Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 (Jawi: سكوله منڠه كبڠساءن سيكشين ١٦) atau nama ringkasnya SMK Seksyen 16 (Jawi: س.م.ک. سيكشين ١٦), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Halia 16/8, Seksyen 16, Shah Alam.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16
Lokasi
 Malaysia Jalan Halia 16/8, Seksyen 16, Shah Alam, 40200, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PANDUAN HIDUP
Nombor sekolah0355109168
Kod sekolahBEA8610
PengetuaPN. NIK ASMA BINTI NIK AHMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. NOOR BANON BINTI MUJI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. SOBRI BIN CHE SEMAN
Penolong Kanan KokurikulumPN. NADZRAH BINTI HAJI MUSTAFA
Faks0355125021
Laman sesawang


Kini, tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 memiliki jumlah murid seramai 1420 orang termasuk sesi pagi dan petang.Bilangan guru sekolah seramai 100 orang dan dibantu oleh 10 orang kakitangan sekolah.

Sejarah Sekolah sunting

SMK Seksyen 16 memulakan operasinya pada 6 Januari 1986.Di awal penubuhannya, hanya terdapat 20 orang kakitangan akademik dan 4 orang kakitangan sokongan.Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang kedua dibina di daerah Shah Alam selepas Sekolah Menengah Seksyen 2 (SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ) Pelajar “pioneer”seramai lebih kurang 300 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Mereka merupakan anak-anak penduduk yang tinggal di sekitar kawasan perumahan Seksyen 16,Flat PKNS di Seksyen 16,Padang Jawa,Kg Rimba Jaya dan Seksyen 17 Shah Alam.En Shukran bin Hussain merupakan pentadbir yang pertama dilantik sebagai care taker dan berkhidmat seawal 6.1.1986 sehingga Mac 1986.Beliau diganti oleh En Jaafar bin Osman yang menyambung tugas sehingga Sept 1987.Pertukaran pengetua berlaku silih berganti dan sehingga kini SMK Seksyen 16 telah mempunyai seramai 15 orang pengetua.

Latar belakang fizikal sunting

Dengan keluasan kira-kira 14 ekar, tapak bangunan SMK Seksyen 16 terdiri daripada empat blok utama iaitu blok A, B, C dan D. Blok-blok ini menempatkan kelas-kelas untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Selain daripada blok-blok tersebut, terdapat juga satu bangunan setingkat yang menempatkan kantin sekolah, satu bengkel Kemahiran Hidup dan sebuah gelanggang tenis bersebelahan dengan blok B. Penambahan bangunan seperti yang terdapat pada hari ini berlaku secara berperingkat. Bermula dengan tapak gelanggang tenis telah diratakan dan diatasnya telah dibina pondok bacaan. Di sekelilingnya pula diusahakan tanaman landskap seperti yang ada pada hari ini.Perubahan ini dilaksanakan sekitar tahun 1990-an di bawah pentadbiran Pn. Kartini bt Shuib selaku pengetua masa itu. Seterusnya pembinaan bangunan tambahan sekitar tahun 2000 dilakukan bagi menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 6. Untuk itu sebuah bangunan setingkat telah didirikan (Blok E). Bersebelahannya pula dibina bangunan makmal computer. Semasa pentadbiran Pn. Nurul Aini bt Ambak, sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina bagi menempatkan beberapa buah makmal sains, kini bangunan itu dikenali sebagai Blok Kesidang. Bangunan Blok Kesidang siap sepenuhnya pada 2007. Selain daripada itu, Surau An-Najjah, Dataran Seroja, Pentas serta Dataran Bunga Raya telah dibina atas kerjasama pihak sekolah dengan PIBG. Di Blok B, pejabat sekolah telah diubahsuai dan tingkat bawah blok A telah dinaiktarafkan menjadi Dewan sekolah. Dewan ini dinamakan Dewan Seroja dan pada MEI 2006 dan telah dirasmikan oleh Dato Noh bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran pada waktu itu. Semasa Pn Siti Khadijah bt Awang Seman menjadi pengetua SMK Seksyen 16, beliau telah mengusahakan pembinaan pondok bacaan bersebelahan pondok pengawal keselamatan Tapak pondok bacaan tersebut asalnya ialah tempat pembuangan sampah yang dilindungi dengan dinding zink yang bermotif flora bagi mengelak daripada pemandangan yang menyakitkan mata orang yang lalu lalang disekitarnya. Di situ jugalah hari ini letaknya Taman Anggerik Siti Khadijah yang telah menjadi juara Pertandingan Taman Orkid anjuran MBSA pada tahun 2012↵. Nama blok bangunan telah diberi penjenamaan semula semasa pentadbiran Pn. Siti Khadijah (2010) untuk blok A, B, C, D dan E di namakan Anggerik, Bakawali, Cempaka, Dahlia dan Kesidang sempena nama bunga bungaan. Sementara nama kelas yang selama ini dikenali sebagai Usaha, Yakin, Amal, Budi, Cekal, Daya, Gigih, Harmoni, Ikhlas dan Jujur ditukar menggunakan nama-nama batu seperti Berlian, Mutiara, Zamrud, Intan, Delima, Nilam, Topaz dan Ametis manakala Kelas Peralihan pula dikenali dengan nama Kelas Kristal.


