Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 19, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19.jpg
Lokasi
Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Menuju Wawasan
Nombor sekolah03 55423306
Kod sekolahBEA8621
Pengerusi PIBGTuan Hj Jamaludin Bin Awang Lah
PengetuaPuan Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Khairun Aznida binti Mokhtar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Wan Alifah
Faks03 55495382
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 memiliki 1096 orang pelajar lelaki dan 1112 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2208 orang. Ia mempunyai seramai 145 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 (SMKS 19) terletak di kawasan Seksyen 19, Shah Alam.

SejarahSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian dengan keluasan 40.8 hektar. Sekolah ini beroperasi pada 20 Jun 1994 dengan kelas khas, 2 tingkatan peralihan, 10 tingkatan 1, 6 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4. Jumlah keseluruhan ialah 785 orang. Nama kelas diambil berdasarkan nama kenderaan nasional.

Visi sekolahSunting

Pendidikan berkualiti

Insan terdidik

Negara sejahtera

Misi sekolahSunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Moto sekolahSunting

Berilmu menuju wawasan

PengetuaSunting

  • (2003–2005): Hjh. Rokiah bt Baharom
  • (2005–2006): Puan Lucia Quek Sai Gearn
  • (2007–2013): Datin Suraini bt Supardi
  • (2014–kini): Puan Putri Roslawati bt Hashim

KelasSunting

Tingkatan 1Sunting

  • Tingkatan 1 Gemilang (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • Tingkatan 1 Cemerlang
  • Tingkatan 1 Perdana
  • Tingkatan 1 Putra
  • Tingkatan 1 Pesona
  • Tingkatan 1 Chimaera
  • Tingkatan 1 Wira
  • Tingkatan 1 Satria
  • Tingkatan 1 Iswara
  • Tingkatan 1 Tiara
  • Tingkatan 1 Saga
  • Tingkatan 1 Waja
  • Tingkatan 1 Juara
  • Tingkatan 1 Axia
  • Tingkatan 1 Exora
  • Tingkatan 1 Iriz
  • Tingkatan 1 Myvi

Tingkatan 2Sunting

  • Tingkatan 2 Gemilang (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • Tingkatan 2 Cemerlang
  • Tingkatan 2 Perdana
  • Tingkatan 2 Putra
  • Tingkatan 2 Pesona
  • Tingkatan 2 Chimaera
  • Tingkatan 2 Wira
  • Tingkatan 2 Satria
  • Tingkatan 2 Iswara
  • Tingkatan 2 Tiara
  • Tingkatan 2 Saga
  • Tingkatan 2 Waja
  • Tingkatan 2 Juara
  • Tingkatan 2 Exora

Tingkatan 3Sunting

  • Tingkatan 3 Gemilang (KRK) - Kelas Rancangan Khas
  • Tingkatan 3 Cemerlang
  • Tingkatan 3 Perdana
  • Tingkatan 3 Putra
  • Tingkatan 3 Pesona
  • Tingkatan 3 Chimaera
  • Tingkatan 3 Wira
  • Tingkatan 3 Satria
  • Tingkatan 3 Iswara
  • Tingkatan 3 Tiara
  • Tingkatan 3 Saga
  • Tingkatan 3 Waja

Tingkatan 4Sunting

  • Tingkatan 4 Perdana
  • Tingkatan 4 Putra
  • Tingkatan 4 Pesona
  • Tingkatan 4 Chimaera
  • Tingkatan 4 Wira
  • Tingkatan 4 Satria
  • Tingkatan 4 Iswara
  • Tingkatan 4 Tiara
  • Tingkatan 4 Saga
  • Tingkatan 4 Waja
  • Tingkatan 4 Juara
  • Tingkatan 4 Axia
  • Tingkatan 4 Exora

Tingkatan 5Sunting

  • Tingkatan 5 Perdana
  • Tingkatan 5 Putra
  • Tingkatan 5 Pesona
  • Tingkatan 5 Chimaera
  • Tingkatan 5 Wira
  • Tingkatan 5 Satria
  • Tingkatan 5 Iswara
  • Tingkatan 5 Tiara
  • Tingkatan 5 Saga
  • Tingkatan 5 Waja
  • Tingkatan 5 Juara
  • Tingkatan 5 Axia
  • Tingkatan 5 Pima ( Exora )

Lagu sekolahSunting

Sekolah Menengah Seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju

Progresif, aktif, kreatif, produktif
Ke arah prestasi yang cemerlang
Berkat usaha pendidik dedikasi
Bersatu erat dan saksama

Capailah kejayaan bersama
Menyinar cahaya yang gemilang
Namamu megah diingat selalu
Sekolahku yang tercinta

Sekolah Menengah Seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju

Ikrar pelajarSunting

Bahawasanya kami pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19

berikrar akan menumpukan

sepenuh tenaga dan iltizam kepada

pelajaran dan aktiviti sekolah.

