Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu atau nama ringkasnya SMK Padang Temu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km.5, Padang Temu, 75050 Melaka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu
LOGO SMKPT
LOGO SMKPT
Lokasi
 Malaysia Km.5, Padang Temu, 75050, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Berilmu & Berketerampilan"
Nombor sekolah06-2820117
Kod sekolahMEA2097[1]
Pengerusi PIBGEn. Muhammad Nazli bin Zainul Abidin
PengetuaPn. Ruszalinah binti Mohd.Kassim
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Zaimah Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Sanisah binti Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumPn. Fauziah binti Alwee
Faks6062811612


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu memiliki 501 pelajar lelaki dan 459 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 960 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009

SMK Padang Temu
SMK Padang Temu

Sejarah sunting

Sejarah SMKPT bermula dengan pendaftaran pertama pelajar Tingkatan 1 dan 2 seramai 404 orang pada 02.01.2001. SMKPT telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sekolah ini dibina kerana permintaan penduduk tempatan bagi menampung bilangan pelajar semakin ramai untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Nama SMKPT dipilih sempena nama Mukim Padang Temu. SMKPT terletak 5 km dari Bandar raya Melaka dan keluasannya ialah 10 hektar yang mana tapak asalnya merupakan kawasan sawah padi. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan dan sebuah dewan. Jumlah bilik darjah 35 buah dan sebuah surau. Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti sebuah bilik pengawas, bilik kaunseling, bilik kesihatan / pergigian, bilik mesyuarat, pejabat, bengkel dan makmal. Pada tahun pertama seramai 29 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan akademik telah bertugas di SMKPT. Manakala sekolah-sekolah penyalur adalah terdiri daripada SK Padang Temu, SK Bendahara Seri Maharaja, SK Telok Mas, SK Duyong dan SRJK Kuang Yah.

Sejak tertubuhnya sekolah ini telah diterajui oleh 9 orang pengetua. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Tn Hj Omar bin Saban dari tahun 2001 ~ 2004. Pengetua kedua pula En Tan Eng Hwee yang memegang jawatan dari tahun 2004 ~ 2006. Manakala Tuan Hj Ramli bin Othman mengetuai kepimpinan sekolah ini selama 1 tahun sahaja iaitu 2007. Seterusnya Tuan Hj Ashaari bin Hj Johari memegang jawatan pengetua hanya dalam tempoh 4 bulan kerana perkhidmatannya diperlukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Jawatan Pengetua ke 4 telah diisi oleh En Razali bin Bahrom mulai Mei 2007 hingga Disember 2008. Pengetua kelima telah diisi oleh Pn. Latifah Binti Harun dari Disember 2008 sehingga Julai 2011. Pengetua keenam diisi oleh Pn. Rosni Binti Leman dari Ogos 2011 sehingga September 2014. Seterusnya En. Ahmad Kamal bin Mohd Don telah mengambil alih jawatan pengetua yang ketujuh dari pertengahan September sehingga Februari 2017. Jawatan pengetua kelapan disandang oleh Puan Zamnah Binti Hj. Hashim bermula Mac 2017 sehingga 19 Mei 2020. Pengetua seterusnya ialah En Shahar Bin Bakar bermula 20 Mei 2020 sehingga 17 Oktober 2022. Kini jawatan pengetua disandang oleh Pn. Ruszalinah binti Mohd Kassim bermula 9 November 2022 sehingga kini.

SMK Padang Temu telah mempunyai perubahan dalam beberapa aspek antaranya bilangan guru telah meningkat seramai 80 orang, kakitangan bukan akademik seramai 13 orang. Bilangan kelas telah bertambah menjadi 35 kelas aliran arus perdana dan 5 kelas Pendidikan Khas (masalah penglihatan dan disleksia). dengan bilangan pelajar seramai 912 orang. Kemudahan fizikal juga telah ditambah dengan membuat pengubahsuaian seperti menyediakan makmal bahasa, pusat sumber, bilik tayang, bilik sukan, bilik PJK, bilik MPV, bilik LKTK, bilik SPBT, bilik BOSS dan bilik klinik Matematik. Dalam bidang akademik SMKPT telah menempa beberapa kejayaan dengan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan SPM. Pada tahun 2009, keputusan PMR sekolah mencatat 52.7% dan 4 orang pelajar memperolehi 6A, manakala pada tahun 2009, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sekolah mencatat 97%, keputusan terbaik berbanding tahun-tahun lalu. Seramai 2 orang pelajar telah berjaya memperolehi 9A.

Dalam bidang perkembangan sahsiah, peningkatan disiplin dan kepimpinan murid diberi perhatian utama oleh pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa telus dalam menangani masalah disiplin dan sentiasa sedar bahawa disiplin adalah tunggak kepada kejayaan murid. Dari semasa ke semasa tahap disiplin murid terus ditingkatkan melalui perbagai program anjuran unit HEM dan Panitia Pendidikan Islam.

Dalam bidang ko-kurikulum, SMKPT telah berjaya menempa rekod kecemerlangan di peringkat negeri dan kebangsaan. Di peringkat negeri seorang atlet sekolah telah berjaya merangkul 3 pingat emas dalam acara jimnastik artistik serta 1 pingat gangsa di peringkat kebangsaan (MSSM). 2 orang pelajar telah memenangi masing-masing pingat perak dan gangsa dalam sukan menembak SUKMA XII. Pasukan JPAM yang di wakili oleh 7 orang pelajar sekolah ini telah berjaya membantu pasukan JPAM Melaka muncul sebagai johan keseluruhan dalam perkemahan tahunan JPAM peringkat kebangsaan yang dijalankan di Johor Bahru pada tahun lepas.

