Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 10 Kota Damansara atau KD10 , merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kota Damansara Persiaran Mahogani, Seksyen 10, Kota Damansara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara
Lokasi
Kota Damansara Persiaran Mahogany,Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHidup Beradab
Nombor sekolah361568514
Kod sekolahBEA8638[1]
PengetuaDr. Dewani binti Goloi (mulai 23 Oktober 2023)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hamimah binti Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Nor Haizan binti Harun
Penolong Kanan KokurikulumPn Zainatulakmar binti Abdul Ghani
Faks361563534
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Pada 2009 SMK Seksyen 10 Kota Damansara memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1,506 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru. Sekolah ini telah mencapai tahap yang sangat hebat dalam segala yang disertai sehingga dapat gelaran KD10 Hebat!

Sejarah sunting

SMK Seksyen 10 Kota Damansara dimulakan pembinaanya sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Ia mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua pertama iaitu En. Ghumiat bin Kamdi pada tarikh berkenaan. Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang. Sekolah bermula dengan 20 orang guru, 437 orang pelajar dan 5 ekor kucing yang ditempatkan di 8 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Peralihan.Sekolah in juga pernah mengambil pelajar tingkatan 6, akan tetapi tidak sudah seteleh mereka berpindah di Bandar Utama.

Pada 2019, sekolah ini telah selamat dibumbungkan. Kini, perhimpunan boleh diadakan walaupun pada cuaca yang kurang baik. [2]

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah memenangi 6 kali dalam 6 tahun dalam pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dari tahun 2009 hingga tahun 2014.

Nasyid juga merupakan kekuatan sekolah ini dengan memenangi banyak pertandingan sebelum ini peringkat negeri.

Bukan Nasyid sahaja, rugbi juga kekuatan sekolah ini. Bola sepak pun. Pendek kata,semua benda lah kekuatan sekolah ini.

Visi dan Misi sunting

Visi - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi - Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Ikrar Pelajar sunting

Bahawasanya sesungguhnya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara dengan penuh keinsafan, berikra dan berjanji akan ;

  • Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
  • Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
  • Sentiasa mejaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
  • Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
  • Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
  • Menjalin hubungan yang baik,mesra dan harmoni dengan rakan-rakan

Maka dengan ini kami berikrar dengan segala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami , sekolah dan negara.

Lagu Sekolah sunting

Ilmu penyuluh hari muka

Akan ku tuntut sepenuh jiwa

Selagi hayat di perlu dunia

Akan ku timba akan ku teroka

Nama sekolah ku sanjungi

Restu pendidik mengiringi

Insan cemerlang ku idami

Salbiah unggul penghias diri

Janji ku pada diri

Janji ku pada semua

Menjadi insan berbakti

Hidup beradab di mana jua.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10
Kota Damansara Persiaran Mahogany,Seksyen 10, Kota Damansara
Selangor,   Malaysia
Telefon = 361568514
Fax = 361563534

Rujukan sunting

Pautan luar sunting