Sekolah Menengah Kebangsaan Naning


Sekolah Menengah Kebangsaan Naning atau nama ringkasnya SMK Naning, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Alor Gajah, Melaka, yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Naning
Lokasi
Alor Gajah, Melaka Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCEMERLANG GEMILANG
Nombor sekolah06-5529275
Kod sekolahMEA0075[1]
PengetuaAZIZAN BIN MUSTAFA @ JAAFAR
GPK Pentadbiran dan AkademikNORETA BINTI MOHD NOR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAZIZAH BINTI YUSOP
Penolong Kanan KokurikulumMOHAMMAD JUNAIDY BIN ARIPIN
Faks06-5529275

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Naning memiliki 263 pelajar lelaki dan 277 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 540 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sejarah Ringkas sunting

 SEJARAH RINGKAS

Sekolah Menengah Kebangsaan Naning telah dibina di atas tanah seluas 19.6 ekar.Kerajaan telah membelanjakan RM1,693,000.00 bagi mendirikan bangunan asalnya. Pada peringkat awal sekolah ini terdiri daripada satu blok bangunan tiga tingkat, satu blok Bengkel Seni Perusahaandan satu blok kantin. Blok bangunan iga tingkat itu menempatkan Bilik-bilik Darjah, Bilik Guru, Makmal Sains,Bengkel Sains Rumah Tangga, Perpustakaan dan tandas. Sejarah awal sekolah ini bermula pada 30hb Januari 1983 dengan sepuluh orang guru dan 115 orang murid meliputi tiga tingkatan. Pada tahun 1985 murid-murid tadi menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat kali pertamanya. pada tahun ini juga sebuah koperasi telah ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan dan alat pembalajaran kepada pelajar-pelajar. Dengan penubuhan koperasi ini, secara tidak langsung para pelajar dapat diperkenalkan kepada perniaga. Pada tahun 1991 sebuah blok bangunan tambahan telah siap dibina. Bangunan ini menempatkan bilik-bilik darajah, koperasi dan bilik menyimpan buku-buku teks SPBT.

Pada tahun yang sama juga sebuah surau telah dibina dengan menelan belanja RM30,000.00.Surau ini adalah bagi kegunaan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah untuk belajar dan menunaikan fardhu solat. Pada tahun 2001 sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina. Seterusnyer, sekolah ini berkembang lagi dengan wujudnya dua kelas Tingkatan Empat Sastera pada sesi persekolahan 1992. Ini bermakna sekolah ini telah bertukar status menjadi sebuah sekolah Menengah Atas. Pada tahun 1993anak sulung keluaran tingkatan Lima Sasteranya menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama. Sekolah ini telah ditukar nama dari Sekolah Menengah Simpang Empat kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Naning pada 13.09.1995. Pada tahun 1998, misi dan visi sekolah ini telah dilancarkan dengan motornya, " CEMERLANG GEMILANG ".

Menjelang tahun 2000 sebuah lagi bangunan baru Makmal Sains Tulen telah mula digunkan. Pada tahun 2001 pula sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina seterusnya. Pada tahun 2008, PIBG mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM150 000 untuk menutup dewan terbuka tersebut. Anggaran kos pembinaan dewan sebanyak RM400 000 (Ringgit Malaysia : Empat ratus ribu) Sepanjang tahun 2009 pula sekolah ini telah mendaapt peruntukan daripada Kementerian dan PIBG sebanyak RM 128 330 bagi kerja-kerja menaik taraf, menyelenggara, menguba suai dan menambah kemudahan fizikal. PIBG sekolah ini turut berusaha bagi memperoleh sebahagian daripada peruntukan tersebut. Disamping itu PIBG turut menberi sumbangan untuk kemudahan penyaman udaara di bilik guru, bilik Q, membeli kerusi plastik untuk dewan dan membena pondok bacaan. Sumbangan tersebut merupakan dana yang talah dapat dikutip semasa Program Sepagi Bersama Pemimpin yang telah diadakan pada 20 Jun 2009.

Semoga sekolah ini terus membangun dan cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Lagu Sekolah sunting

 LAGU SEKOLAH

KAMI WARGA SMK NANING
BANGGA, MEGAH MELANGKAH MARA
MENUJU KEARAH KECEMERLANGAN
UNTUK LEBIH GEMILANG

MENINGKATKAN PRESTASI DIRI
UNTUK MEMBANGUNKAN PERTIWI
SEGALA HALANGAN KAMI HADAPI
MENUJU KEARAH ERA TEKNOLOGI

PENDIDIKAN MENJANA KEARAH WAWASAN
MEMBENTUK GENERASI BERILMU
MENCAPAI VISI DAN MISI PENDIDIKAN
ILMU TERAS KEJAYAAN

KAMI WARGA SMK NANING
BANGGA, MEGAH MELANGKAH MARA
SMK NANING LEBIH CEMERLANG
MENUJU ERA GEMILANG (2X)

MISI sunting

Menyediakan iklim persekolahan yang kondusif untuk mewujudkan budaya keilmuan
Membentuk sahsiah pelajar dedikasi,kreatif,produktif,berdisiplin serta bertanggungjawab
Menjana pelajar yang berketerampilan dalam kurikulum dan kokurikulum

VISI sunting

SMKN ke arah Sekolah Terbaik Daerah Alor Gajah
Dari Segi Kurikulum,Kokurikulum dan Sahsiah

ALAMAT sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Naning
Alor Gajah
78000, Alor Gajah
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-5529275
Fax = 06-5529275


PENGETUA SMK NANING sunting

GALERI SEJARAH SMK NANING sunting

 
Galeri Sejarah SMK Naning
 
Mesin taip
 
Mesin taip
 
Congkak2
 
Telefon2
 
Sia2
 
Seterika
 
Sijil
 
Baju Kurung Sulaman Tangan
 
Baju Melayu Cekak Musang
 
Hasil Pelajar
 
Pencapaian Sekolah
 
Songket
 
Tengkolok


SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017 sunting

 
Pelancaran Merdeka 1
 
Pelancaran Merdeka 2
 
Pelancaran Merdeka 4
 
Pelancaran Merdeka 6


Rujukan sunting

Pautan luar sunting