Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar


Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar atau nama ringkasnya SMK Selandar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selandar Pos.

Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
Lokasi
 Malaysia Selandar Pos, 77500, Selandar, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065251144
Kod sekolahMEA1077[1]
Pengerusi PIBGYg Berbahagia Dato' Abu Dolah bin Hitam
PengetuaTn. Hj Shamsuddin bin Hj Nordin
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Roslan bin Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Muhammad Safuan Chai bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Habibah binti Abdullah
Faks6065251144

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar memiliki 547 orang pelajar lelaki dan 489 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1036 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

Selandar merupakan sebuah kawasan yang agak terpencil dan jauh dari Bandar Melaka. Kedudukan geografi serta taraf hidup yang rendah serta mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran untuk pelajar. Pelajar- pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah- sekolah di kawasan Selandar terpaksa melanjutkan pelajaran sekolah menengah di pekan Jasin. Pelbagai rintangan serta masalah pembaziran masa, pengangkutan, dan kewangan telah menghalang pelajar- pelajar di kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam bidang pelajaran dan ko- kurikulum. Sehubungan dengan itu, beberapa tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengetasi masalah ini.

Pada tanggal 1 Januari 1980 merupakan pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar. Sekolah ini dibina di atas bukit yang jaraknya 300 meter dari pekan Selandar. Pada awal pembukaannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Selandar untuk sementara waktu. Jumlah pelajar pada ketika itu ialah seramai 159 orang dan kakitangan perintis seramai 13 orang iaitu 12 orang guru dengan seorang pekerja sahaja termasuk Pengetua dan Guru Penolong Kanan. Encik Abdullah Bin Abdul majid PPN. PJK. telah diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai Pengetua dengan dibantu oleh 10 tenaga pengajar dan seorang pegawai kerani. Dengan tenaga dan khidmat para pegawai, sekolah ini telah mengorak langkah menjana ilmu kepada anak bangsa di kawasan Selandar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini merupakan satu- satunya sekolah menengah bantuan kerajaan di Selandar dan memberi peluang kepada ibu bapa di kawasan berkenaan menghantar anak- anak mereka untuk meneruskan pembelajaran di sekolah menengah.

Pada 1 April 1980 SMK Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka ketika itu. Semua pelajar SMK Selandar yang sebelum ini menumpang di SK Selandar dengan rasminya berpindah ke bangunan baru. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada 4 buah bangunan. Bangunan pentadbiran terletak di blok A, blok B pula terdiri daripada bangunan ERT, dan bangunan blok C yang terdiri daripada kelas- kelas. Bangunan blok D yang terdiri daripada bilik- bilik kelas dan bangunan perpustakaan. Manakala bangunan blok E pula adalah bangunan kemahiran hidup.

Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar telah dinaikkan kepada taraf Sekolah A pada tahun 1995 dan pada tahun 1995, kelas aliran sains telah dimulakan. Hari ini SMK Selandar terus mencipta nama apabila Berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Mereka berjaya mengharumkan nama SMK Selandar dan mampu bersaing dengan sekolah- sekolah yang berada di negeri Melaka. Kakitangan perintis semasa pembukaan SMK Selandar yang terdiri daripada 13 orang, iaitu:

Pengetua : En Abdullah bin Abd Majid PPN, PJK

GPK : Tn Hj Mohd Sharif bin Mohd Drus PPN,PJK

Guru-guru : Allahyarham En Abu Kasim bin Salleh

En Talib bin Md Yusof

En Md Jamal bin Md Yusof

Hj Nasir bin Minhat

Cik Wong Huee Hwa

Cik Nor Risy bt Sadimin

Cik Norliah bt Adam

Pn Latifah bt Harun

Pn Eaishah bt Md Taha

Ustazah Jamilah bt Tahir

Pekerja : En Rasip bin Joned

Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Rahim bin Dato' Thamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986. Terdapat 13 orang Pengetua yang telah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar, iaitu:

  1. En Abdullah bin Abd Majid, PPN,PJK 1 Jan 1980 - 31 Julai 1980
  2. Cik Jamaliah bt Hj Ismail (1 Ogos 1980 - 15 Ogos 1982)
  3. En Peter Lee Seng Lin (16 Sept 1982 - 15 Sept 1987)
  4. En Ahmad bin Sulaiman (16 Sept 1987 - 31 Dis 1989)
  5. En Rahim bin Ali (1 Jan 1990 - 15 Ogos 1990)
  6. Hj Abd Kader bin Hj Md Nor (16 Ogos 1990 - 15 Jun 1995)
  7. En G. Krishnabahawan (16 Nov 1995 - 10 Nov 1998)
  8. En Chin Kiau (16 Nov 1998 - 16 April 2001)
  9. Pn. Hjh. Nor Aisah binti Md Shah (16 April 2001)
  10. Tn. Hj. Sa'adon Bin Baharum (16 September 2006 - Mac 2010)
  11. En. A. Saiman A/L K.G. Anthony (1 April 2004 - Februari 2014)
  12. En. Ahmad Ramadhan Subra Bin Rengasamy (2 Jun 2014 - 19 September 2016)
  13. En. Shamsuddin Bin Nordin (16 Oktober 2016 - Kini)


Pengetua Terkini SMK Selandar (En. Shamsuddin Bin Nordin)

 


Panorama SMK Selandar Suatu Ketika Dahulu sunting

Objektif SMK Selandar sunting

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat dan bersatu padu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.

