Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 27, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Selayang 27/27.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27
Logo smk seksyen 27
Logo smk seksyen 27
Lokasi
 Malaysia Jalan Selayang 27/27, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKe Arah Kecemerlangan
Nombor sekolah03-351921493
Kod sekolahBEA8660
Pengerusi PIBGYang Dipertua Dato' Dr. Sharizan bin Haji Samdin
PengetuaPuan Norhayati binti Mohd Daud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norlaily binti Mohd Ramli
Penolong Kanan KokurikulumPuan Zamzatulshilla binti Ismail
Faks03-351916273
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 memiliki 310 pelajar lelaki dan 308 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 618 orang. Pada waktu yang sama, sekolah ini turut mempunyai 42 orang guru.

Pada 2017, bilangan guru bertambah kepada 76 orang.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27, turut dikenali sebagai SMK Seksyen 27, dibuka pada awal Januari 2004. Pada permulaannya, seramai 20 orang guru yang mula mengajar di sekolah ini. Walaupun sekolah telah mula beroperasi tetapi sekolah ini masih belum mempunyai pengetua. Pada bulan Januari 2004, pengetua yang pertama iaitu Puan Selvarani A/P Pillai melaporkan diri. Sebelum kedatangan pengetua, sekolah ini dipimpin oleh Puan Salamah binti Abdul Manap selaku penolong kanan pentadbiran, serta Puan Siti Zaleha binti Atan selaku penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM). Pada ketika itu, sekolah masih belum mempunyai penolong kanan kokurikulum (PK Kokorikulum). Selain tenaga pengajar, SMK Seksyen 27 juga mempunyai enam orang staf sokongan yang terdiri daripada tiga pembantu am rendah iaitu Puan Nor Ain binti Muhamad Aijam, Cik Hanim Samsuri, En Fairuz bin Kamaludin, seorang pembantu makmal iaitu Puan Maslina binti Abdul Wahab dan seorang kerani iaitu Pn Hasnah binti Zainal.

Pengetua kedua, iaitu Tuan Haji Nashan bin Singgan berkhidmat bermula 1 Januari 2005 sehingga 16 Februari 2009. Semasa pentadbiran beliau, dua orang penolong kanan pentadbiran telah berkhidmat. Puan Hajah Megawati bt Hasbullah telah berkhidmat sebagai penolang kanan pentadbiran dari 16 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008. Beliau kemudian telah dilantik menjadi pengetua di SMK Taman Sri Muda. Kekosongan tempat beliau telah diganti oleh Puan Wan Sepiah binti Wan Din dari 16 Jun 2008 hingga 17 Ogos 2009. PK HEM, Puan Zaleha bt Atan telah berpindah sekolah pada 16 Februari 2005, dan diganti oleh Tuan Haji Syawaluddin bin Shaari bermula dari 16 Februari 2006, dan bersara pada 29 Julai 2009. PK Kokurikulum, Encik Gorge Thamas telah menamatkan perkhidmatan beliau dan bersara pada 15 Januari 2007. Tempat beliau sebagai PK Kokurikulum telah diganti oleh Tuan Haji Baharuddin bin Hassan bermula 2 April 2007.

Pengetua yang ketiga ialah Datin Hajah Jamaliah binti Juni yang mula berkhidmat pada 1 Julai 2009 sehingga 4 Mei 2014. Semasa perkhidmatan beliau, Puan Wan Sepiah binti Din berpindah ke Perak. Kedudukan beliau telah diganti oleh Puan Hajah Zuridah binti Dzulkifli bermula 16 September 2009. Selepas persaraan Tuan Haji Shawaluddin daripada PK HEM, Tuan Haji Baharuddin bin Hassan iaitu PK Kokurikulum telah dilantik sebagai PK HEM, bermula pada 1 Oktober 2010. Manakala tempat beliau sebagai PK Kokurikulum telah diganti oleh Pn. Khairun Aznida binti Mokhtar bermula 1 Oktober 2010.[1]

Pengetua keempat adalah Tn. Haji Mahamod bin Ahmad yang telah berpindah masuk dari SMK Puchong Utama(1) bermula pada 16 Mei 2014 sehinggalah 15 Mei 2015. Pada 6 Februari 2015, Puan Hajah Zuridah binti Dzulkifli telah berpindah dan tempat beliau sebagai PK Pentadbiran telah diganti oleh Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad. Pada 13 Mac 2015, Puan Khairun Aznida binti Mokhtar telah berpindah dan tempat beliau sebagai PK Kokurikulum telah diganti oleh Puan Siti Suaibah binti S. Said. Pada 26 Mei 2015, Tuan Haji Baharuddin bin Hassan telah bersara dan tempat beliau sebagai PK HEM telah diganti oleh Puan Akhtari Bee binti Badru Dujah Khan. Pada tahun 2015, sekolah telah mempunyai Penolong Kanan yang baharu iaitu PK PPKI yang disandang oleh Puan Nik Azmawati binti Awang.

