Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia


Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia merupakan Sekolah Transformasi 2025 kohort 4.0 yang mengutamakan kemenjadian murid dalam setiap bidang dengan memperkasakan inovasi disamping mementingkan faktor kepimpinan berkesan, guru berkualiti dengan melaksanakan PdPc alaf 21 serta penglibatan ibu bapa dan komuniti.)

Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia
Lokasi
Jalan Tenaga, Rapat Setia, 31350, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERDISPLIN, BERILMU, BERKETRAMPILAN
Nombor sekolah6053113385
Kod sekolahAEA2065
PengetuaEncik Ahmad Rezaudin bin Hussein
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Tuan Rohaiza binti Tuan Lah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hanuni binti Yusof
Penolong Kanan KokurikulumPuan Siti Hajar binti Misran
Faks6053127284

Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia memiliki 359 pelajar lelaki dan 248 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 607 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.

Sejarah sunting

Bangunan sekolah telah siap dibina pada Februari 2002. Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah melantik Tn. Hj. Mat Jaafar b. Mat Zain sebagai "care taker" untuk menguruskan pembukaan sekolah. Pendaftaran pelajar bermula pada 1 Jun 2002.

Pada 5 Jun 2002, sekolah mula beroperasi secara rasmi dengan kendalian oleh 22 orang kakitangan akademik dan 7 orang staf bukan akademik. Bilangan murid pada peringkat awal berjumlah 368 orang dengan pembelajaran dilaksanakan dalam 12 buah bilik darjah.

Pada tahun 2003, Pn. Norizam bt. Hussin telah dilantik sebagai Pengetua SMK Rapat Setia yang pertama. Pengetua SMK Rapat Setia yang kedua adalah Puan Hajah Zainab bt. Mat Hashim yang memulakan tugas beliau pada 1 Oktober 2006 sehingga 1 Ogos 2008. SMK Rapat Setia seterusnya diterajui pula oleh Tn. Hj. Zawi b. Yahya sebagai pengetua ketiga sehingga 31 Jun 2009. Datin Hjh. Siti Zabidah binti Setia selaku pengetua ke empat mentadbir bermula 1 Julai 2009 sehingga 28 Februari 2018. Bermula 16 April 2018, SMK Rapat Setia ditadbir oleh Pn. Khalilah binti Za'aba selaku Pengetua sehingga 3 Oktober 2021. En. Azshar bin Ramli selaku pengetua ke 6 sehingga 1 Jun 2023.

Kini, SMK Rapat Setia di terajui oleh En. Ahmad Rezaudin bin Hussein dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Tuan Rohaiza binti Tuan Lah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Hanuni binti Yusof dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Siti Hajar binti Misran.

Pencapaian sunting

Johan Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah peringkat Daerah Kinta Utaratahun 2023.

Johan Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah peringkat Negeri Perak tahun 2023.

Naib Johan Pertandingan Gamlean peringkat Daerah Kinta Utara tahun 2023.

Sekolah Transformasi 2025 Kohort 4.0.

2 Pingat Emas Kejohanan Taekwando 4th Heros International Hero peringkat Antarabangsa tahun 2019.

G Mobile Esquarda Esports (KPTM Edufest 2019) peringkat Kebangsaan. (Batch 04)

Johan ICT Challenge Category E-Content Presentation peringkat Kebangsaan tahun 2019.

Mewakili negeri Perak dalam Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Kebangsaan 2011 yang telah diadakan di Sarawak.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia,
Jalan Tenaga,
31350 Ipoh, Perak.
Perak,   Malaysia
Telefon = 6053113385
Fax = 6053127284
Web = gg.gg/smkrapatsetia
Facebook/ Instagram? Twitter = @smkrapatsetia

Pautan luar sunting