Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara

Koordinat: 3°2′42″N 101°38′47″W / 3.04500°N 101.64639°W / 3.04500; -101.64639

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan BK 5A, Bandar Kinrara. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Masjid Al Ehsan dan berdekatan dengan kompleks membeli belah Giant Bandar Kinrara. Terdapat juga Stesen LRT yang berdekatan dengan kompleks membeli belah Giant

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara
Kinrara Town Section Four Secondary School 金銮镇第四区国中
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara is located in Bumi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara (Bumi)
Lokasi
Jalan Bandar Kinrara 5A, Bandar Kinrara, 47180, Puchong, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBestari Berdisplin Berwawasan
Autoriti pendidikanPPD Petaling Perdana
Nombor sekolah03-80757273
Kod sekolahBEA8647
Pengerusi PIBGEn. Basiran bin Yusof
PengetuaPn Fadzlon binti Faisal
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Lam Yuet Wah
Penolong Kanan KokurikulumEn Mohd Asri bin Seman
Faks03-80757315
Map


Sejarah Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara telah ditubuhkan pada 6 Januari 2002. Pada awal penubuhannya, sekolah ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua sahaja. Pada tahun 2003 pula, sekolah ini mula mengambil pelajar Tingkatan 3 dengan membuka sebanyak empat buah kelas lagi. Bilangan pelajar semakin bertambah pada tahun 2004. Tingkatan Empat telah dibuka kepada lima buah kelas yang terdiri daripada tiga aliran sains dan dua aliran sastera.

Bilangan pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun ke tahun. Pada tahun 2006 pula, sekolah ini terdiri daripada Tingkatan Peralihan sehingga ke Tingkatan Lima. Tingkatan Peralihan mempunyai dua buah kelas, manakala Tingkatan Satu mempunyai tujuh kelas, Tingkatan Dua sebanyak lapan buah kelas, Tingkatan Tiga sebanyak enam buah kelas, Tingkatan Empat mempunyai tujuh buah kelas, dan seterusnya Tingkatan Lima mempunyai lima buah kelas.

Peningkatan pelajar yang kian bertambah sekali gus menyebabkan jumlah kelas juga kian meningkat. Pada era 2007, bilangan kelas telah bertambah sehingga 47 buah kelas iaitu terdiri daripada sembilan buah kelas Tingkatan Satu, sembilan buah kelas Tingkatan Dua, sepuluh buah kelas Tingkatan Tiga, lapan buah kelas Tingkatan Empat, dan tujuh buah kelas Tingkatan Lima. Pada awal Januari 2007, jumlah pelajar telah mencecah kepada 1,507 orang.

Tiga buah kelas telah ditambah pada sesi pagi pada awal 2008. Oleh hal yang demikian, jumlah kelas bertambah kepada 40 buah, terdiri daripada satu kelas Tingkatan Peralihan, sembilan kelas Tingkatan Satu, sembilan kelas Tingkatan Dua, tujuh kelas Tingkatan Tiga, lapan kelas Tingkatan Empat, dan enam kelas Tingkatan Lima. Bilangan pelajar pada tahun 2008 telah mencecah kepada 1,685 orang.

Smk Seksyen 4 Bandar Kinrara terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menjelang tahun 2009. Oleh itu, Tingkatan Satu mempunyai tujuh buah kelas, Tingkatan Dua mempunyai lapan buah kelas, Tingkatan Tiga mempunyai sembilan buah kelas, tujuh buah kelas Tingkatan Empat, dan lapan buah kelas bagi Tingkatan Lima. Jumlah pelajar juga telah menurun kepada 1,645 orang pada Februari 2009.

Menjelang tahun 2010, sekolah ini telah membuka dua sesi kerana jumlah pelajar Tingkatan Satu meningkat secara mendadak. Tingkatan Satu berada pada sesi petang manakala Tingkatan Dua sehingga Tingkatan Lima berada pada sesi pagi. Jumlah kelas Tingkatan Satu merupakan bilangan kelas yang terbanyak pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya manakala jumlah kelas pada tahun ini tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Akan tetapi, bilangan pelajar tetap meningkat kepada 1,736 orang. Sekolah ini menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Perakaunan, Sastera dan Sains ICT bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Empat dan Lima.

Pada tahun 2012, sesi petang terdiri daripada Tingkatan Peralihan, Satu dan Dua. Tingkatan Satu mempunyai 309 orang manakala Tingkatan Dua mempunyai 339 orang. Terdapat satu kelas Tingkatan Peralihan, sembilan kelas Tingkatan Satu dan sembilan kelas bagi Tingkatan Dua. Sesi pagi terdiri daripada Tingkatan Tiga, Empat dan Lima. Terdapat 363 orang dalam Tingkatan Tiga, 301 orang dalam Tingkatan Empat dan 348 orang dalam Tingkatan Lima. Jumlah pelajar SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara pada tahun ini mencecah 1,698 orang.

Pencapaian sunting

SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara terkenal dengan sukan terutamanya bola sepak. Skuad bola sepak SMK Seksyen 4 pernah menjadi naib juara dalam pertandingan MSSD. Skuad bola sepak sekolah ini juga pernah menyertai pertandingan tinggi SUPERMOKH CUP dan memberi saingan tinggi terhadap beberapa sekolah ternama di Malaysia.

Selain melahirkan pelajar cemerlang sekolah ini juga melahirkan atlit terkenal, tahap kecemerlangan sukan di SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara juga di tahap yang memuaskan dalam pelbagai bidang sukan

Visi Sekolah sunting

' Pendidikan berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera '

Misi Sekolah sunting

' Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti '

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara
Jalan Kinrara 5A, Bandar Kinrara
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
  Malaysia

Pautan luar sunting