Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing

Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing
Lokasi
Mersing,  Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan Asrama Harian
MotoBerjaya Berbakti
SesiPagi
Nombor sekolah07-7991480
Kod sekolahJEA4035
Pengerusi PIBGEn. Jefri bin Hamzah
PengetuaEn Arif bin Misman
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Muhamad Khair bin Mohaidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norhaimah binti Ya'acob
Penolong Kanan KokurikulumEn. Amzah bin Ismail
Faks07-7997104


Sejarah awal sunting

SMK Mersing, beralamat Km. 3, Jalan Endau, Mersing, Johor. Dengan keluasan tapak sekolah 12 ekar, asalnya kawasan ini ditanam pokok getah. Bahagian hadapannya ialah jalan utama menuju ke Endau manakala bahagian belakangnya mengadap Laut China Selatan. Pada awalnya iaitu pada tahun 1965, SMK Mersing ditubuhkan tetapi menumpang di Sekolah Menengah Sri Mersing (kini dikenali sebagai SMK Sri Mersing) iaitu sebuah sekolah aliran Inggeris. Hanya dua buah kelas sahaja yang ditempatkan di situ. Pada tahun itu juga, kerja pembinaan sekolah ini di tapak Kampung Siapu telah siap dan bangunan awal yang dibina ialah bangunan dua tingkat terdiri daripada enam buah bilik darjah, sebuah makmal, dua buah bilik seni perusahaan, sebuah bilik jahitan dan sebuah bilik masakan. Pada tahun 1972 beberapa kerja pembinaan tambahan dijalankan untuk membina sebuah blok bangunan yang mengandungi tujuh buah bilik darjah dan dua buah makmal sains, kantin sekolah, sebuah padang dan pagar sekolah. Pada tahun itu juga pihak Kementerian Pelajaran telah memilih sekolah ini untuk ditempatkan beberapa orang pelajar dari negeri Sarawak di bawah program integrasi nasional bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada tahun 1977, sebuah bangunan perpustakaan telah siap dibina bagi menggantikan perpustakaan sedia ada. Pembinaannya dikelolakan oleh pihak PIBG melalui sumbangan orang ramai dengan menjayakan “Program Jogathon” pada tahun 1976 dan pada tahun berikutnya pembinaan telah dimulakan. Pada tahun 1983, sekolah ini terus berkembang dengan pembinaan dua blok tambahan iaitu yang mengandungi sembilan buah bilik darjah, tiga buah makmal sains tulen, sebuah bilik ETV dan perpustakaan. Di samping itu sebuah asrama puteri dibina serta sebuah bangunan bengkel untuk mata pelajaran seni perusahaan (kerja kayu, kerja logam dan kerja elektrik). Turut dibina ialah sebuah dewan besar. Pada tahun 1984 pembukaan kelas tingkatan enam telah dimulakan. Pada peringkat awalnya hanya sebuah kelas aliran sastera ditubuhkan. Berikutan pertambahan pelajar dan keperluan semasa, pada tahun 1986 sebuah bangunan satu tingkat yang mengandungi empat buah bilik darjah dibina menerusi projek gotong-royong. Kemudiannya pada tahun 1989 dua buah blok tambahan dibina yang menempatkan sepuluh buah bilik darjah dan tiga buah makmal sains. Pada tahun 1990, pembinaan sebuah surau yang menelan belanja RM 100,000 telah dibina hasil sumbangan orang perseorangan dan dinamai ‘Surau Khairunnisa’. Pembinaannya telah dikelolakan oleh Kor Jurutera dari Kem Mahkota, Kluang di bawah program “Tentera Masuk Desa”. Pada tahun 1992 sebuah bilik kebal untuk menempatkan bahan peperiksaan awam telah siap dibina. Kemudiannya pada tahun 1999, tranformasi fizikal sekolah berterusan berikutan pembinaan dua buah blok bangunan empat tingkat yang mengandungi tujuh buah makmal sains, dua buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah bilik ERT, sepuluh buah bilik darjah, sebuah pejabat guru, pusat sumber dan perpustakaan.

Sejarah menghasilkan lencana sekolah sunting

Memandangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing telah memiliki bangunan sendiri, maka Pengetua sekolah ketika itu, Encik Yunos b. Hj Aziz menyedari perlunya diwujudkan satu lambang untuk menunjukkan identiti sekolah. Satu peraduan melukis lambang sekolah telah diadakan. Banyak penyertaan pelajar telah diterima. Setelah diadili, salah seorang pelajar telah terpilih memenangi hadiah pertama. Pelajar tersebut ialah Syahril b. Muhammad pelajar tingkatan 4 pada ketika itu. Ucapan tahniah kepada beliau telah diabadikan dalam majalah ’BIDUK’ keluaran pertama.

  • Kuning  : Kecemerlangan dalam kurikulum.
  • Merah  : Semangat kental guru dan pelajar dalam mengharungi segala cabaran.
  • Putih  : Ketulusan hati untuk memberi (guru) dan menerima (pelajar).
  • Biru kehitaman dan Merah  : Semangat kecintaan kepada negeri dan negara.
  • 3 gelung : Semangat kekitaan, persaudaraan, dan perpaduan yang dicapai melalui bidang sukan.
  • Obor : Semangat ingin berjaya.
  • Bentuk segi empat : Kecemerlangan dalam segala bidang.
  • Buku terbuka : Pendedahan pada budaya ilmu.
  • Mikroskop : Ilmu itu ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas tanpa mengenepikan bidang sains dan teknologi.
  • Biduk / Kapal : Melambangkan alam persekitaran Mersing yang terkenal sebagai kampung nelayan.

Di samping itu, "BIDUK” melambangkan pelajar. Pelajar diibaratkan sebagai pelayar dalam menuju destinasi yang dikehendaki. Dalam pelayaran itu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi dengan sabar dan berhati-hati.

Moto sunting

Berjaya Berbakti membawa implikasi mahu berjaya dalam mencapai cita-cita berbakti kepada keluarga, agama, dan bangsa.

Senarai Pengetua sunting

  1. En. Yunos bin Hj. A. Aziz (1966 – 1971)
  2. Tuan Sheikh Hussein bin Ali (1971 – 31 Mei 1973)
  3. En. Asri bin Sarwan (1 Jun 1973 – 1977)
  4. Tn. Hj. Rohani bin Shariff (1978 – 1988)
  5. Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Othman (1988 – 1990)
  6. En. Mustafa bin Ali (1992)
  7. Tn. Hj. Hussin bin Abu Bakar (Oktober 1992 – Mac 1994)
  8. Tn. Hj. A. Rahman bin Husin (1996 – 3 Jun 1997)
  9. En. Md. Ali bin Sukar (1997 – 30 Mei 1998)
  10. En. Hj. Tajudin bin Hasim (1998 – 2001)
  11. Tn. Hj. Mohamed Azhar bin Ismail (Disember 2001 – 1 Julai 2010)
  12. Pn. Hjh. Zaliha binti Ismail : (1 Julai 2010 – Mac 2018)
  13. Tn. Haji Razak bin Mohd Noah (Mac 2018 - 2 Januari 2021)
  14. En Arif Bin Misman(3 Januari 2021 hingga kini)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing,
KM 3, Jalan Endau
86800 Mersing, Johor
  Malaysia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting