Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember 1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini.
SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam (bawah & atas). Sesi pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang.
SMK Perimbun banyak memenangi anugerah-anugerah di peringkat zon, daerah dan juga negeri, serta Sekolah Harapan Negara pada tahun 2004. SMK Perimbun telah banyak menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di bidang akademik mahupun ko-kurikulum.
Senarai pengetua SMK Perimbun:
- En. Mohad Daud Bin Lapuh (2.1.1989 - 29.2.1991)
- En. Md. Som Bin Abdullah (1.3.1991 - 30.11.1994)
- Puan Hajah Yasmin Bhee binti Mohd Hassan (01.12.1994 - 30.5.1998)
- Puan Hajah Jamelah binti Haji Mansor (01.06.1998 - 31/12/2008)
- Puan Hajah Petri Noor Jaliah binti Megat Adnan (01.01.2009 - 27.12.2014)
- En Ishak bin Abdullah(28.12.2014 - 2016)
- Mohamad Thani bin Mohamad Ibrahim (2016 - 2019)
- Puan Hajah Norehan binti Abdul Sanni (2019 - 2024)
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,
- KM 16,
- Jalan Cheras,
- 43200 Cheras,
- Selangor Darul Ehsan.
- Telefon = 390745828
- Fax = 390745828