Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah


Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah atau nama ringkasnya SMK Pulau Indah, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Laguna Park, Pulau Indah. SMKPI juga diiktiraf sebagai Sekolah Amanah yang diterajui oleh En. Mohd Rizal Bin Mohd Safaad, sebagai pengetua.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah
Lokasi
 Malaysia SMK Pulau Indah, Laguna Park Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor
lMalaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan Sekolah Amanah
MotoBerilmu Berbakti
DitubuhkanTahun 1965
Nombor sekolah03-3101 2046
Kod sekolahBEA0097
Pengerusi PIBGAbdul Haris bin Bahrun
PengetuaMohd Rizal Bin Mohd Safaad (6 November 2023-kini)
Faks03-3101 3046
Laman sesawang

Pada tahun 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah jumlah keseluruhan murid seramai 1374 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru dan 11 kakitangan sokongan.2020

Sejarah sunting

SMKPI telah mula beroperasi pada tahun 1965 dengan 26 orang murid Tingkatan Satu bersama dua orang guru. Guru pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Sulaiman bin Md. Dom.

Pada tahun ketiga pembukaannya iaitu 1967, murid-murid Tingkatan Tiga sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP). Murid-murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan sekolah ini pada hari Jumaat 15 Mac 1968. Oleh kerana pada waktu itu, Pulau ini yang dikenali sebagai Pulau Lumut hanya boleh dihubungi melalui jalan laut, maka kehadiran Perdana Menteri adalah dengan menaiki helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Padang SMKPI.

Sekitar tahun 70-an, SMKPI ini telah dilawati oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada setiap tahun. Selain itu beberapa orang ternama Negara turut melawat ke sekolah ini, termasuklah Tun Abdul Razak bin Hussein selaku Timbalan Perdana Menteri telah melawat ke sekolah ini pada tahun 60-an. Raja Muda Selangor iaitu Tengku Idris Shah melawat ke sekolah ini bersama-sama Raja Zarina pada tahun 1972. Pada bulan November 1984, Dato’ Sri Anwar Ibrahim iaitu Menteri Pertanian Malaysia pada ketika itu telah melawat ke sekolah ini bagi melancarkan projek “Kampung Angkat”.

Pada tahun 1981, sekolah ini berjaya membuka Kelas Tingkatan Empat dalam aliran Sastera. Manakala murid-murid Tingkatan Empat yang berjaya ke aliran Sains meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Justeru, pada 1982, murid-murid SMKPI telah mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai 22 orang murid telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun itu. Pada tahun 1984, sekolah ini telah dinaik taraf daripada Sekolah Gred C kepada sekolah Gred B. Sekolah ini pada mulanya terdiri daripada tiga blok bangunan satu tingkat yang kini dinamakan Blok B, Blok D dan Blok E.

Hasil gotong-royong PIBG, satu bangunan tambahan dengan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya dibina dan kini dikenali sebagai Blok C. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhammad bin Hj. Muhammad Taib, Meneteri Besar Selangor Darul Ehsan pada 1985.

Pada tahun 1999 nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Lumut telah ditukar kepada SMK Pulau Indah. Pertukaran ini dibuat apabila nama Pulau Lumut ditukar kepada Pulau Indah yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tahun 2001, sebuah bangunan dua tingkat siap dibina dan mula digunakan ( Kini Blok A). Bangunan ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr. Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor pada 9 Februari 2001.

Tahun 2005, SMK Pulau Indah telah menjadi sekolah angkat Westport dan menerima peruntukan Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan komputer. Bangunan ini dikenali sebagai Blok G.

Pada Disember 2008, bangunan rumah guru telah diganti dengan bangunan satu tingkat ( kini Blok H) memandangkan pertambahan pesat bilangan murid dan pembinaan rumah guru yang baru. Bangunan ini telah digunakan pada akhir Januari 2009. Pada bulan Julai, tahun yang sama, Pusat Zakat Selangor telah berbesar hati menyumbangkan peruntukan pembinaan bumbung untuk Dataran Ilmu yang digunakan sebagai tempat solat murid-murid lelaki pada sesi petang kerana kesesakan surau sedia ada. Pada 2012, SMK Pulau Indah telah berpindah ke bangunan barunya di Laguna Park, Pulau Indah.

Pencapaian sunting

Sepanjang tahun 2016 hingga 2019 sekolah ini mempunyai Pencapaian yang cemerlang apabila dipilih sebagai Penerima Anugerah Tawaran Baharu Pengetua 2017. Kejayaan sekolah ini juga apabila 2 orang murid dipilih menyertai Program Jalinan Budaya Malaysia dan Indonesia di Bandung pada tahun 2018.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah
Laguna Park Pulau Indah
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-3101 2046
Fax =03-31013046

Pautan luar sunting