Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan atau nama ringkasnya SMK Raja Chulan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan
Lokasi
Jalan Raja Musa Mahadi, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA, TEKUN, JAYA
DitubuhkanJanuari 1961
Nombor sekolah05 5457082
Kod sekolahAEA2041
Faks05 5456082
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan memiliki 479 pelajar lelaki dan 485 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 964 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Raja Chulan, Ipoh bermula sebagai sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson, Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada tarikh inilah dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dalam bahasa perantaraannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntutnya pada itu semuanya lelaki. Pada penggal kedua 1964, berlaku perubahan dari segi penuntutnya. Selain penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson Ipoh, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan, Ipoh. Bermula saat itu, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah kelas ketika itu adalah 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas ditempatkan di tiga tempat.

Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (bangunan utama) siap dibina di Jalan Diary, Ipoh dan pada 28 Mac 1969, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan dibuka dengan rasminya oleh Tan Sri Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh
Perak,   Malaysia
Telefon = 05 5457082
Faks = 05 5456082

Pautan luar sunting