Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali (SEMERA) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km.8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
Lokasi
Km. 8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin, Berilmu, Berbakti
Nombor sekolah03 62589387
Kod sekolahWEA0202
PengetuaEncik Awang bin Dolah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Noraihan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Aizan
Faks03 62523141

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali memiliki 851 pelajar lelaki dan 728 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1579 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah kebangsaan Raja Ali (Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu) merupakan salah sebuah sekolah daripada 96 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .

Ia terletak di Km. 8 Jalam Ipoh , Kuala Lumpur . Gred sekolah ini ialah gred A dan ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan .

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu ditubuhkan pada tahun 1969 . Bagaimanapun pelajar-pelajar telah diambil lebih awal iaitu pada tahun 1967-1968 dan ditumpangkan di tiga buah sekolah rendah iaitu

  • Sekolah Rendah Kampung Batu
  • Sekolah Rendah Sentul
  • Sekolah rendah Kuang

Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha seorang guru , En. Zainudin Hj. Lapok dan beberapa orang rakan-rakannya serta sokongan yang diberikan oleh UMNO Kampung Batu yang diketuai oleh En. Abd. Wahab Idris . Akhirnya pihak kementerian bersetuju menubuhkan

sekolah ini .

Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan , di mana ramai pelajar di kawasan Kampung Batu terpaksa bersekolah di sekolah yang jauh . Untuk memenuhi keperluan ini , pelajar-pelajar diambil lebih awal dan ditumpangkan di tiga buah sekolah yang tersebut di atas . Pada akhir tahun 1968 , sekolah ini telah siap dibina . Pelajar-pelajar yang ditumpangkan telah dipindahkan ke sekolah ini pada 21 Januari 1969.

Pada 7 Julai 1980 , Sekolah Kebangsaan Kampung Batu ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali atau ringkasnya SEMERA . Perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tan Sri Yaakob Bin Abd. Latif .

Nama sekolah ini diambil sempena nama Raja Ali bin Raja Jaafar iaitu tokoh tempatan dan Penghulu Mukim Batu yang pertama yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan di awal 1927-1930.

Pencapaian sunting

gempak gila

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
Km.8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Telefon = 03 62589387
Fax = 03 62523141

Pautan luar sunting