Sesungguhnya, perubahan demi perubahan dilakukan bagi menaikkan imej sekolah dalam kalangan pelajar seterusnya menanam rasa cintakan sekolah di sanubari mereka. Pada 2 haribulan Ogos 2009 (setelah 23 tahun penubuhannya), buat julung-julung kali SMK Seksyen 16 telah berjaya mengumpulkan semula bekas-bekas pelajar dalam satu majlis yang dinamakan Malam Nostalgia. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru, ibubapa dan bekas-bekas pelajar yang telah lama meninggalkan bangku sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan {Pelajaran Selangor waktu itu iaitu En. Salleh bin Kasim. Majlis tersebut merupakan langkah awal SMK Seksyen 16 untuk mengikuti jejak para alumni yang kini menjangkau angka puluhan ribu orang itu.Pada ta5un 2010, SMK Seksyen 16 telah pendapat pensijilan 5S dari pihak MPC. Kejayaan ini sebenarnya manifestasi daripada kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dan guru dalam mencapai kejayaan yang dikongsi bersama.


Senarai pengetua yang pernah menabur bakti di SMK Seksyen 16 sunting

En Shukran bin Hussin (Jan 1986-Mac 1986) En Jaafar bin Osman (Mac 1986 –Sept 1887) En Mohd Subbian bin Md Sharif (Sept 1987 – Feb 1988) En Shaari bin Abdullah (Mac 1988 – Dis 1988 ) Tn Hj Bekri bin Salikin (1989 -1991) Datin Saodah binti Hj Malik (1992 – 1993) Pn Nik Mastura binti Nik Omar (1994 – 1996) Tn Hj Rashid bin Ahmad (1997 – 1998) Pn Khadijah binti A.Rahman (1998 – 2000) Pn Kartini binti Shuaib (2000 – 2004) Pn Nurul Aini binti Ambak (2005 – 2007) Pn Siti Khadijah binti Awang Seman (2008 – 2010) Pn Siti Khadijah binti Awang Seman (2008 – 2010) Pn Kasma Muni binti Che Hassan (2011 – 2011) Pn Mariyamah binti Ali Osman (2012 – 2012) Pn. Meriam Binti Husin (2013-2016) Pn.Rohana Binti Mat Sah ( 2017 - 2020)


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16
Jalan Halia 16/8, Seksyen 16, Shah Alam
Selangor, Malaysia
Telefon = 0355109168
Fax = 0355125021

Pautan luar sunting