Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas


Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas atau SMK Petagas adalah salah sebuah sekolah yang terdapat di Kampung Tengah Padang di daerah Putatan, Sabah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas
Lokasi
 Malaysia, 88200 Penampang, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoBeriman, Holistik & Berilmu
PengetuaSuhaibul bin Kassim
GPK Pentadbiran dan AkademikNur Syuhada bt. Abdullah @ Rose Mary Fabian
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFauziah bt. Mahrop
Penolong Kanan KokurikulumBindi Gumisi @ Fredoline Rayner

Sejarah sunting

SMK Petagas mula dibina pada tahun 2018 bagi menampung jumlah pelajar di Putatan yang agak ramai. Sekolah-sekolah menengah yang sedia ada di bandar ini (SMK Putatan, SMK Limbanak dan SMK Tansau) tidak mampu menghadapi masalah tersebut. Pada 3 oktober 2022, bertempat di bilik mesyuarat SMK Petagas, tepat jam 2.30 berlangsung majlis yang cukup bersejarah. Penyerahan bangunan baharu SMK Petagas oleh kontraktor bertanggungjawab, FORDECO Construction Sdn Bhd kepada KPM, JPN, PPD dan sekolah. Majlis disempurnakan oleh Datuk Masyati binti Abang Ibrahim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. SMK Petagas Mengandungi 36 Bilik Darjah dan 16 unit Kuarters Rumah Guru. Sekolah ini diterajui oleh pemangku pengurusan sekolah, dianggotai oleh En. Suhaibul bin Kassim (Pengetua) Pn. Rose Mary Fabian @ Nur Syuhada Abdullah (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn. Fauziah Binti Mahrop (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dan En. Binidi Gumisi @ Fredoline Rayner (Penolong Kanan KoKurikkulum) .Seramai 20 orang Guru Akademik dan diikuti oleh 4 orang anggota kumpulan pelaksana yang membantu dalam pengurusan pentadbiran sekolah. Pada tarikh 27 oktober 2022 sekolah mula beroperasi seramai 303 orang murid, 289 murid perdana dan 14 murid ppki telah mendaftar pertama kali ketika pembukaan sekolah ini. 9 Januari 2023, tarikh yang bermakna kerana ini mengadakan sambutan Pengetua Baharu pertama sejak pembukaannya yang di adakan di Dewan Smk Petagas.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas
Kampung Tengah Padang
88200 Penampang
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-761211
Fax =

Rujukan sunting

Pautan luar sunting