Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti atau nama ringkasnya SMK Raja Sakti, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kota Jembal.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti
Lokasi
Kota Jembal, 16150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU, IMAN DAN AMAL
Nombor sekolah+609 7652359
Kod sekolahDEA1125
PengetuaYM. Tuan Haji Raja Azman Bin Raja Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wan Hussin Bin Wan Yusoff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Wan Abd Karim Bin Hussin
Penolong Kanan KokurikulumDatin Hjh Rohana Binti Hassan
Faks+609 7652359
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti memiliki 647 pelajar lelaki dan 619 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1266 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah dibuka pada 01 Januari 1965 dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Mentuan dengan pengajaran diadakan pada sesi petang. Seramai 99 orang murid sulung telah mendaftar di tingkatan satu dan ditempatkan di empat buah kelas.Guru Besar yang pertama ialah Tn. Hj. Chik bin Putih dengan dibantu oleh empat orang guru penolong. Pengurus bersama sekolah ini ialah Tn. Hj. Nik Hassan b. Ibrahim.

Pembinaan sekolah ini siap pada penghujung tahun 1970 dengan dua blok bangunan sekolah dan satu blok bangunan kantin di kawasan seluas 12.25 ekar di pekan Kedai Lalat kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Perasmian bangunan baru ini dilakukan pada 05 Julai 1974 oleh YB.Tn. Hj. Mohammad b. Yaacob, Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada awalnya SMK. Raja Sakti dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kedai Lalat sempena dengan kedudukan sekolah yang terletak di kawasan Kedai Lalat. Pada permulaan operasinya (1965) sekolah ini diberi taraf gred C. Tingkatan empat mula dibuka pada 01 Januari 1978 dan serentak dengan itu nama Sekolah Menengah Rendah Kedai Lalat telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kedai Lalat kemudian dinaikkan taraf ke gred B. Selepas itu, nama sekolah ini ditukar sekali lagi dengan nama Sekolah Menengah Raja Sakti kerana mengambil sempena nama Raja Sakti pengasas Kerajaan Jembal yang memerintah negeri Kelantan antara tahun 1636 hingga 1721 M.

Upacara perasmian nama baru sekolah ini dilakukan pada 12 Mei 1983 oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu. Seterusnya pada 01 Januari 1995,Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah dinaikkan taraf ke gred A.

Sepanjang penubuhan sekolah ini ,seramai 13 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pengetua sekarang ialah Tn. Hj. Kamarul Zaman bin Daud yang mula berkhidmat di sekolah ini pada kira-kira awal tahun 2006 .

SMK. Raja Sakti menerima pelajar dari sekolah-sekolah salurannya iaitu:

Sekolah Kebangsaan Kota Jembal

Sekolah Kebangsaan Raja Bahar

Sekolah Kebangsaan Banggu

Sekolah Kebangsaan Mentuan

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti
Kota Jembal
16150, Kota Bharu
Kelantan,   Malaysia
Telefon = 6097652359
Fax = 09-7652359

Pautan luar sunting