Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah atau nama ringkasnya SMK Muhibbah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Jalong.

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah
Lokasi
 Malaysia Simpang Jalong, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1 Januari 2001
Nombor sekolah6055951350
Kod sekolahAEA4087
PengetuaPn Fadhilah bt Hawari
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Zuliha bt Sarry
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Hamidun bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn Suhaimi bin Abdul Hamid
Faks6055951351


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah memiliki 311 pelajar lelaki dan 355 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 666 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah yang menjadi mercu tanda bagi Kampong Baru Simpang Jalong Sungai Siput (U) ini dibuka pada tanggal 2 Januari 2001. Sekolah ini didirikan di kawasan bekas ladang getah milik Guthrie iaitu di sebahagian  16221 seluas 6.2 hektar. Sekolah pasang siap yang tersergam indah ini telah mengeluarkan graduan sulung PMR pada tahun 2003 dan graduan sulung SPM pula pada tahun 2005.   

SMK Muhibbah menyediakan 6 blok bangunan yang dilengkapi dengan 18 bilik darjah, 6 makmal sains, makmal komputer,makmal matematik, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, pusat sumber sekolah, ruang serbaguna, pejabat, kantin, bilik rawatan, kelas pendidikan integrasi, kedai koperasi, surau, dataran perhimpunan, 3 gelanggang permainan dan sebuah padang sekolah.       

Pengetua pertama SMK Muhibbah ialah Allahyarham  Mohd Azam bin Mahmud dan beliau dibantu oleh 11 orang guru pada awal pembukaan sesi persekolahan dengan jumlah pelajarnya pula ialah seramai 166 orang yang belajar di Tingkatan Satu. Seterusnya pada tahun berikutnya tampuk pentadbiran bertukar tangan iaitu Puan Hajjah Puziah Bt Zakaria ( berkhidmat dari tahun 2004-2006), Puan Saniyah binti Abas (2006 – 2011), Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain (2011 – 2013), Encik Ibrahim bin Mat Diah (2013-2014) dan kini mulai tahun 2015 sekolah ini diterajui oleh Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd. Murad dengan jumlah gurunya meningkat kepada 65 orang guru, 17 staf sokongan dan jumlah pelajarnya kepada 630 orang.

Mulai bulan Ogos 2004, sekolah ini dilengkapi juga dengan kemudahan sebuah asrama harian yang boleh  menempatkan kapasiti penghuni seramai 300 orang pelajar. Asrama ini menyediakan dua blok bangunan asrama 3 tingkat, sebuah dewan makan, sebuah surau dan sebuah pondok pengawal. Pada awal pembukaan asrama ini, jumlah penghuninya ialah seramai 100 orang dan kini pada tahun 2014, jumlah pelajar yang tinggal di asrama sekolah ini ialah seramai 265 orang dengan diawasi oleh 5 orang warden asrama dan 3 orang penyelia asrama.

Mulai sesi persekolahan tahun 2016, SMK Muhibbah telah menerima pelajar sulung Tingkatan 1 untuk Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPK) seramai 51 orang yang akan mengikuti kelas di dalam 4 bidang seni iaitu Seni Muzik, Seni Visual, Seni Tari dan Seni Teater. Seterusnya dijangka pada tahun 2020, secara rasminya SMK Muhibbah akan bertukar menjadi Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) bagi Zon Utara.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah @ Sekolah Seni Malaysia Perak
Simpang Jalong
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055951350
Fax = 6055951351

Pautan luar sunting

[website-http://www.ubkssempk.blogspot.my]