Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya atau nama ringkasnya SMK Petra Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Semarak, Petra Jaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya
Lokasi
Jalan Semarak, Petra Jaya,, 93050, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR BERDISPLIN BERBAKTI
Nombor sekolah6082254824
Kod sekolahYEA1301
PengetuaKhasim Bin Ibrahim
Faks6082242507


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya memiliki 788 pelajar lelaki dan 823 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1611 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bangunan SMK Petra Jaya mula dibina pada 16 Jun 1980. Sekolah ini beroperasi di bangunan sementara di SRK Encik Buyong pada bulan Januari 1981. Pada awal tahun 1982 SMK Petra Jaya berpindah ke bangunan baru di kawasan seluas 12.07 ekar.

Pembukaan rasmi SMK Petra Jaya telah disempurnakan oleh Pemangku Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Marzuki Nor pada 17 Ogos 1982 (Selasa) bersamaan 27 Syawal 1402 Hijrah.

SMK Petra Jaya pada mulanya hanya menempatkan pelajar tingkatan menengah rendah seramai 552 orang pelajar yang majoritinya penuntut Melayu. Guru pula seramai 21 orang. Pengetua pertama yang memimpin SMK Petra Jaya ialah Encik Ahmad Bin Sabu. Pada tahun 2005 bilangan pelajar sekolah ini meningkat kepada 1631 orang dan guru pula seramai 85 orang serta dibantu oleh staf sokongan seramai 16 orang. Sehingga kini sekolah ini telah diterajui oleh 9 orang pengetua.

Pada 17 Ogos 2005, SMK Petra Jaya meraikan Perayaan Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri bertanggungjawab tentang Sumber Manusia dan Latihan dan Menteri Muda Pertanian yang juga merupakan mantan Pengetua SMK Petra Jaya.

SMK Petra Jaya mula beroperasi satu sesi iaitu pagi pada tahun 2003. Pada tahun 2008, 2 buah kelas Tingkatan 6 Bawah diperkenalkan. Pada tahun 2009, bilangan pelajar seramai 1572 orang dan mempunyai 49 buah kelas. Warga staf guru seramai 105 orang dan dibantu oleh 15 orang warga staf sokongan[1].

Pencapaian sunting

SMK Petra Jaya banyak melahirkan Atlet negara dan Artis negara.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya
Jalan Semarak, Petra Jaya
93050, Kuching
Sarawak,   Malaysia

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dirujuk dari Diari 2010 SMK Petra Jaya.