Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana

Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana (SMKPP) merupakan sebuah sekolah yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan antara sekolah terawal di Puchong. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sekolah ini terletak di Puchong Perdana dan berjiran dengan Sekolah Kebangsaan Puchong Permai yang baru dibina pada tahun 2009.

Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana, Puchong
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana, Puchong
Lokasi
Puchong Perdana,
Puchong, Selangor

Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Menengah Kebangsaan
MotoBerilmu Berdisiplin Berbakti
Ditubuhkan1996
Daerah sekolahPetaling
PengetuaEn.ahmad badri
GredTingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima
Kemasukan2200+
Majalah SekolahPerdana
Laman sesawang

Kokurikulum sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana adalah sebuah sekolah yang aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan, dan sering terlibat dalam pelbagai program seperti kem, lawatan, dan pertandingan-pertandingan antara sekolah.

Antara sukan yang popular di sekolah ini dan sering mendapat kejayaan cemerlang di peringkat sekolah dan daerah ialah taekwondo, hoki, boling, bola sepak, dan renang. Pasukan hoki sekolah ini adalah antara yang terkuat dan digeruni di negeri Selangor kerana sering menjuarai kejohanan hoki saban tahun. Malah,sekolah ini juga berjaya dalam bidang tarian tradisional yang diwakili oleh pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 1-4. Sukan di sekolah ini dikuasai oleh rumah sukan biru apabila berjaya menjuarai acara keseluruhan, dihadapan hijau, merah dan kuning.

Identiti Sekolah sunting

Lagu Sekolah sunting

kami pelajar ada wawasan,
Tekad menjadi insan cemerlang,
Berilmu, berdisiplin, dan berbakti,
Itulah amalan Yang Murni.

SMK Puchong Perdana,
Kebanggan kita bersama,
Sekolah Unggul Visi Utama,
Penjana generasi ternama.2x

Moto Sekolah sunting

Berilmu, Berdisiplin, Berbakti

Misi sunting

Bertekad untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berkualiti, cekap, tepat, dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Visi sunting

Membentuk dan melahirkan insan yang beragama, berhemah tinggi, seimbang, berketrampilan, dan mampu berdikari.

Ikrar Sekolah sunting

Maka kami,
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Puchong Perdana,
Berikrar,
Akan menjadi,
Seorang insan, yang berilmu,
berpengetahuan, berketrampilan,
berkebolehan, dan bertanggungjawab,
untuk mencapai cita-cita, berpandukan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara,
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.

Rujukan sunting

  • Majalah sekolah, Perdana

http://www.facebook.com/pages/Puchong-Malaysia/sekolah-menengah-kebangsaan-puchong-perdana/240625074999

Lihat Juga sunting