Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana merupakan sebuah sekolah

menengah yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong di daerah Sepang,

Selangor. Kod Sekolah: BEA 9611. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra

Perdana mula dibuka pada 15 Jun 2009. Bagi membuat persiapan untuk

membuka sekolah baru, PPD Sepang telah menghantar tiga orang guru yang

didatangkan dari SMK Dengkil. Mereka terdiri daripada Pn. Hjh Rogiah binti

Abdul Moin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Zarinah binti Md

Hassan sebagai PK HEM dan En See Kang Hock sebagai PK Kokurikulum, 39

orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.

    Pada pendaftaran awal SMK Putra Perdana menerima seramai 329 orang

murid tingkatan 1 dan 198 orang murid mtingkatan 2, menjadikan kesemua

pelajar berjumlah 527 orang. Kini, SMK Putra Perdana telah diterajui oleh 8

orang pengetua iaitu Tuan haji Hamsan bin Saom (Jan 2010-Dis 2010), Pn.

Hajjah Khasbia binti Othman (Jan 2011-Julai 2011), Tuan Haji Mohamad

Kamaludin bin Taib (Ogos 2011-Nov 2011), Tuan Haji Mohd Amin bin

Sulaiman (Dis 2011-Nov 2013), Pn. Hajjah Tumijah binti Ponimin (Dis 2013-

Jan 2016), Tuan Haji Abd Khany bin Mohd YTusof (Jan 2016-Nov 2017), dan

Tn. Haji Alias bin Abdul Ghani (4 Dis 2017- Julai 2019). Tuan Haji Abdul

Wahid bin Baharon mula berkhidmat pada 12 November 2019 hingga sekarang.

   SMK Putra Perdana terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Akademik, Blok

Makmal, Blok Pentadbiran dan Blok Bengkel. Sekolah ini juga mempunyai

pelbagai kemudahan yang lengkap seperti pusat sumber, makmal sains,

bengkel RBT, makmal komputer dan sebagainya.

    Pada hari ini, SMK Putra perdana mempunyai 177 orang guru dan 15

orang staf sokongan untuk berkhidmat kepada sejumlah 3126 orang murid

yang juga merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang paling

ramai di dalam daerah Sepang. Setiap orang guru dan staf memainkan

peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini pada masa

depan sekolah.

    Moto sekolah "Perkasa, Proaktif, Patriotik' mendorong warga SMK Putra

Perdana untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Rujukan:

1. Laman web smkpp  2. Malaysian Education Directory

3. BP 2020 SMKPP: Manual Pengurusan SMK Putra Perdana edisi 2020.

  1. ^ http://smkppsepang.blogspot.com/p/latar-belakang-sekolah.html
  2. ^ https://www.apac.com.my/bea9611-smk-putra-perdana.html
  3. ^ http://anyflip.com/giccs/yend