• Memberi peluang- peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Visi SMK Selandar sunting

• Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi SMK Selandar sunting

• Melahirkan murid-murid yang mempunyai kecenderungan dan minat yang mendalam untuk menguasai ICT memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam Sains dan Matematik.

• Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif dan bermaklumat agar murid dapat belajar dalam suasana tenang, harmonis dan memberangsangkan.

• Menempatkan SMK Selandar sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan melalui peningkatan prestasi akademik yang baik, disiplin yang membanggakan serta kepimpinan terpuji.

• Memastikan semua guru dan kakitangan mengamalkan budaya kerja dan mutu kerja yang cemerlang dengan memfokuskan kepada budaya kerja secara berpasukan dan semangat kekeluargaan.

• Melengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat bersaing dan berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Motto SMK Selandar sunting

• Dinamis dan Dedikasi

Lagu Sekolah sunting

Bersatu dan berikrar

Berjanji pada diri

Meningkatkan prestasi

Dinamis dan dedikasi

Berbudi bahasa

Bersopan santun

Hormat Guru ibubapa

Belajar dengan tekun

Menjaga imej sekolah

Ringtangan serta cabaran

Semangat tetap berkobar

Berdisplin berjiwa raga

Janji akan ditunaikan


Panorama Sekolah sunting

Galeri sekolah sunting

 
Sudut lagu Negaraku dan Rukun Negara
 
Pintu Masuk Galeri Sekolah

Galeri Warisan sunting

Replika Rumah Tradisional Melaka

Pencapaian sunting

pada tahun 1997 adalah tahun gemilang bagi sukan sepak takraw bagi Sek.Men.Selandar menjadi naib johan bawah MSSM daerah Jasin bertemu dengan Sek.Men Mansor Shah (Pulau Sebang),Alor Gajah.Pada waktu itu jurulatih adalah cikgu Tugiman,Sekolah Men.Selandar merupakan jurulatih sepaktakraw.Saya salah seorang bekas pemain pasukan sekolah dan bekas pelajar(alumni) Sek.Men Selandar...sejarah ini adalah pengalaman sendiri sewaktu bersekolah di Sek.Men.Selandar dari tahun 1993-1997,bola sepak dan hoki juga tidak kurang hebatnya..antara cikgu(jurulatih)yang saya masih ingat cikgu Kamaruddin b.Temu...

Aktiviti SEMENDAR sunting

Majlis Perasmian Kolem Sempena Bulan Kemerdekaan 2017 sunting

 
Terima Kasih kepada Guru dan Pelajar yang Telah Menghasilkan Kolem yang Menarik
 
Barisan Guru dan Pelajar yang Terlibat dengan Majlis Perasmian Kolem Bulan Kemerdekaan

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang Ke-60 Tahun 2017 sunting

 
MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN

PROGRAM SEKOLAH 2018 sunting

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2018 sunting

 
Gambar mesyuarat kali pertama 2018
 
MGSMKS3
 
MGSMKS2

Program Guru Penyayang sunting

 
PENYANYANG 1
 
PENYANG 2

Majlis Sambutan Perayaan Ponggal sunting

 
PONGGAL 1

 
PONGGAL 2

 
PONGGAL 3

 
PONGGAL 4

 
PONGGAL 5

 
PONGGAL 6

 
PONGGAL 7

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina sunting

 
CNY 1

 
CNY 2

 
CNY 3

 
CNY 4

 
CNY 5

 
CNY 6

 
CNY 7
 
CNY 8
 
CNY 9
 
CNY 10

Hari Sukan 2018 sunting

 
sukan 2018 (1)
 
sukan 2018 (2)
 
sukan 2018 (3)
 
sukan 2018 (4)
 
sukan 2018 (5)
 
SUKAN 6
 
SUKAN 7
 
SUKAN 8
 
SUKAN 9
 
SUKAN 10
 
SUKAN 11
 
SUKAN 12
 
SUKAN 13

Majlis Pelancaran Energy Efficent Challenge Eco Youth Challenge & Green Flag Award 2018 sunting

 
Cekap tenaga 1
 
Cekap tenaga 2
 
Cekap tenaga 3
 
Cekap tenaga 4
 
Cekap tenga 6
 
Cekap tenaga 7
 
Cekap tenaga 8
 
Cekap tenaga 9
 
Cekap tenaga 10
 
Cekap tenaga 11
 
Cekap tenaga 12
 
Cekap tenaga 13


Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2018 sunting

 
GAMBAR 1
 
GAMBAR 2
 
GAMBAR 3
 
GAMBAR 4
 
GAMBAR 5
 
GAMBAR 6
 
GAMBAR 7
 
GAMBAR 8
 
GAMBAR 9
 
GAMBAR 10
 
GAMBAR 11
 
GAMBAR 12
 
GAMBAR 13
 
GAMBAR 14
 
GAMBAR 15
 
GAMBAR 16
 
GAMBAR 17
 
GAMBAR 18
 
GAMBAR 19
 
GAMBAR 20

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Dan KMIM Tahun 2018 sunting

 
PIC 1
 
PIC 2
 
PIC 3
 
PIC 4
 
PIC 5
 
PIC 6
 
PIC 7
 
PIC 8
 
PIC 9
 
PIC 10

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
Selandar Pos
77500, Selandar
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065251144
Faks = 6065251144

Rujukan sunting

Pautan luar sunting