Bahawasanya kami akan berusaha

untuk mencapai kecemerlangan

diri demi masa depan, agama,

bangsa dan negara.

Bahawasanya kami akan sentiasa

menghormati ibu bapa, guru-guru,

pemimpin-pemimpin dan

undang-undang negara.

Bahawasanya kami akan sentiasa

menjauhkan diri dari salah laku dan seterusnya mensifarkannya

di rumah dan di sekolah.

Dan seterusnya kami akan

berpegang teguh pada janji dan

ikrar kami demi masa depan kami dan wawasan negara.

Rumah sukanSunting

Nama rumah sukan diambil daripada nama atau jawatan istana, seperti:

Kemudahan Smart CardSunting

  • Smart Card digunakan sebagai identiti pelajar dan guru-guru serta sekolah
  • Smart Card digunakan untuk peminjaman atau pemulangan buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah

Koperasi sekolahSunting

Koperasi sekolah menyediakan jualan makanan dan barangan keperluan pelajar serta guru, seperti:

  • Roti
  • Air
  • Baju sukan
  • Lencana sekolah
  • Tali Leher (bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tidak memakai baju kurung )
  • Lencana Petaling (pelajar sesi pagi sahaja)
  • Alat tulis
  • Kemudahan fotostat
  • Air bergas
  • Sup kari
  • Aiskrim
  • Jus buah
  • Piza
  • Karipap

KaunselingSunting

Kemudahan kaunseling disediakan sebagai tempat pelajar-pelajar mendapatkan motivasi diri dan tempat penyelesaian masalah, seperti:

  • Masalah disiplin
  • Masalah keluarga
  • Masalah diri
  • Masalah-masalah lain

Kategori kaunselingSunting

Nama Kauseling Nota
Kaunseling Kelompok Kaunseling berkumpulan
Kaunseling Individu Kaunseling perseorangan


Waktu sekolahSunting

Sesi PagiSunting

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 07:20 Pagi 01:20 Tengah Hari Waktu Kerja Biasa
Jumaat 07:20 Pagi 12:20 Tengah Hari Balik awal kerana memberi laluan kepada pelajar dan guru lelaki islam sembahyang jumaat
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

Sesi PetangSunting

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 01:05 Petang 06:45 Petang Waktu Kerja Biasa
Jumaat 02:20 Petang 06:50 Petang Masuk Lewat kerana solat jumaat bagi pelajar lelaki dan guru-guru lelaki.
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

Huraian waktu sekolahSunting

  • Bagi pelajar pagi, setiap pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan manakala pada setiap hari Isnin terdapat perhimpunan rasmi. Perhimpunan tidak diadakan jika cuaca tidak mengizinkan.
  • Bagi pelajar petang, pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan setiap hari sebelum masuk dan balik manakala pada setiap Isnin terdapat perhimpunan rasmi. Perhimpunan tidak diadakan jika cuaca tidak mengizinkan.
  • Setiap pelajar yang datang lewat akan didenda.

Sistem penaltiSunting

Sistem penalti SMKS 19 dikenali sebagai Program Penalti sekolah (PSP).

  • Menyemak keputusan peperiksaan
  • Menyemak rekod kesalahan pelajar
  • Menyemak kelas pembelajaran

Tambahan kelas tingkatan 1 dan 2 bagi sesi 2008Sunting

SMK Seksyen 19 memperkenalkan satu kelas tambahan yang mana kelas tambahan itu digunakan oleh pelajar tingkatan 1 yang mana keputusan UPSR-nya lulus. Nama kelas tersebut ialah 1 Cemerlang.

Nama Kelas Tingkatan Numbor kelas
Cemerlang 1 1 (Kelas Baru)
Perdana 1 2 (Kelas Lama dan dahulunya kelas pertama)
Gemilang 1 1 (Kelas baru dan tingkatan 1 Cemerlang kelas ke2 dan tingkatan 1 Perdana kelas ke3
Cemerlang 2 1 (kelas baru dan baru untuk tingkatan 2 dan tingkatan 2 Perdana ialah kelas ke2


Majalah tahunanSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam mempunyai majalah tahunan atau year book yang dipanggil Tinta19 dan ia dikeluarkan setahun sekali sahaja dengan harga RM 12.00.

PencapaianSunting

Pada 30 Ogos 2007, pada majlis atau hari ambang kemerdekaan, SMK Seksyen 19 telah memecah rekod dengan membuat kad ucapan hari kemerdekaan Malaysia yang kelima puluh terpanjang iaitu 1 km yang mengelilingi dua buah sekolah iaitu SMK Seksyen 19 dan SRAI Seksyen 19. Kejayaan tersebut telah dicatat dalam Malaysian Book Of Record.

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Jalan Gelora 19/46,
Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
  Malaysia
Telefon = 03 55423306
Faks = 03 55495382

Pautan luarSunting