Pengetua kelima adalah Puan Hajah Mahani binti Misran yang telah mula bertugas dari 13 Julai 2015 sehinggalah sekarang. Pada tahun 2016, Puan Siti Suaibah binti S. Said telah berpindah dan tempat beliau sebagai PK Kokurikulum diganti oleh Encik Shokeri bin Hassan. Manakala, Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad telah berpindah dan tempat beliau sebagai PK Pentadbiran diganti oleh Puan Zaiton binti Abu Hassan. Pada tahun 2017, Puan Akhtari Bee binti Badru Dujah Khan telah bersara dan tempat beliau sebagai PK HEM telah diganti oleh Puan Tengku Norhayati binti Tengku Mohamed. Manakala, Encik Shokeri bin Hassan telah bersara dan tempat beliau sebagai PK Kokurikulum diganti oleh Puan Jusmaiwati binti Jusoh.

Kedudukan sekolah sunting

Dari segi kedudukan, SMK Seksyen 27, Shah Alam terletak di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana (PPD Petaling Perdana). Sekolah ini mempunyai keluasan kira-kira 14.57 ekar dan terletak dalam kawasan perindustrian. Terdapat banyak kilang yang berdekatan dengan sekolah ini . Antara yang paling hampir ialah Kilang Sharp dan Met Tube. Sekolah ini juga berdekatan dengan beberapa sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan Tamil, Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah. SMK Seksyen 27 juga berhampiran dengan kawasan perumahan, seperti Hicom Industrial Valley dan Flat Proton. Lantaran itu, kebanyakan pelajar yang berdaftar di sini tinggal berhampiran dengan sekolah. Jarak antara SMK Seksyen 27 ke PPD Petaling Perdana ialah 10 kilometer, manakala jarak sekolah ke pusat bandar Shah Alam ialah 15 kilometer.

Kelas, murid dan subjek ditawarkan sunting

Bilangan murid yang bersekolah di sini pada tahun 2004 ialah seramai 300 orang, apabila para pelajar hanya terdiri daripada murid tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat. Pada tahun yang sama masih tiada murid tingkatan tiga dan lima. Kelas yang dibuka ialah Kelas 1 Perdana, Kelas 1 Wira , Kelas 1 Iswara dan Kelas 1 Waja. Manakala kelas tingkatan dua pula ialah Kelas 2 Perdana, Kelas 2 Wira dan Kelas 2 Iswara. Kelas Tingkatan 4 pula sebanyak tiga kelas iaitu Kelas 4 Perdana, Kelas 4 Wira dan kelas 4 Iswara. Pada ketika itu, kesemua tingkatan empat mengambil aliran perdagangan dan sastera, hanya setelah beberapa tahun kemudian kelas aliran sains serta kelas aliran perakaunan diperkenalkan untuk pelajar menengah atas.

Pada tahun 2010, Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) telah mula beroperasi dari jumlah pelajar seramai 10 orang dengan 3 kelas seterusnya bertambah menjadi 35 orang (5 kelas) pada tahun 2013. Pembukaan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Arab (KAA) telah dilaksanakan sejak tahun 2012 dengan bilangan 1 kelas KRK (1 Arif) dan 1 kelas KAA (1 Bestari).

Pada tahun 2016, nama setiap kelas KAA (Bestari) telah ditukar kepada kelas Abu Bakar. Ketika ini, kelas KAA tingkatan 4 (4 Abu Bakar) dan dua kelas KAA tingkatan 1 (1 Abu Bakar, 1 Umar) dibuka berikutan permintaan yang menggalakkan dari para ibu bapa di sekitar kawasan Seksyen 27.

Pada tahun 2017, terdapat 6 kelas wujud untuk setiap tingkatan dari tahap menengah rendah, serta wujudnya 6 kelas untuk tingkatan 4 dan 5 kelas untuk tingkatan 5, menjadikan jumlah keseluruhan kelas di SMK Seksyen 27 sebanyak 29 kelas tidak termasuk kelas PPKI.

