Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau atau nama ringkasnya SMK Ranau atau SMKR, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 661.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau
Lokasi
Peti Surat 661, 89308, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBertekad Gemilang
Nombor sekolah6088879354
Kod sekolahXEA5407
Pengerusi PIBGJapilin bin Lajim
Faks6088879906


SMK Ranau

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau memiliki 390 pelajar lelaki dan 456 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 846 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang semakin bertambah. Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002.

Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006. Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius dan Encik Ashly Kasin. SMK Ranau atau lebih dikenali sebagai SMKR menerima kumpulan guru baru pada 3 Januari 2005 seperti Encik Azly M Sabin, Puan Rohana Rusian dan Ustazah Nurul Hani Kekijin sebelum di susuli oleh Encik Jamil Emin tidak lama selepas itu. Daripada kumpulan guru pertama ini kini hanya En Johalim Hj Ishim (PK LoKum), Puan Silis Tina A. Basil (GC), Puan Aggness Tona Antonius (GC),Encik Ashly Kasin (GC), Encik Azly M Sabin dan Ustazah Nurul Hani Kekijin masih kekal sehingga kini (2011).

Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sekolah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang. Pelajar yang mendaftar disekolah ini pada peringkat awal adalah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005 adalah sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”.

Pencapaian sunting

PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM SMK RANAU TAHUN 2014 1. Mssm Olahraga Daerah Ranau Tempat Ketiga dengan pungutan pingat 10 emas,

  9 perak dan 6 gangsa, tempat ketiga kontinjen perbarisan.

2. Mssm Olahraga Zon Barat : 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa. 3. Mssm Olahraga Negeri Sabah : 2 Emas 1 gangsa (Emas-Sarizah Sarimin 5000M

  J.Kaki, Emas-Ravin Gomuhoi Lompat Kijang).

4. Karnival Bahasa Peringkat Daerah Ranau tempat keempat dengan pungutan

  pungutan pingat 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa ( Johan dalam acara Tarian
  Bicara Berirama)

5. Enam orang peserta Perkhemahan Ekspedisi Murid 1 Malaysia Peringka

  Negeri di Kem Malanggang, Kiulu pada 2-5 Mei 2014.

6. Satu Orang pelajar wakil ke Gala Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. 7. Lapan orang wakil ke bahagian Zon Barat acara Badminton. 8. 11 orang pelajar ke persembahan Gamelan sempena Kem Muzik Negeri Sabah

  di Rest house Lohan dan acara penutupan di Dewan Utama SMK Ranau
  pada 24-27 April 2014.

9. Tiga orang pelajar ke Program Jejak Perpaduan Kelab 1 Malysia di Pentas

  Budaya Pekan Kundasang, acara Pertandingan Kreativiti dan Inovasi tempat
  Ketiga Daerah Ranau pada 22 April 2014.

10.Dua orang pelajar ke Kejohanan Hoki Mssm peringkat Negeri Sabah

  6-9 Mei 2014.

11. 14 orang pelajar Kadet Polis terpilih untuk latihan di Ibu Pejabat

  pada 23-25 April 2014.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau
Peti Surat 661
89308, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088879354
Fax = 6088879906

Pautan luar sunting