semakin bertambah setiap tahun. Bilangan pelajar pada tahun ini meningkat kepada 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 40 orang. Pada tahun ini juga pihak pentadbiran sekolah telah membuat persekolahan 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang buat pertama kalinya. Dengan terbinanya bangunan ini maka pihak sekolah dapat menyediakan kemudahan untuk sistem pembelajaran dan pengajaran secukupnya terutama makmal, buku teks dan perpustakaan.

          Pada masa kini SMK Kunak Jaya mempunyai pelajar seramai 885 orang dan 78 orang guru. Sehingga kini sekolah telah 9 kali berganti pengetua. Jawatan ini telah diisi oleh Allahyarham Azhari Mohd Basir, dan dituruti oleh Abd. Menang Hj. Osman, En Sharif Samsuddin Sharif Sagaf, En. Ambrose Mudi, En. Julius J. Gala, Pn. Chow Yuet Lee, Zamri Bin Pehakan, Nor Aslam Mano Bin Abdullah, Jainim Samaron dan sekarang Malek Mohd Shafdar Bin Gulam Hassan.

          Kemudahan yang ada pada masa kini adalah hasil usaha gigih semua pihak yang bertungkus lumus untuk kejayaan sekolah ini untuk menjalankan segala aktiviti-aktivivi yang telah dirancang untuk meningkatkan prestasi sekolah. Pusat sumber, makmal, bilik kemahiran hidup dan bilik seni kini telah dapat disediakan peralatan selengkapnya untuk kemudahan para pelajar. Sekolah ini juga telah menubuhkan aliran sains sebanyak 1 kelas pada tahun 2000 dan mendapat kelulusan menubuhkan kelas tingkatan 6 pada tahun 2003.

          Di antara infrastuktur yang lain ialah  bilik-bilik penolong kanan, bilik-bilik ketua bidang, bilik s/u peperiksaan, bilik mesyuarat, makmal komputer, surau, bilik kebal, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik disiplin, kedai koperasi, dewan serbaguna, Padang Permainan dan Bengkel PAV.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya
Peti Surat 124
91207, Kunak
Sabah,   Malaysia
Telefon = 089-851667
Fax = 6089851668

Pautan luar sunting