Subjek ditawarkan (PT3) sunting

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Matematik
  5. Sains
  6. Pendidikan Islam
  7. Reka Bentuk Teknologi / Kemahiran Hidup Bersepadu
  8. Sejarah
  9. Geografi
  10. Pendidikan Seni Visual
  11. Pendidikan Moral
  12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  13. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Subjek ditawarkan (SPM) sunting

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Arab

4. Matematik

5. Matematik Tambahan

6. Sains

7. Fizik

8. Kimia

9. Biologi

10. Sejarah

11. Pendidikan Islam

12. Pendidikan Syari'ah Islamiah

13. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

14. Pendidikan Moral

15. Lukisan Kejuruteraan

16. Pendidikan Seni Visual

17. Prinsip Perakaunan

18. Perniagaan

19. Sains Rumah Tangga

20. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

21. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kemudahan dan infrastruktur sekolah sunting

 
Panorama SMK Seksyen 27 sekitar tahun 2014

Dari tahun permulaan iaitu 2004 sehingga 2005 masih tiada sebarang pengubahsuaian bangunan serta aktiviti keceriaan dijalankan dalam kawasan sekolah. Sehinggalah awal tahun 2006 terdapat perubahan pada bilik mesyuarat dan pada ruangan Dewan Ixora yang terbuka. Di sini juga telah dibina pentas batu dan dinding bagi menghalang pandangan ke tandas guru lelaki di bahagian bawah. Di sinilah kebanyakan aktiviti sekolah dijalankan. Pengubahsuaian bilik mesyuarat pula dapat dilihat apabila kebanyakan tingkapnya telah dirobohkan dan dibina dinding. Pengubahsuaian ini bertujuan menghalang pandangan pelajar yang lalu-lalang dihadapan koperasi untuk membeli makanan.

Pada tahun 2004 Kedai Koperasi pada asalnya terletak di hadapan foyer, namun lokasinya telah berpindah pada tahun 2006 ke tapak asal Bilik Pengawas sehingga ke hari ini, dan Bilik Disiplin Dan Pengawas pula telah ditempatkan di hadapan Bilik Mesyuarat.

Untuk menjaga keselamatan pelajar dan harta sekolah, kebanyakan laluan untuk ke tingkat atas bangunan telah dibina jeriji besi yang menepati ciri keselamatan.

Bilik bilik khas telah mula diwujudkan bermula pada akhir tahun 2009 seperti Bilik Dokumentasi, Bilik Sidang Redaksi, Bilik Kokurikulum, Bilik Wuduk, Bilik Jamuan dan Bilik PBS. Manakala bilik-bilik yang sedia ada telah dinaiktarafkan.


Persekitaran sekolah juga telah banyak perubahan bermula akhir tahun 2009. Antaranya lokasi yang mengalami perubahan ialah pentas Dataran Budiman yang telah diperbesarkan, Dewan Ixora yang dinaiktaraf sepenuhnya, Dewan Dahlia, surau dan kelas PPKI.[2]

Bangunan tandas baru dan berasingan dari bangunan sekolah telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.

Hasil daripada hubungan baik dengan pihak luar, sama ada orang perseorangan mahupun syarikat pada tahun 2012, Arca moto sekolah “Ke Arah Kecemerlangan” telah dibina atas sumbangan Profesor Ramlan yang merupakan bapa kepada salah seorang pelajar di SMK Seksyen 27 .

Wakaf Proton telah dapat dibina atas sumbangan Proton Holdings dan tiga buah pondok bacaan hasil sumbangan dari Giant.


Pada tahun 2013, Bilik Dokumentasi telah diubahsuai menjadi Bilik VLE Frog untuk membolehkan guru-guru serta murid-murid mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog. Sekitar tahun 2014, sekolah telah dicat semula secara berperingkat dengan bertemakan warna merah-putih.

Hasil daripada mesyuarat di antara ibu bapa dan pihak sekolah, serta mendapat sumbangan dari pelbagai pihak, tembok mula dibina pada tahun 2017 untuk meningkatkan keselamatan sekitar sekolah.


Lagu Sekolah sunting

Lagu sekolah mula dipasang pada tahun 2005.

Berikut merupakan lirik bagi lagu sekolah:

Bergerak Maju Bersama Wawasan
Mendukung Cita-Cita Negara
Sedia Mara Menyahut
Cabaran Ke Arah Kecemerlangan
Tabah Dan Usaha Gembleng Tenaga
Demi Maruah Bangsa Yang Tercinta
Intelek Dan Jati Diri
Perkasa Ilmu Di Dada
SMK Seksyen 27
Indah Dan Ceria
Melahir Pelajar Cemerlang
Aspirasi Negara
SMK Seksyen 27
Khidmat Berkualiti
Bertekad Mencapai Matlamat
Unggul Dan Gemilang [3]

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27
Jalan Selayang 27/27, Seksyen 27
40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon : 03-351921493
Fax  : 03-351916273

Catatan sunting

  1. ^ [1]Diambil 21 Mac 2014.
  2. ^ "Sejarah". Diambil 10 Oktober 2013.
  3. ^ "Perihal SMK Seksyen 27". Diambil 21 Mac 2014.

Pautan luar sunting