Sekolah Menengah Kebangsaan Matu

Sekolah Menengah Kebangsaan Matu atau nama ringkasnya SMK Matu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro.

Sekolah Menengah Kebangsaan Matu
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, 96200, Daro,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI
Nombor sekolah6084832119
Kod sekolahYEE6401
Pengerusi PIBGNurhayati binti Daud
PengetuaRahmah binti Junaidi
GPK Pentadbiran dan AkademikNooria binti Yusup
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohammad Latif bin Rapili
Penolong Kanan KokurikulumAhmad Forqan bin Ismail
Faks6084832216


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Matu memiliki 510 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 972 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Matu merupakan satu-satunya sekolah menengah di Malaysia yang masih berkayu. Sekolah ini ditubuhkan sebagai SMK Matu-Daro pada tahun 1971 sebagai sekolah menengah pertama di kawasan Matu. Pada awal penubuhannya, hanya 3 bangunan setingkat yang menempatkan 17 buah kelas, di mana dua daripadanya diubah sebagai perpustakaan dan pusat sumber.

Pada tahun 1984, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Matu setelah beroperasinya Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah di Daro. Dan, dari situlah, bangunan sekolah semakin banyak dan asrama didirikan bagi menempatkan pelajar dari kawasan jauh. Apa yang uniknya, sekolah ini "terapung" supaya air banjir tidak memasuki kawasan terbabit.

Pada hari ini, SMK Matu menjadi sumber pendidikan menengah utama bagi golongan remaja di kawasan Matu yang mahu melanjutkan pendidikan selepas tamat sekolah rendah.

Pada tahun 2020, asrama sekolah berkenaan menerima lawatan penanda aras daripada pihak guru, warden asrama dan para pengawas daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong setelah menjadi viral di media sosial tentang kebersihannya dan disiplin pelajar untuk memastikan kawasan itu bersih sebelum meninggalkannya untuk ke kelas.

Mereka disambut oleh rakan guru, warden asrama, pengawas dan pelajar asrama SMK Matu. Suasana lawatan berkenaan dirakam oleh En. Zakaria, salah seorang guru SMK Matu menerusi saluran Youtubenya, CIKGU BOB TV.

Pada tahun 2021, kerajaan negeri luluskan cadangan pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan menggantikan bangunan sedia ada. Projek pembinaan dijangka dimulakan pada tahun 2022 dan siap selewat-lewatnya pada akhir 2023 atau 2024. Bangunan lama akan terus digunakan sebagai kuarters guru.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Matu
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084832216
Fax = 6084832216

Pautan luar sunting