Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam


Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam atau nama ringkasnya SMK Puncak Alam, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Puncak Alam, Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam
Alamat
Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2
Puncak Alam, 42300, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Nama lainSEPUNCAK
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"BERILMU, BERAMAL, BERILTIZAM"
Autoriti pendidikanPPD Kuala Selangor
Sesi2 sesi (petang & pagi)
Nombor sekolah333928216
Kod sekolahBEA3085
PengetuaPatmah binti Mohd Ariff
Tenaga pengajar142
Jumlah penuntut1936
Kelas70
Faks633928246
Laman sesawang
Map

Sejarah & Pengetua[1] sunting

SMK Puncak Alam mula beroperasi pada 1 Mei 2004 oleh En. Bibit Bin Hj. Marzuki, Pn. Che Wan Rohaini bt Ramly dan Pn. Normaizatul Azura Bt. Husin yang bertindak sebagai ‘caretaker’ yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Sekolah ini telah ditadbir oleh pengetua-pengetua seperti jadual berikut.

Bil Nama Pengetua Tahun
1 Pn. Rozanun Binti Mohd Nordin 16.06.2004 - 12.03.2006
2 Tuan Haji Abdul Khalid Bin Hj. Jaafar 01.05.2006 - 16.02.2010
3 En. Rasul Maideen Bin Haja Maideen 01.08.2010 - 16.06.2015
4 Pn. Rohani binti Mohd Noor 13.07.2015 - 25.08.2017
5 Pn Badariatul Jamal Bt Mohd Hasnan 25.09.2017 - 02.01.2018
6 En. Johari Bin Mohd Noh @ Mamat 02.01.2018 - 31.05.2019
7 Pn. Sarimah Binti Mohammed Nor 14.06.2019 - 28.07.2021
8 En. Kamarularipin Bin Jaffar 20.09.2021 - 02.02.2022
9 Pn Patmah Binti Mohd Ariff 03.02.2022- kini

Sesi persekolahan bermula pada 1 Julai 2004. Enrolmen tahun 2004 ialah 318 orang murid dan 21 orang guru sahaja. Bilangan murid meningkat dengan begitu pesat. Pada tahun 2005, murid SMK Puncak Alam berjumlah 828 orang dan perkembangan murid terus meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2020 bilangan murid ialah 1917 orang dan bilangan guru ialah 129 orang.

Visi, Misi, Matlamat[2] sunting

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Pontensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat sunting

Menjelang tahun 2022, SMK Puncak Alam akan berada dalam kelompok 3 sekolah terbaik dalam kategori sekolah menengah luar bandar negeri Selangor.

Objektif & Moto[3] sunting

Objektif sunting

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan peralatan Pendidikan yang mencukupi supaya pelajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
  • Menyediakan satu sistem pengurusan yang cekap dan efektif berlandaskan ciri-ciri kepimpinan yang dinamik, modek, progresif, penyayang dan bertongakkan ketuhanan.
  • Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21.
  • Memastikan pengurusan kewangan yang sistematik berlandaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan warga sekola yang sentiasa beriltizam dan sedia berkorban untuk menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti tinggi dan mengambil berat tentang kualiti kerja.

Moto sunting

"BERILMU, BERAMAL, BERILTIZAM"

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "#SEPUNCAKDIHATI - Sejarah & Pengetua". www.sepuncak.edu.my. Dicapai pada 2024-04-07.
  2. ^ "#SEPUNCAKDIHATI - Visi, Misi, Matlamat". www.sepuncak.edu.my. Dicapai pada 2024-04-07.
  3. ^ "#SEPUNCAKDIHATI - Objektif & Motto". www.sepuncak.edu.my. Dicapai pada 2024-04-07.

Pautan Luar sunting