Sekolah Menengah Kebangsaan Oya


Sekolah Menengah Kebangsaan Oya (SMK Oya) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 1, Jalan Oya-Mukah, Pekan Oya, Bahagian Mukah, Sarawak.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
Lokasi
 Malaysia Oya, Dalat, [Sarawak]
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
Moto
  • Cemerlang Terus Cemerlang
  • Home of Excellence
  • SMK OYA FANTASTIK!
DitubuhkanJun 2004
Nombor sekolah+6084867885
Kod sekolahYEA3501
PengetuaTAWARAN BIN GANI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridWAHED BIN HARIS
Faks+6084867433

Sejarah sunting

SMK Oya telah ditubuhkan pada 3 Januari 2004 dan beroperasi secara menumpang fasiliti di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dengan 51 orang pelajar tingkatan 1, 6 orang guru dan 9 orang kakitangan sokongan. Pada 14 jun 2004, SMK Oya beroperasi sepenuhnya di tapak baru yang terletak di 1 KM dari Pekan Oya.

SMK Oya dibina secara ‘design and build’ di atas tapak dengan keluasan 20.615 hektar (50.95 ekar) dengan kos pembinaan berjumlah RM45 Juta. Pembinaan SMK Oya ini menjadikan ia sekolah menengah yang kedua dibina di Daerah Dalat dan yang kesepuluh di Bahagian Mukah.

Kemudahan sunting

SMK Oya terbentuk daripada empat blok akademik empat tingkat yang merangkumi Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, 43 buah kelas, bilik sejarah, bilik matematik, bilik seni, makmal Bahasa, makmal computer, bilik cetak, bilik serbaguna, bilik setiausaha peperiksaan, bilik kaunseling, pusat sumber, pusat akses, bilik kesihatan, bilik koperasi sekolah, bilik persalinan, ruang serbaguna, tandas dan stor am.

Selain itu, prasarana lain di SMK Oya ialah Bangunan Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Mini Kuliah, Kantin, tangka Air, Surau, Stor Sukan, Dewan Makan, Asrama, Flat Kediaman guru dan kuarters guru. Di samping itu, kemudahan rekreasi sekolah terdiri daripada padang bola sepak, padang hoki, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola jaring.

Pencapaian sunting

Kokurikulum sunting

  • 2018 - Juara Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak[2]

Senarai Pengetua sunting

Senarai Pengetua SMK Oya
No. Pengetua Tempoh
1 Cikgu Piel bin Hj. Adeng 7 Januari 2005 - 31 Julai 2009
2 Cikgu Awang Omar Ali bin Awang Yahya
3 Cikgu Suhaimi bin Mohd Mohtar
4 Cikgu Malihah Binti Sirat
5 Cikgu Tawaran Bin Gani 8 Julai 2022 -

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
KM1, Jalan Oya - Mukah
96300, Dalat
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084867885
Fax = 6084867433

Rujukan sunting

  1. ^ "SMK OYA". sekolahmy.com. Dicapai pada 15 Februari 2019.
  2. ^ "SMK Oya, Mukah juara Pertandingan Forum Remaja 2018 Peringkat Negeri". Utusan Borneo Online. 15 Mei 2018. Dicapai pada 15 Februari 2019.

Pautan luar sunting