Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa


Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa atau nama ringkasnya SMK Orkid Desa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 13/142 , Taman Orkid Desa, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa
Lokasi
 Malaysia Jalan 13/142, Taman Orkid Desa, Kuala Lumpur
Maklumat
Nama lainSMKOD
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBeriltizam menggapai puncak
SesiPagi
Nombor sekolah0391017086
Kod sekolahWEA0257[1]
Pengerusi PIBG
PengetuaEncik Rossaidi Bin Ngah
Kelas36
LaguRasmi Sekolah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan R.K Shanti Latha A/P R.K Krishnasamy
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Salehah Binti Ali
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohamad Sepian Bin Osman
Faks0391017084
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa mula beroperasi sepenuhnya pada April 2014. Pembinaan sekolah ini meliputi seluas 4 hektar dan mempunyai 3 blok bangunan sekolah.

Sejarah awal sunting

SMK Orkid Desa dibina pada Ogos 2011 dan siap sepenuhnya pada Mac 2013 , SMK Orkid Desa memulakan sesi pertama pada 31 Mac 2014. Pengetua pertama adalah Encik Ahmad Kamil bin Ibrahim. Beliau berkhidmat bermula Oktober 2013 dan tamat perkidmatan pada Januari 2016 (Pindah).[2]

Blok SMKOD ini terdiri daripada Blok Pentadbiran (3 Tingkat), Blok Akademik A (Kelas dan Surau) 6 tingkat dan Blok Akademik B yang menempatkan Bilik Amali dan Pusat Sumber (7 Tingkat). Sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja , sesi pelajaran bermula dari jam 7.35 pagi dan berakhir pada 2:30 petang (Tepat pada 18 Februari 2023) .[3]

Pada hari pertama sesi pendaftaran, hanya seramai 12 orang murid yang mendaftar dan pendaftaran tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 1 , tingkatan 2 dan tingkatan 3 . Bilangan guru yang telah melaporkan diri pada 31 Mac 2014 adalah seramai 15 orang.[4]

Majoriti pelajar berasal dari SK Seri Anggerik, SK Alam Damai .

Identiti Sekolah sunting

Visi sunting

  • Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Misi sunting

  • Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan pontensi individu bagi memenuhi aspirasi negara .

Moto sunting

  • Beriltizam menggapai puncak.[5]

Lagu Sekolah:- sunting

Lirik:

SMK ORKID DESA

SEKOLAH YANG DICINTAI

KAMI BERIKRAR SERTA BERJANJI

SETIA DAN BERBAKTI


SMK ORKID DESA

MINDA CERIA SENTIASA

KAMI SEMUA KAN BERPADU TENAGA

MENUJU PUNCAK JAYA


SMK ORKID DESA

BERTEKAD SENTIASA

BERILTIZAM MENGGAPAI PUNCAK

KUALITI ILMU TERUS DITINGKATKAN

DEMI KECEMERLANGAN


DOA KAMI SEMUA

TETAP SEMANGAT WAJA

SMK ORKID DESA TERUS DILIMPAH

RAHMAT KESEJAHTERAAN.[6]

Eksa sunting

Eksa atau nama panjangnya ialah Ekosistem Kondusif Sektor Awam . Eksa ini terdiri daripada 5 warna iaitu warna Biru, Hijau, Merah, Kuning dan Ungu . Simbol Eksa ini diambil dari 5 kelopak orkid , ia diambil sempena nama sekolah iaitu SMK Orkid Desa .

Penerangan Warna (EKSA):

Biru(Sapu):

  • Ketenangan, kedamaian serta cinta akan alam sekitar.
  • Keikhlasan warga sekolah dan JPWPKL dalam melaksanakan EKSA.
  • Harapan pihak sekolah dan JPWPKL agar EKSA terlaksana dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Hijau(Seragam):

  • Pemuliharaan, pengekalan dan penghargaan terhadap alam sekitar.

Merah(Susun):

  • Semangat waja, simbol kekuatan dan kesepakatan dalam melaksanakan EKSA.

Kuning(Sisih):

  • Kegembiraan dan keceriaan dalam melaksanakan serta membudayakan EKSA di sekolah.
  • Persediaan sekolah ke arah negara maju.

Ungu(Sentiasa amal):

  • Warna korporat SMK Orkid Desa dan simbol tranformasi sekolah dalam pelaksanaan EKSA.[7]

Ts25 sunting

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan SMK Orkid Desa berupaya untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Matlamat Konsep Program Transformasi(TS25) ini adalah satu usaha sekolah ke arah melahirkan insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan . Selain itu, menjadikan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi hasil komitmen komuniti yang padu. [8]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa
Taman Orkid Desa, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0391017086
Faks = 0391017084[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ SMKOD (2 Januari 2016). "Perpisahan mantan pengetua SEMORDA". Blogspot. Dicapai pada 13 April 2022.
  3. ^ SMKOD (2 November 2013). "Sekolah Baru". Blogspot. Dicapai pada 13 April 2022.
  4. ^ SMKOD (4 April 2014). "Pendaftaran pelajar dan perhimpunan". Blogspot. Dicapai pada 13 April 2022.
  5. ^ SMKOD (5 April 2014). "Visi,Misi dan Moto". Blogspot. Dicapai pada 13 April 2022.
  6. ^ SMKOD (24 Mac 2015). "Lagu Rasmi". Blogspot. Dicapai pada 13 April 2022.
  7. ^ SMKOD (11 Disember 2014). "Logo rasmi eksa smk orkid desa dan penerangan". Blogspot. Dicapai pada 14 April 2022.
  8. ^ SMKOD (4 April 2015). "TS25". Blogspot. Dicapai pada 14 April 2022.
  9. ^ Apac (11 Disember 2015). "Info Sekolah". Apac. Dicapai pada 14 April 2022.

Pautan luar sunting