Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Lahat

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan atau nama ringkasnya SMK Pengkalan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Pinji Mewah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
Lokasi
Taman Pinji Mewah, 31500, Lahat,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSekolahku Ladang Pahalaku
Nombor sekolah6053288201
Kod sekolahAEA2057
PengetuaPn. Noranida Binti Ahmad
Faks6053288202
Laman sesawang


Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan memiliki 516 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 978 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan terletak jira-kira 10 km dari Bandar Ipoh dan ia terletak di Taman Pinji Mewah. Sekolah ini

dibina di atas tapak bekas lombong yang mempunyai keluasan kira-kira 5 hektar. Kos pembinaan sekolah dianggarkan berjumlah RM 6 juta.

Sekolah ini mula dibina pada 8 julai 1999 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 3 Januari 2001.


Pada 1 Mac 2001, Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim telah dilantik sebagai “Care Taker” SMK Pengkalan.

Beliau bertanggungjawab menerima kemasukan perabot dan kelengkapan sekolah. Selain itu, beliau juga ditugaskan

untuk merancang persediaan pembukaan sekolah terutama yang berkaitan dengan kemasukan pelajar dan staf.


Tuan Haji Ramli bin Zakaria, A.M.N telah diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai pengetua sekolah yang pertama.

Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 1 Mei 2001-Disember 2003 dengan visi ‘... menjadi Sekolah Menengah

Kebangsaan Pengkalan Sekolah yang bagus dan yang diutamakan Menjelang Tahun 2006.’


Pada 1 Jun 2001, sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya dengan jumlah guru seramai 22 orang dan 8 orang staf sokongan.

Seramai 412 pelajar telah mendaftar pada 5 Jun 2001. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dumulakan pada 6 Jun 2001.


Pada 6 Febuari 2004, SMKP menerima Puan Hajah Zainab binti Mat Hashim sebagai pengetua yang kedua. Pada tahun 2006

Visi sekolah digubal semula dan diberi penambahbaikan iaitu “SMKP; Institusi Pendidikan Berkualiti dan Dinamik 2010.”


Pada tahun 2004 projek-projek pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan gelanggang badminton, pembinaan

dataran perhimpunan, menaik taraf pagar sekolah, pembinaan pondok bacaan, pembinaan pondok pengawal dan bilik guru

telah diubahsuai dan diubahsuai dan dijadikan dewan sekolah pada tahun 2006.


Sejak tahun 2004, suasana sekolah yang kondusif telah mewujudkan si sekolah. Hal ini bertujuan bagi merangsangkan minat

dan kesungguhan pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan. Kewujudan taman-taman yang merangkumi pelbagai

konsep seperti Laman Pakis, Laman Visi, Laman Ilmu, Laman Estetika, Laman Tropika, Laman Siber, Laman Geografi,

Laman Gaya Hidup Sihat, Laman Flora dan Fauna, Laman Sains Pertanian, Laman Boungainvillea, Laman Fertigasi dan Laman

Herba telah merealisasikan hasrat warga pendidik SMK Pengkalan.


Pada 1 Oktober 2006, Puan Norhayati binti Saad mengambil alih tugas sebagai Pengetua SMK Pengkalan. Beliau bersama-sama

dengan warga SMKP membanting usaha kea rah kejayaan yang diharapkan. Program Sekolah Dalam Taman dan Program Sekolah

Lestari terus dimantapkan dengan pembinaan Laman Pitaya dan Laman Fertigrasi.


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan terus mara dan maju untuk mencapai visi dan misi. Pada 2008, SMK Pengkalan

telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah lestari, Anigerah Alam Sekitar Peringkat Negeri dan menerima Pensijilan Khas,

Penggunaan Produk dan Teknologi Hijau Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan untuk 2008-2009.


Tahun 2009 juga telah melakar sejarah apabila sekolah menjadi Johan Pertandingan Edible Garden dan Kitchen Landscape

Kategori Sekolah Menengah sempena kempen Bumi Hijau anjuran FAMA peringkat negeri Perak 2009, dan juga telah

Menjadi Nasib Johan Peringkat kebangsaan dalm kategori yang sama.


Pada tahun 2010 juga, SMK Pengkalan terus Berjaya mengekalkan status Johan Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat

negeri Perak bagi sesi 2009-2010 dan seterusnya mewakili negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan. Bagi pertandingan

Kitchen Garden dan edible Landscape pula, SMK Pengkalan Berjaya meraih naib johan.


Diharapkan pada tahun 2011 ini, Sekolah Menengah Kebangsaan terus bersemangat melangkah waja dan mapan dengan

slogan Semestinya Kami Perkasa bagi merealisasikan visi SMK Pengkalan Dinamik dan Terbilang 2015 serta Sentiasa

Melestarikan Persekitaran Sekolah untuk terus mencipta kehebatan dan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan

Kokurikulum.

Lagu Sekolah (SEMANGAT PERKASA) sunting

SMK PENGKALAN SEKOLAH KAMI


BERDIRI GAGAH SEMANGAT PERKASA


MELAKSANA MISI MENGGENGAM VISI


BERSATU HARMONI DAN BERILMU


SEKOLAHKU MEGAH DIKENALI


AJARAN AGAMA DIHARGAI


BERDISPLIN MULIA TINGGI PEKERTI


IBU BAPA GURU DIHORMATI


PELIHARA MARUAH DIRI


BERSAMA TINGKAT KUALITI


INOVASI TEKNOLOGI


KE ARAH WAWASAN NEGARA


BERSAMA KITA BERUSAHA


SMK PENGKALAN MARA


MELANGKAH WAJA CERIA


SEMESTINYA KAMI PERKASA


SEMESTINYA KAMI PERKASA


SEMESTINYA KAMI PERKASA

Visi & Misi Sekolah sunting

Visi:-

SMK PENGKALAN DINAMIK DAN TERBILANG 2015

Misi:-

Untuk meralisasikan visi SMK PENGKALAN, kami berazam untuk:-


1. Sentiasa menanamkan nilai-nilai murni, berkahlak mulia dan budaya berdisplin.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang inovatif, kreatif dan berdaya saing.

3. Menyediakan program akademik yang berkualiti selaras dengan keperluan negara.

4. Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum ke arah melahirkan warga yang sihat, cegas dan cerdas.

5. Melaksanakan sisitem pengurusan dan pentadbiran yang cekap, komited dan berkualiti.

6. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan kondusif.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
Taman Pinji Mewah
31500, Lahat
Perak,   Malaysia
Telefon = 6053288201
Fax = 6053288202

Pautan luar sunting