Sejajar dengan penstrukturan semula perjawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia; pada bulan Julai 2008 sekolah telah menerima perjawatan 4 orang Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dipilih dalam kalangan guru-gurunya sendiri. Dan pada tahun lepas seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas telah ditempatkan di sini.


Pada Jun 2009, dewan sekolah dengan rasminya telah diberi nama “Dewan Seri Temu” yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam.

Senarai Pengetua sunting

Lagu Sekolah sunting

Lagu sekolah ini diciptakan oleh Encik Zainal Ariffin Bin Taib (Pensyarah Muzik MPPM) dan lirik ditulis oleh Tuan Haji Mat Yusof Mat Yatim (Mantan Ketua Jabatan Pendidikan MPPM)

Persekitaran Sekolah sunting

 

Kemudahan Fizikal Sekolah

BIL. JENIS KUANTITI BIL. JENIS KUANTITI
1 Balapan 400 meter 18 Bilik Stor 8 buah
2 Bangunan (Blok A, B)

(Blok C, D)

2 blok 4 tingkat

2 blok 3 tingkat

19 Bilik Pengawas 1 buah
3 Bengkel Kemahiran Hidup & Kejuruteraan (Blok D) 6 Bilik 20 BilikTayangan 1 buah
4 Bilik Bahasa 1 buah 21 Dewan Besar 1 buah
5 Bilik Bimbingan & Kaunseling 1 buah` 22 Gelanggang Sepak Takraw 3 buah
6 Bilik Cetak 1 buah 23 Kantin 1 buah
7 Bilik Darjah 34 buah 24 Makmal Sains (Blok C) 6 buah
8 Bilik Guru 1 buah 25 Padang 1 buah
9 Bilik Sukan 1 buah 26 Pondok Pengawal Keselamatan 1 buah
10 Bilik Komputer (Blok C) 1 buah 27 Stor PJK (Blok D) 1 buah
11 Bilik Pendidikan Seni Visual (Blok D) 1 buah 28 Surau 1 buah
12 Bilik Muzik Kalis Bunyi (Blok D) 1 buah 29 Bilik Kebal 1 buah
13 Bilik MPV – Pemerosesan Makanan (Blok B) 1 buah 30 Bilik Disiplin 1 buah
14 Bilik Pendidikan Khas (Blok B) 2 buah 31 Bilik Peperiksaan 1 buah
15 Bilik Pengurusan (Blok B) 1 buah 32 Bilik Kesihatan 1 buah
16 BOSS 1 buah 33 Bilik PBS 1 buah
17 Bilik Pusat Sumber Sekolah 1 buah 34 Stor Sukan (Blok D) 1 buah

Pakej Mata Pelajaran sunting

 
Pakej Mata Pelajaran Ting 1
 
Pakej Mata Pelajaran Ting 2
 
Pakej Mata Pelajaran Ting 3
 
Pakej Mata Pelajaran Ting 4
 
Pakej Mata Pelajaran Ting 5

Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun sunting

TAHUN 2019 sunting

14 Januari 2019 / Perasmian Program Adab Masuk Kelas 2019 / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT) sunting

17 Januari 2019 / Ceramah Azam 2019 : Akhlak Mulia Terpuji Cerminan Peribadi / Disampaikan oleh: Ustaz Osman Bin AB Halim sunting

21 Januari 2019 / Perasmian Program 3S (Saya Sayang Sekolah) / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT) sunting

25 Januari 2019 / Majlis Perpisahan Dan Pertukaran Guru sunting

11 Februari 2019 / Pelancaran Program Guru Penyayang & Salam Hormat Peringkat Negeri Melaka / Dirasmikan oleh: Tuan Abdul Halim Bin Abdul Malek (Pegawai PPD Melaka Tengah) sunting

18 Februari 2019 / Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan Serta Pelancaran Program Jom Ke Sekolah / Dirasmikan oleh: En. Azman Bin Mat Yashim (Pen. Penguasa Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia) sunting


25 Februari 2019 / Pelancaran Program NILAM, FROG VLE, SPBT - Kempen Sayangi Buku Teks & 3K / 25 Februari 2019 / Dirasmikan oleh: Tuan Hj. Nor Hisham Bin Hj. Hassan (Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka) sunting

27 Februari 2019 / Program Pengantarabangsaan Lawatan Jalinan Serumpun Pelajar-Pelajar SMP Muhammadiyah 1 Purwokerto, Banyumas & SMK Migas Muhammadiyah, Cilacap Jawa Tengah, Indonesia Ke SMK Padang Temu sunting

4 Mac 2019 / Perasmian Sekolah Bebas Rokok (SABAR) & Kempen Anti Dadah 2019 / Dirasmikan oleh: Pn. Zamnah Binti Hj. Hashim (Pengetua SMKPT) sunting


TAHUN 2018 sunting

Pelancaran Guru Penyayang & Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Dan Februari 2017

Pelancaran Frog VLE dan Program NILAM

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) sunting

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT Dan Ketua Tingkatan 2018 sunting

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa sunting

Majlis Pelancaran Minggu Sains & Matematik sunting

Kem Mutiara sunting

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Koperasi & SPBT sunting

Kempen Buku Teks & 3K sunting

Minggu Anti Dadah & Rokok sunting

Sukan Tahunan Sekolah sunting

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform sunting

Majlis Solat Hajat Perdana sunting

TAHUN 2017 sunting

Pelancaran Guru Penyayang & Sambutan Hari Lahir Bulan Januari Dan Februari 2017 sunting

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT dan Ketua Tingkatan 2017 sunting

Program Jom Ke Sekolah sunting

Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-60 sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu
Km.5, Padang Temu
75050, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2820117
Fax = 6062811612

Rujukan sunting

Pautan luar sunting